Hidup, Amal & Akhir HayatKu Untuk ALLAH s.w.t.

RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA… Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Thursday, February 16, 2006

..:: YA ALLAH ..::


Ya Allah, ampunilah dosaku.. janganlah dosa-dosa yg tlh aku lakukan itu menyebabkan hati dan jiwaku lemah utk meneruskan perjuangan ini...

Ya Allah, campakkanlah manisnya iman ke dalam hatiku.. semoga ianya sentiasa hidup, subur, mekar mewangi dalam mendokong perjuangan suci ini...

Ya Allah, aku mengadu hanya padaMu di kesepian ini.. tiada daya dan tiada upaya bagiku tanpa.. kasih sayangMu

Ya Allah, tunjukilah aku jalan yang lurus... tetapkanlah hatiku atas jln perjuangan ini... selainMu, di mana lagi tempat utk kami mengadu....?

Ya Allah, kurniakan aku kesihatan yang berpanjangan.. pemikiran yang cerdas... hati yang ikhlas...

Ya Allah, izinkan aku menghirup kewangian setanggi syurgaMu dengan jalan perjuangan ini... semoga sampai tikanya nanti... aku bisa menjejaki gerbang syurgawi... bertemuMu Kekasih Sejati.... Ya Allah....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Tips, educate child, teenagers, adults in daily lifestyles.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


HACKER SAFE certified sites prevent over 99.9% of hacker crime.
 
..:: LARANGAN BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MABUK DAN JUNUB ::..
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."[Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa' :43]