Hidup, Amal & Akhir HayatKu Untuk ALLAH s.w.t.

RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA… Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Sunday, February 19, 2006

..:: Perhatikan Bagaimana Kita Bercakap......?! ::..

1. Setengah orang tidak dapat bercakap dengan jelas. Mereka bercakap dalam keadaan samar-samar dan terlalu berperaturan dan kaku. Mereka menyangka adalah suatu perbuatan yang hormat dengan menggunakan tanda-tanda kadangkala pendengar-dengar tidak dapat menangkap maksud dengan jelas dan kadangkala tersalah faham. Ini akan menimbulkan banyak tandatanya. Dengan itu bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada keraguan.
2. Bercakaplah di depan jangan di belakang seseorang. Bercakap di belakang akan menimbulkan sesuatu yang mengelirukan.
3. Apabila mengulangi permohonan kepada seseorang, sebutlah dengan penuh tanpa bergantung kepada apa yang telah dikatakan sebelum ini. Jangan nyatakan secara kurang sempurna atau samar-samar bergantung kepada penerangan awal. Berkemungkinan sebahagian daripada penangan yang sebelumnya mungkin telah dilupai dan pendengar mungikn tersalah faham mengenai permintaan tadi jika tidak dijelaskan semula.
4. Setengah orang duduk di belakang majlis sambil melawaskan tekak dan batuk agar perhatian dapat ditumpukan kepada mereka. Jikalau benar-benar ada perkara yang hendak diperkatakan, pergilah ke depan dan terangkanlah. Tidaklah wajar mengganggu orang yang sedang bertugas. Tunggulah dia selesai menjalankan tugasnya, maka bertanyalah kepadanya.
5. Jika pada masa sesuatu tajuk tidak habis dibincangkan, janganlah mengutarakan tajuk yang lain. Jika seorang sedang bercakap, janganlah mencelah dengan tajuk yang lain.
6. Apabila menjawab soalan, jawablah dengan penuh dan jangan jawab secara ragu-ragu. Janganlah menjawab dengan kenyataan-nyataan yang bercelaru yang menghendaki pengulangan soalan.
7. Sewaktu makan, janganlah menyebut sesuatu yang menimbulkan rasa jijik atau tidak disukai oleh orang lain. Pembawaan seseorang itu tidak sama dan terlalu halus dan tidak boleh mendengar sesuatu yang jelik dan kotor disebut ketika makan.
8.Jangan bercakap didepan orang yg sedang sakit atau keluarganya sesuatu yang mendatangkan dukacita serta hilang harapan untuk hidup. Berkatalah dengan sesuatu yang memberansangkan untuk meringankan sakit dan kesedihannya.
9. Jikalau anda terpaksa bercakap secara rahsia mengenai seseorang yang secara kebetulan ada disitu, maka jangan menunjukkan sesuatu melalui gerakan tangan atau ekoran mata kepada satu sama lain. Janganlah menjadikannya sedar bahawa anda sedang berkata sesuatu mengenainya. Inihanya boleh dilakukan apabila perkara mengenainya memperolehi keizinannya. Jikalau perbincangan itu dilarang maka memperkatakan sesuatu mengenainya adalah berdosa.
10. Apabila menerima berita tentang seseorang yang sakit, kematian dan sebagainya, janganlah diumumkan sehingga anda telah sah tentang kebenaran berita tersebut.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Tips, educate child, teenagers, adults in daily lifestyles.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


HACKER SAFE certified sites prevent over 99.9% of hacker crime.
 
..:: LARANGAN BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MABUK DAN JUNUB ::..
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."[Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa' :43]