Hidup, Amal & Akhir HayatKu Untuk ALLAH s.w.t.

RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA… Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Tuesday, February 28, 2006

..:: Sifat Malu ::..

Ustaz Muzni bin Hj Borhan


Dari Abu Mas'ud, 'Uqbah bin Amru al-Ansori al-Badriy RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya di antara ajaran yang didapati oleh manusia daripada kalam (perkataan) nubuwah yang pertama adalah: "Apabila kamu tidak malu, maka buatlah apa yang kamu sukai" – Riwayat Al Bukhari
Huraian Hadis
  • Malu itu bererti menghindarkan diri daripada melakukan segala perbuatan yang tercela, serta enggan melakukan sesuatu atau enggan meninggalkannya kerana takut mendapat celaan.
  • Sifat malu itu juga adalah warisan para nabi-nabi, oleh itu wajiblah kita berpegang teguh dengan sifat malu yang dikurniakan Allah SWT kepada manusia.
  • 'Maka buatlah apa yang kamu suka' bermaksud apabila sifat malu telah dicabut dari manusia, maka manusia akan melakukan apa sahaja yang dikehendakinya.
Malu itu terbahagi kepada dua bahagian :
  1. Malu secara fitrah – sifat malu yang dikurniakan Allah SWT kepada manusia, di mana manusia itu sendiri akan menjauhkan dirinya dari melakukan segala kemaksiatan dan keburukan
  2. Malu yang diusahakan – sifat malu yang dicapai melalui makrifat kepada Allah SWT; mengetahui dan menyedari akan keagunganNya yang sememangnya Maha Mengetahui terhadap apa jua yang tersembunyi di dalam hati
  • Jika jiwa seseorang itu kosong dari sifat malu yang boleh diperolehi melalui usaha dan hatinya juga kosong dari sifat malu yang bersifat fitrah, maka tidak ada satu perkara pun yang mampu menghalangnya dari melakukan perkara-perkara kejahatan dan yang membawa kehinaan.
  • Sifat malu yang bukan pada tempatnya juga adalah merupakan satu akhlak yang tercela, seperti malu hendak berkerja keras mencari rezeki yang halal, malu bertanya di majlis ilmu, malu hendak mengeluarkan pendapat di dalam mesyuarat dan sebagainya.
Kesimpulan Hadis
  • Hasil dari adanya sifat malu itu membawa kepada kebersihan diri dari perkara-perkara yang haram. Sesiapa yang memiliki sifat malu itu sehingga menjadi kebiasaan dalam kesemua tindak-tanduknya, maka seseorang itu adalah individu yang bersih secara semula jadi, dan bukannya secara ikhtiar.
  • Lawan kepada sifat malu itu adalah sifat tidak malu, dan ini merupakan satu sifat tercela yang akan menjerumuskan seseorang ke jurang keburukan dan tidak mempedulikan celaan dan cacian dari tindak-tanduknya, sehingga sanggup melakukan kejahatan secara terang-terangan.
  • Sebahagian dari manusia itu ada yang merasa takut dengan hukuman, tetapi tidak pula merasa malu untuk melakukan kejahatan, dan ini adalah kerana disebabkan sifat malu secara fitrah yang telah dicabut dari dirinya.
Wallahu'alam

..:: Sifat Zuhud ::..

Bersama Ustaz Muzni bin Hj Borhan


Dari Abul Abbas, Sahel bin Sa'ad as-Sa'idi RA berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW seraya berkata, "Ya Rasulullah! Tunjukkanlah aku suatu amalan, jika aku kerjakannya, nescaya aku dicintai Allah, dan dicintai orang ramai". Bersabda Rasullulah SAW, "Berlaku zuhudlah di dunia, nescaya engkau dicintai Allah. Berlaku zuhudlah kepada pada apa yang ada di tangan manusia, nescaya engkau dicintai orang ramai" – Hadis hasan diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan lain-lain dengan sanad-sanad yang hasan
Huraian Hadis
  • Lelaki tersebut yang bertanya kepada Rasulullah ingin mengetahui apakah bentuk amalan yang jika dilakukannya, maka Allah dan manusia akan mengasihinya. Dari soalannya yang tersebut menunjukkan minatnya terhadap melakukan amalan-amalan yang baik dengan niat yang ikhlas, dan jawapan dari Rasulullah SAW juga adalah tepat dan boleh dijadikan panduan hidup kepada seluruh umat Islam.
  • 'Berlaku zuhudlah di dunia nescaya engkau dicintai Allah' bermaksud berlaku zuhudlah dengan mengambil harta dunia sekadar keperluan dan tidak berlebih-lebihan, apa lagi sehingga membawa ke peringkat tamak.
  • Zuhud dunia juga diertikan di segi syarak sebagai mengambil barang yang halal setelah meyakini kehalalannya dalam kadar yang perlu sahaja, dan sifat ini adalah lebih tinggi dari sifat warak.
  • Manakala sifat zuhud di kalangan muqarrabin (orang yang sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT) pula adalah dengan terus meninggalkan kenikmatan dunia; segala-galanya adalah tidak penting bagi mereka melainkan mendekati Allah SWT semata-mata.
  • 'Berlaku zuhudlah pada apa yang ada di tangan manusia, nescaya dicintai orang ramai' bermaksud jika seorang yang kaya itu bersifat zuhud, maka ia akan memadai dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT dan tidak bersifat tamak dengan memperbanyakkan lagi harta bendanya, atau lebih buruk lagi, apabila sifat iri hati terhadap kelebihan orang lain mula menguasai dirinya.
  • Orang miskin pula dikatakan bersifat zuhud apabila ia tidak meminta-minta tanpa hajat kepada orang lain sehingga menimbulkan rasa kebencian. Jika ada pemberian orang terhadapnya maka haruslah diterimanya, itu pun jika perlu dan berhajat; tetapi jika sudah cukup ada pada miliknya, maka pemberian itu harus ditolak dan diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Kesimpulan Hadis
  • Allah SWT dan manusia akan kasih dan cinta kepada seseorang jika ia bersifat zuhud di dunia dan terhadap apa yang ada pada tangan manusia.
  • Orang yang kaya hendaklah merasa cukup dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya, dan jauhilah dari sifat tamak dan iri hati.
  • Orang yang tidak berada pula hendaklah mengelakkan dari sifat meminta-minta perkara yang tidak perlu supaya tidak timbul kebencian orang lain terhadapnya.

Wallahu'alam

..:: Nikmat Hidup ::..

Bersama Ustaz Muzni bin Hj Borhan
Maksud sabda Rasulullah SAW : "Dua nikmat di mana ramai manusia terpedaya dan tertipu, iaitu nikmat sihat dan nikmat kelapangan" – Riwayat Bukhari dan Tarmizi dan Ibnu Majah
Pengertian Nikmat
  • Suasana dan keadaan yang baik dalam hidup dan limpah kurnia Allah kepada manusia. Sebagai contoh, seorang yang jahil dikurniakan Allah ilmu pengetahuan sehingga ia mendapat pangkat yang menyenangkan di dalam hidupnya.
  • Islam juga diertikan sebagai nikmat seperti mana maksud firman Allah dalam surah Al-Imran:
Ketika kamu bermusuhan maka Allah telah menjinakkan hati kamu, maka jadilah kamu dengan nikmatnya (agama Islam) bersaudara – Al Imran 103
Bagaimana Mengingati Nikmat
Bersyukur – manusia itu selalu sombong dan angkuh kerana tidak mahu bersyukur dengan nikmat Allah dan mengingkari nikmat Allah, oleh itu bersyukur adalah menjadi satu syarat bagi ibadah dan pengabdian manusia kepada Allah. Maksud firman Allah :
"Bersyukurlah kamu kerana nikmat Allah jika kamu menyembahnya"
Beribadah – amalan ibadah yang diwajibkan ke atas kita untuk melakukannya adalah tanda kita diminta bersyukur kepada Allah. Mereka yang tidak melakukan amal ibadah tersebut adalah kufur nikmat, dan kufur bagi yang mengingkarinya.

Menggunakan nikmat tuhan dengan sewajarnya – nikmat Allah, seperti pancaindera kita, jika digunakan pada perkara yang diharamkan adalah menunjukkan kita tidak bersyukur kepada nikmat Allah.
Nikmat Sihat
Nikmat ini boleh dimaksudkan sebagai sihat tubuh badan dan selamat dari penyakit. Tubuh badan yang sihat adalah hasil dari makanan dan minuman yang halal, dan tubuh badan itu pula tidak digunakan untuk perkara yang sia-sia tetapi lebih kepada melakukan amal yang salih.

Kesihatan tubuh badan tidak kekal, oleh itu ia hendaklah digunakan sebaik mungkin untuk beramal salih dan beribadah kepada Allah. Maksud sabda Rasulullah SAW :
"Rebutlah lima peluang sebelum lima, iaitu muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum fakir, kelapangan sebelum sibuk, dan hidup sebelum mati" – Riwayat Al Hakim
Nikmat Kelapangan
Fikiran yang aman tenteram tanpa menghadapi kesulitan hidup dan masa yang tidak sibuk dengan berbagai-bagai pekerjaan dan kebimbangan, di samping mempunyai kekayaan harta dan keluarga bahagia, menjadikan jiwanya tiada keluh kesah.
Rumusan Hadis
  • Badan yang sihat adalah sebesar-besar nikmat Allah
  • Waktu yang lapang ialah peluang yang paling baik untuk kemajuan dan kejayaan hidup
  • Bersyukur ialah menggunakan sesuatu nikmat dengan wajar sesuai dengan tujuannya
  • Penyakit yang sangat bahaya kepada manusia ialah kelalaian, berangan-angan dan menipu diri sendiri
Wallahu'alam

..:: Larangan Rasulullah ::..

Daripada Al Mughirah bin Syukbah RA, Rasulullah SAW telah bersabda :
"Bahawasanya Allah telah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, membunuh anak perempuan hidup-hidup, menahan dan meminta-minta; dan Allah benci kepada kamu yang sering membicarakan perkara yang tidak berfaedah, banyak bertanya, dan membuang harta" – Riwayat Bukhari
Huraian Hadis
'Derhaka kepada ibu' bermaksud juga menderhaka kepada bapa, iaitu derhaka kepada perkara yang bukan maksiat. Sesungguhnya termasuk di dalam pengertian derhaka adalah :
1. Tidak menunaikan hak mereka sebagai ibu bapa
2. Menyakiti hati mereka sama ada dengan perbuatan atau perkataan, sedikit mahu pun banyak
• Al-Quran telah meletakkan kedudukan kedua ibu bapa selepas Allah SWT, sebagaimana firman-Nya: "Tuhanmu telah mewajibkan bahawa janganlah kamu menyembah selain dari Allah, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa" – Al Isra' 23
Dan sambungan ayat tersebut adalah :
Janganlah engkau katakan kepada kedua mereka dengan "Ah!" dan mengherdik; berkatalah engkau kepada kedua-duanya dengan kata-kata yang mulia, iaitu kata-kata yang menyenangkan hati merekaApabila kedua ibu bapa menyuruh berbuat sesuatu yang yang bertentangan dengan syarak, maka tidaklah harus ditaati, bahkan memadailah melayannya secara patut dan tidak sampai kepada kemurkaan Allah.
'Membunuh anak perempuan' pula bermaksud perbuatan ini adalah diharamkan, iaitu perbuatan yang berleluasa di zaman jahiliah dahulu berikutan perasaan takut, malu, dan lapar. Namun demikian, di zaman moden ini pun unsur ini masih wujud, tetapi di dalam bentuk yang didokong oleh pihak-pihak tertentu, di atas nama perancang keluarga, dan sebagainya. Perbuatan ini tetap merupakan satu usaha penghapusan zuriat, yang tidak jauh bezanya dengan kempen penghapusan etnik oleh kaum tertentu yang lain.
'Menahan dan meminta-minta' bererti menahan daripada hak-hak yang wajib, dan tidak mengeluarkan hak orang yang patut mendapatkannya. Lebih bahaya lagi jika seseorang itu memperoleh hartanya melalui jalan yang haram, semata-mata kerana didorong oleh perasaan tamak haloba, dan terlalu mementingkan diri sendiri. Menurut hadis Rasulullah SAW: Sesiapa yang mendapatkan harta dunia daripada jalan-jalan yang tidak dibenarkan, maka pada hari kiamat nanti rupa mukanya tidak sedikit pun berdaging; buruk, seburuk-buruknya
• Suka membicarakan perkara-perkara yang tidak berfaedah, titik-bengik, dan sebagainya juga adalah dilarang. Kata-kata yang mendatangkan dosa, seperti mengumpat dan mengata-ngata orang lain, boleh menyebabkan permusuhan dan perkelahian, malah merosakkan keharmonian sesebuah masyarakat yang asalnya tenteram dan aman.
• Sikap seperti banyak soal dan bertanya, suka mengintip hal peribadi orang lain, meminta-minta harta orang lain, dan banyak berbahas di dalam perkara yang tidak memberi faedah, boleh membawa kepada perangkap syaitan yang akhirnya akan membawa kepada kerosakan diri sendiri dan masyarakat.
'Membuang harta' pula bermaksud membelanjakan harta di tempat-tempat yang tidak diharuskan syarak, termasuklah seperti membazir dan berbelanja dengan melampau kepada perkara-perkara yang diharuskan, yang boleh menyampaikan kepada yang haram dan seterusnya menyebabkan fakir dan miskin, dan perasaan menyesal. Perbuatan yang dimaksudkan termasuklah seperti berbelanja dengan melampau semasa majlis keramaian, perkahwinan, sambutan hari raya, dan untuk perhiasan yang melebihi daripada biasa. Membelanjakan harta hendaklah dengan cara yang sesuai, wajar dengan keadaan dan suasana, menurut lunas-lunas yang dibenarkan, dan menuju ke arah kebajikan.
Kesimpulan Hadis
Semua perkara yang dipesan oleh Rasulullah SAW di dalam bentuk larangan ini adalah bertujuan untuk membina sahsiah dan peribadi seorang mukmin, yang bertaqwa dan layak untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Sesungguhnya sifat yang terbina dari hadis ini adalah sifat-sifat yang murni, yang tentunya akan melahirkan masyarakat yang harmoni.
Wallahu'alam

..:: Persaudaraan Islam ::..

Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda,
"Jangan kamu dengki mendengki, jangan kamu meminta membeli dengan harga yang tinggi bukan dengan tujuan membelinya tetapi untuk menipu orang lain dan memudaratkan mereka, jangan kamu benci membenci, jangan kamu belakang membelakangi, janganlah sebahagian kamu menjual di atas jualan orang lain, dan jadilah kamu semua hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Seorang mukmin adalah saudara kepada mukmin yang lain. Dia tidak menzalimi saudaranya, tidak membohonginya dan tidak menghinanya. Takwa itu di sini (sambil menunjukkan ke dadanya sebanyak tiga kali).
Seseorang itu sudah dianggap berdosa jika dia menghina saudaranya seIslam. Tiap-tiap orang muslim itu di atas saudaranya adalah haram: darahnya, hartanya, dan maruahnya" – Riwayat Muslim
Kandungan Hadis
Dilarang dari berhasad dengki
Dengki adalah sifat dan akhlak yang buruk, di mana seseorang itu mengharapkan hilangnya nikmat dari seseorang yang lain. Sesungguhnya ini merupakan satu tabiat yang hina; yang tertanam di dalam dadanya sifat benci apabila ada orang lain yang mengatasinya dalam sesuatu kelebihan.
Larangan dari an-najash
An-najash adalah penipuan di dalam perniagaan, sama ada dalam bentuk riba, penyorokan, monopoli, dan sebagainya.

Larangan dari benci-membenci
Rasulullah SAW melarang kita dari benci-membenci antara satu sama lain, bukan kerana Allah SWT, tetapi kerana nafsu.

Larangan dari belakang-membelakangi
Maksudnya di sini adalah kita dilarang memutuskan hubungan sesama Islam kerana sebab-sebab duniawi. Ini adalah kerana memutuskan hubungan atas sebab kerana Allah adalah diharuskan, walaupun melebihi tiga hari. Sebagai contoh kita diharuskan memutuskan hubungan dengan ahli bidaah yang melampau, dan juga penyeru kepada hawa nafsu dan ajaran-ajaran sesat.

Larangan dari menjual di atas jualan orang lain
Haram ke atas kita untuk menerima tawaran yang lebih murah atau mahal setelah berlaku akad jual beli dengan memotong jualan dan belian orang lain.

Suruhan supaya menyebarkan persaudaraan
Setiap umat Islam adalah diminta berusaha menyebarkan persaudaraan dengan meningkatkan kualiti persaudaraan itu sendiri, seperti menjauhkan sifat dengki mendengki dan benci membenci, dan pada masa yang sama menggantikannya dengan sifat-sifat kerjasama, kasih sayang, dan sebagainya.

Kewajipan seorang Muslim terhadap saudaranya
Seseorang Muslim dituntut itu supaya bergaul dengan saudara seIslamnya dengan cara yang mampu menjinak dan menyatukan hati, dan dilarang dari melakukan sesuatu yang menimbulkan perselisihan dan meliarkan hati.Selain dari itu, haram ke atas kita untuk menzalimi saudaranya, haram membiarkannya tanpa memberi pertolongan, haram membohonginya, dan haram ke atas kita untuk menghinanya.

Takwa neraca kelebihan dan kemuliaan
Takwa adalah menjauhkan diri dari azab Allah dengan melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Sesungguhnya Allah SWT memuliakan seseorang itu berdasarkan ketakwaan dan ketaatannya, bukannya berdasarkan peribadi dan banyak hartanya. Kedudukan manusia di sisi Allah SWT adalah berbeza-beza menurut amalan dan kadar ketakwaan mereka, dan bukannya berdasarkan kemuliaan asal-usul keturunan, rupa bentuk, warna kulit, dan kemewahan harta benda.

Maruah seorang muslim
Seseorang muslim itu mempunyai kehormatan pada darah, harta, dan juga maruahnya. Oleh itu Allah SWT mensyariatkan qisas terhadap jiwa dan anggota, pemotongan tangan terhadap pencuri, dan rejaman atau sebatan terhadap penzina yang berdosa.
Pengajaran Hadis
  • Islam bukan sahaja merangkumi aqidah dan ibadah, malah termasuk juga akhlak dan muamalah
  • Akhlak yang keji dalam syariat Islam merupakan dosa yang amat dibenci
  • Niat dan amalan adalah neraca halus yang digunakan oleh Allah SWT dan ia menentukan hukuman terhadap mereka
  • Hati adalah sumber ketakutan kepada Allah
Wallahu'alam

..:: Empat Soalan Asasi ::..

Ustaz Muzni bin Hj Borhan
Daripada Abi Burdah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Tidak bergerak (berjalan) dua kaki seseorang hamba (manusia) itu pada hari kiamat sehinggalah ia ditanya empat perkara: Mengenai umurnya yang telah dihabiskannya, ilmunya yang telah diamalkannya, hartanya dari mana diperolehinya dan apa yang dibelanjakannya, seterusnya mengenai tubuh badannya apakah yang telah digunakannya" – Riwayat Tarmizi
Huraian Hadis
'Tidak bergerak dua kaki seseorang hamba pada hari kiamat' bermaksud bahawa seseorang itu tidak dibenarkan keluar dari kawasan akhirat kecuali setelah ditanya dan disoal beberapa soalan, dan empat perkara asasi yang akan disoal adalah :
  1. Tentang umurnya, iaitu bagaimana ia telah dihabiskan
  2. Tentang ilmunya, iaitu yang mana telah diamalkan
  3. Tentang hartanya, iaitu dari mana diperolehi dan apa yang telah dibelanjakan
  4. Tentang tubuh badannya, iaitu bagaimana ia telah digunakan
Mengenai 'umur bagaimana dihabiskannya' bermaksud adakah sepanjang hidupnya ia telah melakukan kebajikan atau kemungkaran. Semuanya ini akan disoal dan akan ditayang semula di akhirat, dan di waktu itu mulut akan ditutup tetapi anggota lain akan bercakap, mengakui apa yang telah berlaku. Firman Allah SWT :
Pada hari ini kami tutup mulut-mulut mereka, dan kami bolehkan tangan-tangan mereka berkata-kata, dan kaki-kaki mereka menjadi saksi, tentang usaha-usaha yang telah mereka kerjakannya
Mengenai 'ilmu adakah ia berilmu dan beramal dengannya' bermaksud setiap individu muslim itu diwajibkan menuntut ilmu fardu ain, dan beramal dengan ilmu-ilmunya. Maka diharamkan kita menuntut ilmu-ilmu yang salah, seperti sihir dan seumpamanya, dan menjadi fardu kifayah pula bagi kita menuntut ilmu yang memberi manfaat kepada umat Islam dan masyarakat.
Mengenai 'harta dari mana diperolehi, bagaimana dibelanjakan' bermaksud sejauh manakah ia mencari harta menurut lunas-lunas yang telah digariskan Islam, kerana semua harta di dunia ini sama sahaja dari segi rupa dan nikmatnya, tetapi berbeza dari segi hukumnya. Kita juga diwahibkan menentukan bagaimana pula ia dibelanjakan, sama ada ke arah kemungkaran, seperti pembaziran, atau ke arah kebajikan, seperti membantu orang yang miskin dan sebagainya; semuanya ini akan ditanya di akhirat kelak.
Mengenai 'tubuh badan, bagaimana ia menggunakan' bermaksud kita hendaklah memastikan tubuh badan yang sihat itu sama ada dihabiskan kepada perkara yang sia-sia atau sebaliknya, dan umat Islam sememangnya dianjurkan semasa tubuh badan yang masih sihat digunakan untuk kebajikan dan amal ibadah kepada Allah SWT.
Kesimpulan Hadis
Di akhirat kelak setiap seorang daripada kita pasti akan disoal empat perkara asasi ini, dan tidak ada satu cara pun yang dapat kita lakukan untuk menyorokkannya.
Dari amalan kita di dunia inilah kita akan menerima pembalasannya di akhirat kelak, samada syurga atau neraka.
Hadis ini mengingatkan kita supaya hendaklah menggunakan peluang yang baik semasa masih hidup di dunia ini untuk melakukan perkara-perkara kebajikan, iaitu menggunakan umur hidupnya, harta kekayaannya, ilmu pengetahuannya, dan tubuh badan serta kesihatannya, untuk segala macam kebajikan dan amal-amal salih.
Wallahu'alam

..:: Sifat Orang Yang Berakal ::..

Daripada Syadad bin Aus RA, Rasulullah SAW telah bersabda :
"Orang yang bijak lagi berakal ialah sesiapa yang boleh menguasai dan menundukkan dirinya serta beramal melakukan bagi sesuatu faedah setelah matinya, dan orang yang lemah ialah orang yang mengikut kehendak nafsunya dan banyak berangan-angan kepada Allah" – Riwayat Tarmizi
Pengertian Hadis

Ciri-ciri orang yang bijak dan cerdik menurut pandangan Islam :
  1. Orang beriman yang dapat menundukkan hawa nafsunya dan tidak terpedaya dengan nikmat-nikmat dunia yang boleh merosakkan dunia dan akhiratnya.
  2. Orang beriman yang melakukan amalan semasa hayatnya sesuai dengan keredaan Allah dan yang akan mendapat ganjarannya di hari akhirat kelak.
  3. Orang beriman yang dapat membandingkan nikmat dunia dengan akhirat, di samping ia menggunakan nikmat dunia dengan sewajarnya tanpa melalaikannya untuk persediaan akhirat.
Ciri-Ciri orang yang lemah menurut pandangan Islam :
  1. Orang yang mengikut telunjuk hawa nafsunya, dan akal fikirannya di bawah kuasa nafsu syahwatnya .
  2. Orang yang berangan bermacam-macam kepada Allah tetapi masih lagi terus menerus mengamalkan kemungkaran.
  3. Orang yang malas dan tidak mahu melibatkan diri untuk beramal dalam perkara yang memberi faedah di dunia dan akhirat.
Sabda Rasulullah SAW:
"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu hinggalah hawa nafsunya tunduk mengikut apa yang aku sampaikan kepadanya".

Wallahu'alam

..:: Blessing of Allah ::..

..:: Salasilah Nabi/Rasul ::..

Saturday, February 25, 2006

..:: Jangan Perlekeh Solat ::..

Pesan Nabi s.a.w sampaikan pesanku walaupun hanya sepatah perkataan....
Sabda Rasulullah bermaksud : "Sesiapa yang meninggalkan solat atau memudah-mudah dengannya nescaya diseksa Allah dengan 15 perkara.
Enam perkara di dunia , tiga perkara ketika mati, tiga perkara di dalam kubur dan tiga perkara di hadapan Tuhan di akhirat nanti."
Lalu sahabat bertanya : "Ya Rasulullah, apa dia seksa di atas dunia?"
Jawab Rasulullah : "Dibuang Allah berkat pada umurnya yang menyebabkan hidupnya terumbang-ambing, tidak mendapat kebahagiaan yang sejati, hidupnya diibaratkan seperti buih di atas permukaan air yang mengikut arus aliran air.
"Diangkat Allah berkat pada rezekinya walaupun dia mempunyai harta yang banyak tetapi dibelanjakan pada perkara yang tidak memberi faedah.
"Diangkat padanya tanda orang yang soleh. Tiada terpelihara baginya agama Islam, iaitu diikuti mati dalam kekufuran. Amalan menjadi sia-sia kerana tiap amal kebajikan dilakukan tidak diterima oleh Allah dan tidak diberi pahala olehnya serta doa tidak diangkat ke langit."
Bertanya lagi sahabat : "Ya Rasulullah, apa seksa pada waktu matinya?"
Jawab Rasulullah : "Dia akan dimatikan dalam keadaan hina, dalam keadaan sangat lapar dan dimatikan dalam keadaan sangat dahaga, iaitu diberi minum air tujuh lautan sekali pun, tidak hilang rasa dahaganya."
Bertanya lagi para sahabat : "Apa seksa di dalam kubur itu ya Rasulullah?"Jawab baginda ' : "Disempitkan kuburnya hingga rapat dua tulang rusuknya, disuruh Allah dua malaikat untuk menyeksanya hingga hari Kiamat."
"Yang menyeksa orang yang meninggalkan solat itu ialah ular diberi nama Sujaulakraa, iaitu dua mata daripada api neraka, dua kuku malaikat yang menyeksa itu daripada besi Kharsari dan panjang kuku itu perjalanan sehari semalam.
"Pada tangan itu satu tingkat daripada besi lantas berkata malaikat itu kepada mayat atau roh orang yang mati itu, aku disuruh oleh Tuhanku supaya aku memukul engkau kerana meninggalkan solat Subuh hingga Zuhur, Zuhur hingga Asar, Asar hingga Maghrib, Maghrib hingga Isyak dan Isyak hingga Subuh. :
"Maka tiap kali pukulan itu terbenamlah mayat tadi ke dalam bumi hingga 70 hasta lalu diangkat dengan kukunya pada permukaan, begitulah seterusnya hingga ke hari Kiamat."

..:: Solat Sunat Istikharah ::..

Bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan, maka umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah. la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.
Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w.. yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya ialah Rasulullah s.a.w. bersabda: yang bermaksud "Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya."
Lafaz dan niatnya adalah seperti berikut :
Sahaja aku solat Sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
Kaedah 1
Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang pertama, baca ayat Al-Kursi (7 kali). Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang kedua, baca Surah Al-Ikhlas (11 kali). Dalam sujud yang terakhir, baca tasbih/doa berikut sebanyak 40 kali :
Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah S. W.T. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
Doa Selepas Solat Sunat Istikharah :
"Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu, aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu."
(HR At-Tirmizi dan Bukhari)

..:: 6 Wanita malang & 19 Keistimewaan Wanita ::..

6 Jenis Wanita Malang
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."
  1. Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
  2. Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".
  3. Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
  4. Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
  5. Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
  6. Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
19 Keistimewaan Wanita
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli.

..::Budi Pekerti Menurut Hadis Rasulullah S.A.W. ::..

Ada sebuah hadis Rasulullah S.A.W. yang diceritakan oleh Muaz bin Jabal, bermaksud, Sesungguhnya Allah menghiasi Islam dengan budipekerti yang mulia dan amal perbuatan yang baik terpuji. Para ulama telah menyenaraikan ciri budi pekerti dan amal perbuatan terpuji Rasulullah S.A.W. itu antaranya..
1. Memberi salam kepada sesama Islam.
2. Pergaulan yang baik dalam hidup bermasyarakat
3. Menghormati orang Iain.
4. Berbudi bahasa dan bersopan santun.
5. Berbuat kebajikan kepada sesama manusia.
6. Selalu memberi sedekah makanan dan minuman
7. Menziarahi orang yang sakit.
8. Menziarah dan mengiring jenazah ke perkuburan
9. Berbuat baik dan kebajikan dengan semua jiran tetangga, tanpa mengira agama atau bangsa.
10. Menghormati orang yang lebih tua.
11. Mengasihani kanak-kanak.
12. Menerirna jemputan dari sesiapa jua dan mendoakannya.
13. Menahan marah dan memaafkan seseorang yang bersalah dengan hati terbuka atau berlapang dada.
14. Mendamaikan orang yang bertelingkah.
15. Tabiat bermurah hati - sentiasa memberi.
16. Meninggalkan segala larangan agama.
17. Meninggalkan cacian atau menghina orang.
18. Tidak bercakap atau bersumpah bohong.
19. Tidak bakhil, lokek atau kikir.
20. Tidak boros atau membelanjakan harta yang tidak kena tempatnya.
21. Tidak menghampakan harapan orang yang meminta pertolongan atau bantuan sama ada dengan akal fikiran atau harta benda.
22. Tidak menipu orang.
23. Tidak mengumpat atau mengata orang di belakang.
24. Tidak mengadu-domba atau melaga-lagakan seorang dengan yang lain atau sekumpulan dengan kumpulan yang lain.
25. Tidak memutuskan persaudaraan, persahabatan atau silaturrahim, sama ada ahli keluarga, sahabat, jiran tetangga atau umat Islam.
26. Tidak berkelakuan jahat dan maksiat.
27. Tidak sombong atau meninggi diri tetapi hendaklah merendah diri.
28. Tidak bermegah-megah atau memuji diri sendiri.
29. Tidak ujub (menghairani) kebaikan diri sendiri.
30. Tidak banyak bercakap, terutama yang sia-sia.
31. Tidak bercakap perkara-perkara yang kotor, lucah dan seumpamanya.
32. Tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang keji, maksiat dan kemungkaran.
33. Tidak melakukan tabiat menyumpah seranah terhadap orang lain.
34. Tidak melakukan hasad atau dengki khianat.
35. Tidak mengkhianati orang lain.
36. Tidak melanggar peraturan dan undang-undang.
37. Tidak menzalimi atau menganiayai orang lain.
38. Hendaklah menepati janji.
39. Hendaklah menunaikan amanat.
40. Belas kasihan terhadap anak yatim.
41. Berkata-kata dengan lunak, jangan meninggikan suara.
42. Baik dan bertekun dalam kerjaya.
43. Hendaklah sedikitkan angan-angan.
44. Hendaklah mempelajari serta mendalami al-Quran.
45. Hendaklah mencintai hari akhirat.
46. Hendaklah merasa gentar dan takut akan ketibaan hari kiamat.
47. Tidak memarahi atau memaki orang yang bijaksana.
48. Tidak mendustakan orang yang benar.
49. Tidak menuruti kemahuan atau perbuatan orang yang berdosa.
50. Tidak menderhakai pemerintah yang adil.
51. Tidak merosakkan tanah.
52. Hendaklah bertaubat pada setiap dosa yang dilakukan.
53. Hendaklah berusaha meneguhkan keimanan dalam jiwa dengan amalan yang salih.
Demikianlah antara contoh sifat Rasulullah S.A.W. dalam usaha mendidik umatnya agar mengamalkan budi pekerti yang luhur. Baginda memberi ceramah atau nasihat terutama kepada mereka yang meminta nasihat dan tunjuk ajar. Daripada senarai ciri budi pekerti yang ditunjuk ajar oleh Rasulullah S.A.W. seperti di atas, sudah mencukupi untuk menjadi manusia yang baik akhlaknya sekiranya diamalkan."

Menyebut "Amin" Dalam Solat Selepas Membaca Al-Fatihah

Mengenai membaca "Amin" selepas membaca surah Al-Fatihah di dalam solat seperti yang dilakukan oleh kebanyakan kita hari ini maka para ulama’ menyebut bahawa ianya ialah sunat yang dituntut dan hal ini merupakan pendapat jumhur ulama’. Walau bagaimanapun menurut Ibn Hazm pula ianya ialah wajib atas makmum dan sunat bagi Imam dan mereka yang bersolat sendirian (lihat Al-Muhalla m/s 262 Jilid 3 dan Ibn Abidin 320 Jilid 1 dan Mughni Muhtaj m/s 160 Jilid 1).
Perkataan "Amin" bermakna اللهم استجب “Ya Allah makbulkanlah” (lihat Ibn Katsir m/s 45 Jilid 1) dan disebut dari riwayat Abi Musa Al-Asya’ari yang berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :
اذا قرأ (الامام) غير المغضوب عليهم ولا الضالين فقولوا آمين يجببكم الله
“Apabila Imam membaca “qairil Maq’du bi’alaihim waladha’lin” maka sebutlah "Amin" maka Allah akan memakbulkan kamu” (Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 404 ). Bahkan disebut oleh para ulama’ termasuk sunat membaca "Amin" walaupun diluar solat sama ada berseorang diri atau bermakmum kepada orang lain atau menjadi imam jika setelah selesai membaca Surah Al-Fatihah.
Sesungguhnya perintah menyebut amin ini disebut sebagai mendapat ganjaran pahala dan manfaat seperti yang disebut dalam hadith riwayat Abu Hurairah ra bahawa baginda Rasulullah SAW pernah bersabda :
اذا أمن الامام فامنوا فانه من وافق تأمينه تأمين الملائكة غفرله ما تقدم من ذنبه
“Jika Imam menyebut "Amin" maka sebutlah "Amin" sesungguhnya barangsiapa yang Aminnya bertepatan (bersamaan) dengan "Amin" para Malaikat maka diampunkan dosanya apa yang telah berlalu” (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no. 780 , Muslim no. 410 dan Tirmidzi no. 250 serta Abu Daud no. 936).
Begitulah juga dalam hadith-hadith yang lain seperti termasuk menyebut bahawa jika selesai Rasulullah SAW membaca Al-Fatihah baginda akan menyebut amin dan menjaharkannya (melantangkannya) dan meninggikan suaranya seperti dalam riwayat oleh Imam Abu Daud dalam Sunannya hadith no. 932 yang berdarjah sahih.
Walau bagaimanapun haruslah dingatkan bahawa pembacaan "Amin" oleh makmum haruslah selepas imam menyebut "Amin" bukan sebelum Imam atau mendahului Imam seperti dalam hadith di atas !!

Sesungguhnya "Amin" para Malaikat ialah selepas Aminnya Iman bukan sebelum atau bersama iman tetapi selepas Imam !!

..:: Kisah Berpisahnya ROH Dari JASAD ::..

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah.
Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin. "Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.
Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku seperti satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda. Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"
Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!" Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk yang hebat.
Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."
Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang akan memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.
Di kala itu rohnya datang dan ia melihat jasadnya dalam keadaan telanjang dan dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut. "Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh,"Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."
Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku supaya aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidaka kan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."
Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."
Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat

..:: Belitan-belitan Syaitan ::..

Imam al-Bukhari dan Muslim ada mencatatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah r.a yang menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :

"Syaitan akan sentiasa membelit kepala kalian dengan tiga belitan apabila kalian telah tidur. Belitan itu menyebabkan kalian akan terus diulit lena sepanjang malam tersebut. Akan tetapi apabila kalian bangun di samping menyebut zikir kpada Allah, maka terurailah satu belitan darinya. Kemudian apabila kalian mula berwudhuk, maka terurai pula satu belitan lagi. Dan akhir sekali apabila kalian bangun untuk mendirikan solat, maka akan terurailah belitan terakhir. Lalu kalian akan bertukar menjadi cergas dan sucilah jiwa, andaikata sebaliknya maka kotorlah jiwa serta timbullah sifat malas".
Hadis di atas menerangkan bahawa barangsiapa yang tidak mempunyai himpunan tiga perkara ini iaitu zikir, wuduk dan solat, maka sesungguhnya dia telah termasuk di dalam apa yang diistilahkan sebagai: maka kotorlah jiwa serta timbullah sifat malas.
Tujuan utama Syaitan berbuat demikian ialah untuk menyumbat rasa malas ke atas seseorang hamba agar dia terhalang dari melakukan solat malam. Dengan itu, ia akan berjaya menguasainya sepanjang malam itu.
Walaupun begitu, bagaimanakah caranya untuk membatalkan tipu daya tersebut? Antaranya ialah...
1. Berwuduk sebelum tidur "Sebelum kamu mula merebahkan badanmu ditempat tidur, maka hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk solat terlebih dahulu"
2. Hendaklah bersolat witir terlebih dahulu sebelum tidur, berdalilkan pendapat Ibnu Umar r.a katanya :
"Seseorang yang tidur tanpa berwitir terlebih dahulu, tiada lain melainkan kepalanya sudah dibelit dengan tali kekang yang panjangnye 70 hasta"
3. Tadah kedua-dua tangan anda dan bacakan ke atasnya ayat-ayat al-Ma'uzat kemudian tiuplah padanya. Sesudah itu sapulah serata badan yang boleh, bermula dari arah kepala. Perbuatan ini ada disebut di dalam sahih al-Bukhari dari hadis Aisyah.
4. Bacalah dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah, berdasarkan hadis Ibnu Mas'ood bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah, maka memadailah dia pada malam itu" (dari terkena ancaman jahat)
5. Bacalah Ayat Kursi sambil cuba memerhati dan memahami isi kandungannya dan ayat tersebut bertindak mengawal diri anda dari dicerobohi Syaitan hingga ke pagi.
6. Ucaplah Tasbih, Tahmid dan Takbir tiap-tiap satunya 33 kali. Zikir ini ada tersebut dlam sahih Bukhari dan Muslim dari hadis Ali r.a
7. Bacalah satu surah dari mana-mana surah kita al-Quran, sebagaimana riwayat Imam Ahmad dan At-tirmiziy dari Syaddaad ibnu Aus r.a secara Marfu'katanya :
"Tidaklah seseorang muslim itu apabila ia hendak tidur lalu di baca satu surah dari kitab Allah, melainkan Allah akan mengutuskan kepadanya seorang mailaikat yang menjaganya dari terkena dari sebarang perkara-perkara yang membahayakannya."
8. Letakkan tapak tangan kanan anda di bawah pipi kanan anda semasa hendak tidur dan tidurlah dengan mengiring sebelah kanan sambil membaca doa pelindung.
9. Kemudian teruslah berzikir sehingga terlena.
Jabir r.a telah menceritakan bahawa Raulullah s.a.w telah bersabda :
"Apabila seseorang itu merebahkan badannya ke tempat tidur, malaikat dan syaitan masing-masing saling berebut mempengaruhinya. Malaikat berkata : "Akhirilah lenamu dengan kebaikan(zikir), syaitan pula berkata " Akhirilah lenamu dengan kejahatan". Apabila seorang hamba itu berzikir kepada Allah sehingga terlena, malaikat akan terus menghalau syaitan dan kekallah malaikat tersebut menjaganya hingga ke pagi.
Apabila dia bangun dari tidur, malaikat berkata, "Mulakan harimu dengan kebaikan(zikir), Syaitan pula akan berkata : "Mulakan lah hari mu dengan kejahatan". Maka sekiranya hamba tersebut memulakan harinya dengan zikir, Malaikat akan terus menghalau Syaitan dan kekallah hamba tersebut di dalam peliharaan malaikat."
Hadis ini telah disahkan sahih oleh al- Hakim dan dipersetujui oleh adz-Dzahabiy.

..:: Sihir ::..

Amanah daripada Usz. Fatma El-Zahra
Sihir ini adalah perbuatan Jin dan Syaitan, dan daripada manusia yang mahu merosakkan orang lain sebab dengki, sakit hati, cemburu dan lain-lain. Manusia ini pergi berjumpa Tukang Sihir, Bomoh atau Pawang. Tukang Sihir ini guna khidmat Jin dan Syaitan provided that tukang sihir ni buat sesuatu balik untuk Jin/Syaitan ni. Contohnya, Jin/Syaitan ni suruh Tukang Sihir ni kencing pada Al-Quran, baru dia mahu berkhidmat dengan Tukang Sihir ni.
Bagaimana kita tahu orang yang kita 'minta tolong' itu adalah Tukang Sihir?
1. Bomoh ni akan minta things like gambar, songkok, kain pelekat/kain batik, asam limau, telur, and also your birthdate.
2. Bomoh ni akan minta binatang 'pelik' like ayam hitam ke, kambing putih ke etc
3. They read Quran in a funny way, very fast and unclear. Sebenarnya mereka mencampur adukkan/menterbalikkan ayat-ayat Al-Quran dan masukkan nama jin/syaitan di antara ayat-ayat yang dibaca tu.
4. They are dirty, kuku kotor, pakaian bau busuk. Do not reflect as orang yang mengamalkan Islam.
Akibat orang cari tukang sihir - telah kufur kepada Rasulullah. Sebab cara ini menunjukkan you believe there are people who knows ghaib and that is HARAM! Even Rasulullah has said that cuma Allah saja yang tahu tentang ilmu ghaib, not even him yang ada ilmu tu.
Bagaimana kita tahu kena Sihir ?
1. Cannot sleep at night
2. Suka ketawa sendiri
3. Tak suka mandi
4. Suka makan banyak. Actually makan for two - sendiri + jin!!
5. Suka duduk dalam bilik air lama-lama.
6. Able to speak in different language secara tiba-tiba !
Bagaimana Hendak Mencegah Sihir ?
1. Bacalah 3x selepas solat subuh dan 3x selepas maghrib - read loudly, not in heart!
"Maasyaa Allahukaana wamaalam yasyaklam yakun Walaa haulawala quwata illabillahi 'aliiyil 'azhiim"
Maksudnya: Apa yang Tuhan kehendaki akan berlaku. Apa yang Tuhan tidak restui tidak akan berlaku. Tidak ada upaya melainkan kehendak Allah.
- Bacalah secara lafaz, jangan baca di hati - Agar jin/syaitan lari dari rumah kita. Imagine rumah yang tiada syaitan dan jin, tiada perasaan marah, takdelah asyik nak gaduh sesama ahli keluarga betul tak?- Sometimes when you have a bad fall, or when your kids suddenly fall, don't just laugh it off. Cepat-cepat baca 3 Qul dan ayat di atas dan gosok badan. Jin tak akan masuk dalam badan.
2. Turut perintah Allah.- Antaranya: Mandi hadas besar as soon as haid kering. Do not wait after 1 day baru nak mandi hadas. Sometimes kita sukamelengahkan mandi hadas ni. Same goes to junub. Kita dikelilingi syaitan! Don't prepare breakfast dalam keadaan junub! Bahaya!
3. Lebihkan zikir.- Ayatul Kursi - mengiringi tiap waktu solat fardhu - Surah Al Baqarah - baca di rumah 1 hari, 3 hari syaitan tak masuk rumah. Baca sebagai wirid harian ayat 285 yang bermula dari "Aamanarasul.."- Doa Rasulullah untuk tiap perbuatan seperti doa masuk tandas, keluar tandas, menghadap cermin, doa makan ect.Note! "Arasy" atau tempat syaitan rehat is the lubang najis. Jangan duduk lama di situ. Dah habis 'bisnes' keluar la.. ubah tabiat suka baca suratkhabar or majalah dalam jamban! Also, do not sing in tandas! Jin can also attack thru mirror. Oleh itu protect yourself by reciting the doa menghadap cermin.
4. Jangan bagi anak-anak keluar waktu maghrib. Jin dan syaitan banyak di taman-taman, halaman rumah, padang. So, always knowwhere your kids are bila masuk waktu maghrib. Kita suka buang sampah waktu maghrib. Time to change!
5. Seelok-eloknya ada tamar di rumah, especially tamar dari Mekah or Madinah. Jin dan syaitan tak suka tamar dari Mekah dan Madinah.
- Makan 7 biji tamar Ajwa atau tamar dari Madinah tiap pagi.
6. Tiap malam sebelum tidur dan tiap pagi baca 3 Qul, tiup ke tangan dan sapu seluruh tubuh. Boleh baca dan niatkan sebagai zikir bila datang haid.
7. Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat khas untuk mencari tempat sihir - surah Al-Kauthar.
8. Muhasabah diri, bertaubat dan banyak beristighfar.Gangguan might be from your own doings.
Mencegah dan Berubat Orang kena Sihir.
Letakkan tangan di tempat yang sakit di tubuh dan baca :
  • Bismillaahi (3x)
  • " A'uudzu bi 'iizzatillaahi waqudrotihi min syarrimaa ajidu wa uhaadziru "
Ertinya: Dengan menyebut nama Allah, Saya berlindung dengan kekuasaan Allah dan ketentuanNya dari kejahatan sakit yang saya rasakan dan saya khuatirkan.
"Allahumma robbannaasi adzhibil baksa. Isyfi antasysyaafii laasyaifaa - aillaa syifaa uka. Syifaa-an laa yughaadiru saqomaa" .
Ertinya:Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkankanlah penyakit ini. Sembuhkanlah, Engkau jualah Tuhan yang menyembuhkan penyakit yang tiadakesembuhan melainkan kesembuhanMu. Dengan kesembuhan yang tiada ditambah penyakit lagi.
Treating Orang yang Kena Sihir
1. Ambil 7 helai daun bidara (daun ini diguna buat mandi mayat- jin takut daun bidara!), dan ditumbuk atau digiling is most prefered.It is a symbolic action to hancurkan perbuatan jin. Sambil giling daun-daun bidara ini, baca :
  • Ayatul Kursi- Al-Kafirun ( Qulya ayyuhal kafiruun..)
  • Qul ~ Ahad- Qul ~ Falaq- Qul ~ Naas
  • Surah Yunus ayat 81
  • Surah A'Raf ayat 120-121
  • Surah Thaahaa ayat 69 mulai " Wala yuflinu..."
2. Campurkan daun yang telah digiling tadi dalam baldi yang dipenuhi air yang boleh diminum.
3. Ambil 3 sudu air tadi untuk beri pesakit minum.
4. Selebihnya dibuat mandi. Do it masa masuk waktu maghrib.
5. Ulangi selama 41 hari. Buat 41 hari berturut-turut lagi bagus. Tapi kalau nak selang sehari dua baru ulang pun boleh gak tapijangan sampai seminggu gap...tak menjadilah! Kalau tak sembuh juga, ulangi 41 hari lagi(could be a strong sihir).
Another method is the 'dry way'. That is, tak payah mandi, but baca terus pada pesakit sambil sapu kepala dia.

Sekian, Wallahu a'lam.

Hukum Menggantungkan Ayat-Ayat Al-Qur'an Di Dinding

Oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

Segala puji hanya milik Allah, dengan pujian yang banyak sesuai apa yang diperintahkanNya. Saya bersyukur kepadaNya, sedangkan Dia telah mengumumkan janji tambahan rahmat bagi orang yang bersyukur. Dan saya bersaksi bahwa tidak ada Tuhan yang berhak diibadahi kecuali Allah saja, tidak ada sekutu bagiNya, meskipun ini dibenci oleh setiap orang musyrik dan kafir, dan saya bersaksi bahwa Muhammad itu hamba dan utusanNya, sayyid seluruh manusia, yang memberi syafa'at dan yang diizinkan untuk memberi syafa'at di Mahsyar. Semoga Allah melimpahkan shalawat dan salam kepadanya, keluarganya dan para sahabatnya yang merupakan sebaik-baik sahabat dan golongan, juga kepada para tabi'in yang mengikuti mereka dengan cara yang baik, selama fajar masih tampak dan bercahaya, amma ba'du. Sesungguhnya saya ingin memperingatkan dua hal yang berhubungan dengan Al-Qur'an Al-Karim.
Pertama :
Bahwa kebanyakan orang menggantungkan ayat-ayat yang mulia. Mereka menggantungkannya pada dinding di tempat-tempat duduk mereka dan penggantungan (ayat-ayat) ini termasuk perbuatan bid'ah yang tidak pernah dilakukan oleh para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan cara yang baik. Saya tidak mengetahui untuk apa orang-orang itu menggantungkan ayat-ayat ini !?

Apakah mereka menggantungkan ayat-ayat ini untuk penolak bala ? (Jika ini tujuannya) maka sesungguhnya penggantungan itu bukan wasilah (sarana, cara) untuk menolak bahaya. Yang hanya bisa dijadikan wasilah penolak bahaya adalah seseorang membaca dengan lisannya (ayat-ayat atau surah-surah) yang dinyatakan dalam As-Sunnah, bahwa hal itu bisa menolak bala, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam.

"Artinya : Barangsiapa membaca ayat kursi di suatu malam, maka senantiasa Allah memberi penjagaan bagi orang itu dan tidak didekati setan hingga pagi hari" [1]

Dan ayat Kursi adalah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.
"Artinya : Allah, tidak ada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya), tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi sya'faat di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah, melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar" [Al-Baqarah : 255]
Maka menempelkan ayat ini atau yang lainnya tidak bisa melindungi mereka sedikitpun.
Apakah mereka hendak ber-tabarruk dengan menempelkan Al-Qur'an pada dinding itu ? Padahal tabarruk dengan Al-Qur'an menggunakan cara seperti ini tidak disyari'atkan, bahkan itu bid'ah dan Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Setiap bid'ah itu sesat"

Ataukah mereka menginginkan dengan hal itu agar orang mengingat Al-Qur'an tatkala mereka mengangkat kepala kearahnya ? Namun hal ini bila kau terapkan pada kenyataan yang ada tentu engkau tidak menemukan sedikitpun pengaruh. Sesungguhnya pada semua majelis-mejelis (tempat duduk) itu, engkau tidak melihat seorangpun dari kalangan orang-orang yang duduk mengangkat kepalanya untuk membaca ayat ini atau untuk mengingat pelajaran-pelajaran dan rahasia-rahasia yang tekandung di dalamnya. Para ulama salaf berbeda pendapat : Apakah boleh bagi orang yang sakit jiwa atau sakit jasmani menggangtungkan ayat Al-Qur'an di dadanya atau meletakkannya di bawah bantalnya dengan tujuan penyembuhan dengannya, karena cara macam ini tidak pernah bersumber dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam.

Ataukah mereka (orang-orang) yang menempelkan ayat-ayat yang mulia ini hanya menginginkan menempelkannya dengan sia-sia dan sekedar pemandangan ? Sesungguhnya Al-Qur'an tidak layak dijadikan permainan sia-sia dan pemandangan yang menjadi hiasan saja. Sesungguhnya Al-Qur'an lebih tinggi kedudukannya dan lebih agung derajatnya dari sekedar dijadikan hiasan dinding.

Oleh sebab itu, saya menyerukan kepada semua saudara-saudara kita yang telah menggantungkan agar segera melenyapkannya karena semua kemungkinan-kemungkinan yang telah kalian dengar. Seluruhnya menunjukkan bahwa menggantungkan ayat-ayat itu adalah sesuatu yang tidak layak.
Kedua :
Adapun hal yang ke dua yang ingin saya ingatkan dan saya mengkhususkannya kepada para khaththah (ahli tulisan Arab) yang suka menuliskan untuk orang lain tulisan-tulisan di atas kertas atau lainnya, yaitu apa yang dilakukan oleh para khaththah. Mereka menulis ayat-ayat yang mulia dengan selain khat Utsmani dan membentuk tulisan-tulisan ini seperti rekaan, sampai saya mendengar bahwa sebagian mereka hendak menulis firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.

"Artinya : Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam" [Az-Zumar : 5]
Dia menulis hurup "wawu" bagaikan lingkaran, ia hendak menulis Al-Qur'an sesuai dengan makna yang dikandungnya, sedangkan hal ini tidak ragu lagi diharamkan, karena sesungguhnya lafadz-lafadz Al-Qur'an Al-Karim tidak selayaknya dibentuk dengan bentuk yang menunjukkan kehebatan penulisnya atau menarik pandangan dengan ukirannya itu, sebab Al-Qur'an diturunkan bukan untuk hiasan atau rekaan. Dan barang siapa yang memiliki barang-barang seperti itu, maka hendaknya dia membakarnya atau menghapusnya supaya ayat Al-Qur'an tidak dijadikan sebagai permainan.

Para ulama berbeda pendapat apakah boleh Al-Qur'an ditulis dengan bukan khath Utsmani, meskipun bagi anak-anak ? Ada tiga pendapat di antara mereka tentang masalah ini. Adapun menulisnya dengan di reka-reka, maka tidak diragukan lagi keharamannya.
Maka kewajiban kita wahai saudara-saudara adalah menghormati dan mengangungkan Kitab Allah serta menggunakannya sesuai dengan maksud diturunkannya, yaitu sebagai pelajaran dan obat penyakit hati dan sebagai petunjuk serta rahmat bagi kaum mukminin, dengarlah hikmah penurunannya di dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.

"Artinya : Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadaMu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat peljaran orang-orang yang mempunyai pikiran" [Shaad:29] Al-Qur'an turun bukan untuk digantung di tembok dan direka-reka dalam penulisannya.
Sebagaimana dalam penggantungan di tembok, maka ada keharaman lain yang saya kira tidak seorangpun yang tidak mengetahuinya. Sesungguhnya majelis-majelis yang ada ayat-ayat Al-Qur'an di dindingnya terkadang menjadi majelis permainan haram, terkadang ada ghibah, bohong, makian-makian, dan perbuatan-perbuatan haram lainnya. Maka semua ini kenyataan sebagai pengolok-olokan terhadap Kitab Allah yang ada di atas kepala mereka, orang-orang yang hadir, sedangkan mereka sedang bermaksiat kepada Allah di depanayat-ayat Kitab Allah.

Dan ketahuilah-semoga Allah merahmati kalian-sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitab Allah dan sebaik-baik tuntunan adalah tuntunan Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam, sedangkan seburuk-buruk urusan adalah yang diada-adakan, dan setiap yang diada-adakan adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat, sedangkan setiap kesesatan (tempatnya) di Neraka.
[Disalin dari kitab 70 Fatwa Fii Ihtiraamil Qur'an edisi Indonesia 70 Fatwa Tentang Al-Qur'an, Penulis Abu Anas Ali bin Husain Abu Luz, Penerbit Darul Haq]

Friday, February 24, 2006

..:: Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal ::..

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: "Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."
"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."
Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
"Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: "Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya." Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."
Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita. Wallahu A'lam.

..:: 12 Barisan Di Akhirat ::..

Suatu ketika, Muaz b. Jabal r.a mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah An-Naba':18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."
Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-
Barisan Pertama
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kedua
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Ketiga
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Keempat
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."
Barisan Kelima
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Keenam
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Ketujuh
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kelapan
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kesembilan
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kesepuluh
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kesebelas
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kedua Belas
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak perbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."
Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....
Wallahua'alam.

..:: Tanda-Tanda Kiamat 2 ::..

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"
Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
  • Asap
  • Dajjal
  • Binatang melata di bumi
  • Terbitnya matahari sebelah barat
  • Turunnya Nabi Isa A.S
  • Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
  • Gerhana di Timur
  • Gerhana di Barat
  • Gerhana di jazirah Arab
  • Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W. Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."

..:: Tanda-Tanda Kiamat 1 ::..

Firman Allah, maksudnya: "Manusia Bertanya Kepadamu Tentang Hari Berbangkit (Kiamat). Katakanlah : Sesungguhnya Pengetahuan Tentang (Datangnya) Kiamat Itu Hanya Ada Pada Sisi ALLAH. " Dan Tahukah Kamu(Wahai Muhammad), Boleh Jadi Kiamat Sudah Dekat Pada Waktunya." AL-AHZAB:63)

Tanda-tanda kecil kiamat :

  1. Seorang hamba sahaya perempuan dikahwini tuannya.
  2. Ilmu agama sudah dianggap tidak penting lagi.
  3. Ilmu agama sudah tidak difahami dan tidak dipelajari para manusia.
  4. Tersebarnya perzinaan kerana mendapat izin rasmi kerana mendirikan tempat pelacuran/perzinaan oleh pemerintah.
  5. Segala minuman keras seperti arak, diminum secara berleluasa, peminumnya sudah tidak kenal dosa malah menjadi kebanggaan baginya.
  6. Lahirnya para Dajjal (pendusta) yang jumlahnya hampir 30 orang, semuanya mengaku utusan Allah.
  7. Ilmu agama dicabut (ramai alim ulama meninggal dunia).
  8. Banyak berlaku gempa bumi.
  9. Zaman sudah dekat mendekati.
  10. Banyak fitnah memfitnah.
  11. Banyak pembunuhan.
  12. Banyak harta bagi setiap orang hingga tak tahu membelanjakannya.
  13. Ramai orang bermegah dengan projek mega.
  14. Banyak gunung digondol dan dihapuskan.
  15. Ramai orang bodoh rajin beribadah hingga mudah / senang dirayu iblis.
  16. Orang yang ahli membaca Al-Quran tetapi fasik, yakni sembahyang dianggap remeh, mudah dan ditinggalkan.
  17. Banyak mendirikan masjid tapi tidak mengimarahkannya.
  18. Banyak turun hujan tetapi sedikit tumbuh-tumbuhan.
  19. Banyak orang menjadi pemimpin tetapi tidak boleh dipercayai.
  20. Ramai orang solihin meninggal dunia.
  21. Anak melawan ibubapa.
  22. Hujan di musim kemarau.
  23. Orang pendusta dianggap benar,orang jujur dibohongi dan tidak dipercayai lagi.
  24. Orang yang jauh menjadi akrab tetapi hubungan keluarga terputus.
  25. Setiap desa dikepalai orang munafik.
  26. Tempat-tempat pengimaman sama dihias.
  27. Lahir ramai anak hasil perzinaan.
  28. Banyak minuman keras.
  29. Ramai orang memutuskan tali persaudaraan.
  30. Menuntut ilmu bukan kerana agamanya tetapi bermaksud utk perolehi pangkat dan kedudukan.
  31. Ramai kaum suami menuruti kehendak isterinya.
  32. Para pembesar / penguasa melakukan zina.
  33. Kitab suci Al-Quran dihina dan diremehkan.
  34. Tujuan hidup untuk keperluan perut bukan agama.
  35. Orang alim (ulama) sudah tidak ditaati.
  36. Orang alim sudah tidak disenangi.
  37. Orang kaya dimuliakan kerana kekayaannya.
  38. Banyaknya berlaku penceraian suami dan isteri.
  39. Banyak kematian secara mendadak.
  40. Ramai lelaki merupai wanita dan wanita merupai lelaki.
  41. Al-Quran dibaca untuk diperlagukan.
  42. Ulamak memihak kepada pemerintah lalu menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
  43. Rasuah berleluasa.
  44. Ramai orang bermegah meninggikan bangunan rumahnya.
  45. Ramai orang menjual-beli hukum.
  46. Memandang ringan masalah perceraian.
  47. Berdasarkan hadith riwayat Iman Bukhari, daripada Abu Hurairah.
* Marilah kita menginsafi diri sesama kita semoga Allah sentiasa merahmati kita sekalian. Semua tanda diatas sudah ada di dalam masyarakat kita hari ini.

..:: Asal Usul Kejadian Adam A.S. ::..

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS. Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu? Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu? Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan InsyaAllah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama.
Berpesan-pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.
(Al-A'ssr) "Betapa payahnya malaikat-malaikat meminta tanah dari bumi untuk menjadikan nabi Adam A.S (Abul Basyar/Bapa segala manusia)".
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.
Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah: "Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu. "Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah.
Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia."
Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
Jenis tanah yang digunakan :
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah (Babylon)
10.Tanah India
11.Tanah syurga
12. Tanah Tha'if
Menurut Ibnu Abbas :-
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia, dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana disitu tempat sujud kepada.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama, sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.
Proses kejadiannya :
1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur(cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itu pun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala, dan dua buah liang di bawah badan letaknya
Tujuh buah letaknya adalah :
1. Di Kepala ialah Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera :
A. Mata alat penglihatan
B. Hidung alat penciuman
C. Telinga alat pendengaran
D. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
E. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.
Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).
Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :
"Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)
Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
Wallahualam

Tips, educate child, teenagers, adults in daily lifestyles.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


HACKER SAFE certified sites prevent over 99.9% of hacker crime.
 
..:: LARANGAN BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MABUK DAN JUNUB ::..
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."[Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa' :43]