..:: 101 Doa Para Nabi Dan Rasul ::..
"Wahai sekalian manusia, kamu semua mengharapkan kepada Allah, sedangkan Allah s.w.t itu Maha Kaya (dari meminta kepada kamu)"
Dari: Samsul Rizal
Setiap kita pasti mengharapkan kasih sayang Allah s.w.t untuk mendapatkan sesuatu kebaikan atau mengelak sesuatu keburukan.
Sebenarnya kualiti doa itu dipengaruhi oleh kaedah doa itu sendiri, kesungguhan serta keikhlasan orang yang mengucapkannya.
Sesuatu doa itu akan dimustajabkan Allah apabila menepati waktunya, adabnya dan tentunya jika berpandukan kepada munajat para nabi, rasul dan golongan salihin sebelum kita.
Kita memang sentiasa berdoa tetapi doa kita sering bebas tanpa panduan tertentu. Semua bangsa dan agama di atas muka bumi ini berdoa dengan cara mereka yang tersendiri. Apakah doa mereka sentiasa diterima Allah s.w.t lantas mereka berjaya membawa kemajuan hingga meneroka angkasa lepas dan menyelami dasar laut yang paling dalam?
Soalnya sekarang ialah apakah doa kita sudah berkualiti? Sesungguhnya doa memberi kebenaran di dalam hati. Allah akan beserta dengan apa yang kita sangkakan dan apa yang kita pohon. Kita berusaha ke arah apa yang kita minta kerana hati kita telah mengiakan. Sebab itu keyakinan diri amat penting.
Mari kita lihat situasi ini. Seorang pengaksi lagak ngeri yang akan meniti tali yang diregang di antara dua buah bangunan tinggi dengan hanya memangku sepotong kayu panjang melintangi tali buat mengibangi tubuhnya. Dia kelihatan bongkok sedikit ke depan lalu merenung titik penghujung penitiannya dengan mata yang tajam. Kemudian dia perlahan-lahan tunduk berdoa, bertafakur sebentar sebelum memulakan penitian.
Sebenarnya dia sedang meletakkan keyakinan yang tinggi di dalam hatinya yang dia akan berjaya melintasi tali dengan selamat kerana ini adalah soal hidup dan matinya.
Latihan dan kemahirannya memang sudah mantap. Tetapi ada faktor lain yang dia perlu ambil perhatian. Dia perlu berdoa supaya angin tidak tiba-tiba menggoncang talinya. Atau ketika itulah gempa bumi berlaku yang akan menggoyangkan kedua-dua buah bangunan itu. Atau otot-otot kaki dan tangannya tiba-tiba tidak mahu berfungsi. Apa pun boleh berlaku!
Bagaimanapun adat alam menyatakan bahawa walau bagaimana mahir pun seseorang itu melakukan keajaiban di atas muka bumi ini, dari masa ke masa telah berlaku banyak kemalangan yang meragut nyawa. Sesiapa pun tanpa mengira kepercayaan, agama dan bangsa, ada doa kita yang dimakbulkan Allah dan ada doa kita yang yang tidak dimakbulkan Allah s.w.t.
Tetapi bagi orang Mukmin ada satu lagi senjata tambahan iaitu jika seandainya doa kita tidak dimakbulkan Allah s.w.t. di dunia, doa itu tetap akan dimakbulkan-Nya di akhirat,
"Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Nahl ayat 89, maksudnya..."
"...dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita mengembirakan, bagi orang Islam"
"Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Mai'dah ayat 5-16, maksudnya..."
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) daripada Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas dan nyata keterangannya. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaan-Nya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (keimanan) yang terang-benderang, dengan izin-Nya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka jalan yang lurus"
"Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Fussilat ayat 44, maksudnya..."
"Katakanlah (wahai Muhammad) al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan kegelapan yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)."
Buku ini mengandungi doa para nabi dan rasul yang terdapat di dalam Al-Quran. Doa mereka merupakan potongan ayat-ayat Al-Quran. Jadi bagi yang mengamalkan doa ini, kita berdoa dan membaca ayat Al-Quran pada masa yang sama. Al-Quran adalah sebaik-baik susunan ayat munajat kepada Allah s.w.t. Kata-kata ikhlas yang keluar daripada hati para nabi dan rasul adalah kata bimbingan dari pencipta alam, Allah s.w.t.
Sebaik-baik contoh doa ialah doa para nabi dan rasul kerana mereka adalah manusia maksum. Namun dalam pada itu para nabi dan rasul juga adalah seorang manusia seperti kita yang tertakluk kepada alam sekitar, tertakluk kepada panahan cahaya matahari dan bulan yang sama, mengalami lapar dan dahaga yang sama dan akhirnya mengalami kesusahan, sakit dan wafat juga seperti orang lain.
Kisah Rasulullah Berdoa
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa pernah berlaku musim kemarau pada zaman Rasulullah. Ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar pada hari Jumaat, seorang Arab Badwi bangkit, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, segala harta benda telah musnah. Seluruh ahli keluarga juga kelaparan. Berdoalah kepada Allah untuk kami agar Allah turunkan hujan."
Baginda lalu mengangkat kedua belah tangan. Pada waktu itu tidak ternampak tompokan-tompokan awan. Tiba-tiba awan seumpana buih berarak. Baginda masih tidak turun dari mimbar hinggalah kami melihat hujan mula menitis membasahi janggutnya. Seharian itu kami ditimpa hujan. Begitu juga keesokannya dan hari selepasnya sehingga tiba hari Jumaat seterusnya. Pada hari itu, Arab Badwi tempoh hari bangun lagi berkata: "Semua bangunan telah runtuh, harta benda juga telah ditenggelami air. Oleh itu, berdoalah kepada Allah untuk kami, wahai Rasulullah."
Baginda lalu menadah tangan ke langit, lalu berdoa, maksudnya, "Ya Allah, berilah manfaat kepada kami, dan janganlah jadikannya musibah kepada kami." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Pengajaran Daripada Kisah Ini
Daripada kisah di atas, rupa-rupanya untuk meminta sesuatu dari Allah s.w.t terdapat adab, cara dan kaedah yang tertentu. Antaranya adalah:-
- Mengangkat kedua-dua belah tangan semasa berdoa.
- Berdoa dengan penuh keikhlasan kepada Allah.
- Berdoa dengan sabar menanti dimakbulkan Allah.
- Menggunakan ayat yang ringkas dan padat.
Waktu-waktu Mustajab Berdoa
Menurut Ibn 'Atha, doa itu mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit untuk diterima Allah s.w.t.
Sayap-sayap doa itu adalah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu yang dimakbulkan doa.
"Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w, maksudnya..."
"Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar, apakah yang perlu saya baca? Jawab Rasulullah s.a.w, sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia. Kamu sukakan kemaafan. Jesteru, maafkanlah aku"
(Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibn Majah dan Al-Nasa'ie)
Malam Al-Qadar berlaku pada bulan Ramadan. Kemungkinan besar ia berlaku pada 10 malam terakhir bulan Ramadan berdasarkan kepada beberapa hadis yang menggesa para sahabat mencari malam Al-Qadar pada sepuluh malam terakhir.
Tetapi malam Al-Qadar bukan satu-satunya waktu yang mustajab untuk berdoa. Di dalam Bab 2 buku ini ada dihuraikan 16 waktu-waktu mustajab untuk berdoa.
Adab-adab Beramal Dengan Ayat-ayat Allah
"Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya..."
"Bacalah olehmu Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya"
(Hadis Riwayat Muslim)
Menurut Al-Imam Al-Ghazali, membaca Al-Quran akan mendatangkan pelbagai faedah. Untuk memperolehi kelebihan-kelebihan tersebut, seseorang itu hendaklah memenuhi adab-adab tertentu. Seperti yang dihuraikan dalam Bab ke-3 buku ini, di antara adab-adabnya ialah:-
- Membaca dalam keadaan berwuduk.
- Berinteraksi dengan ayat-ayatnya.
- Membaca dengan mentadabbur maksud ayat-ayat itu.
- Membaca dengan niat untuk mengkhatamkannya.
- Memulakan membaca Al-Quran dengan ta'awwuz.
Bab ke-4 iaitu bab yang terakhir dalam buku ini merupakan kemuncak bagi buku ini. Bab ini menghimpunkan 101 Doa Para Nabi Dan Rasul Dalam Al-Quran beserta keterangan ayat, khasiat dan kaifiat beramal dengan doa tersebut.
Susunan doa-doa ini adalah mengikut tertib surah yang terkandung di dalam Al-Quran.
Kelebihan yang ada pada buku ini ialah setiap doa akan disandarkan kepada keterangan berkaitan latar belakang ayat dan kelebihan beramal dengan ayat-ayat tersebut berdasarkan sumber-sumber daripada kitab-kitab tafsir terkemuka karangan salaf dan khalaf seperti Tafsir Ibn Kathir, Al-Durrul Manthur, Al-Qurtubi, Adwa�ul Bayan, Fi Zilalil Quran, Al-Baidhawi, Al-Fakhrurrazi, Ibn Abi Hatim dan Al-Tabari.
Himpunan doa-doa yang terkandung dalam bab ini adalah:-
Surah Al-Fatihah ibu segala doa, penawar segala masalah.
Doa agar menjadi hamba yang taat.
Doa semasa ditimpa musibah.
Doa untuk kebaikan dunia akhirat.
Doa agar diberi kesabaran dan kekuatan.
Ayat Al-Kursi: untuk menghindari perbuatan pukau dan sihir.
Ikrar orang-orang beriman.
Memohon keampunan atas kekurangan diri.
Memohon ketetapan hati dalam hidayah.
Doa untuk mendapatkan semula barang yang hilang.
Doa memohon keampunan.
Doa agar dapat membayar hutang.
Doa untuk bayi yang baru lahir.
Doa untuk mendapat zuriat.
Doa agar tergolong dalam kalangan orang beriman.
Doa pada kenderaan bermasalah.
Doa memohon pertolongan semasa menghadapi musuh.
Doa apabila menghadapi tekanan dan stress.
Doa golongan shuhada ketika memasuki syurga Allah s.w.t.
Doa agar selamat daripada golongan yang zalim.
Doa agar dimasukkan ke dalam golongan orang beriman.
Doa Nabi isa a.s. agar beroleh rezeki.
Doa Iftitah.
Doa ketika menyaksikan sembelihan Aldiladha.
Doa memohon keampunan dan rahmat Allah s.w.t.
Doa pembuka majlis.
Doa agar terselamat daripada golongan orang jahat.
Doa agar memohon Allah s.w.t. membalas hukuman.
Doa memohon kesabaran dan mati dalam iman.
Doa Nabi Musa untuk dirinya dan Nabi Harun.
Doa agar terselamat daripada sifat lalai manusia.
Kelebihan At-Ta'awwuz untuk menghalau syaitan.
Doa memohon dicukupkan keperluan.
Adab menutup doa.
Doa menghindari sihir dan ilmu hitam.
Doa memohon dijauhi angkara kezaliman.
Zikir minta hujan.
Doa agar beroleh rezeki.
Doa ketika menaiki kenderaan di air.
Doa Nabi Nuh memohon keampunan kerana meminta perkara yang tidak diketahuinya.
Doa agar selamat dari godaan wanita.
Doa Nabi Yusuf agar mati dalam Islam.
Doa Nabi Ibrahim agar tempat tinggalnya menjadi aman.
Doa Nabi Ibrahim agar keluarganya mendapat keampunan.
Doa untuk kesejahteraan ibu bapa.
Doa agar beroleh tempat tinggal yang baik.
Doa agar beroleh keselamatan.
Ucapan syukur dan takjub pada nikmat Allah s.w.t.
Doa memohon perlindungan Allah daripada segala kejahatan.
Kaf Ha Ya Ain Sad Memohon perlindungan Allah.
Doa agar difasihkan lidah dan dilapangkan dada untuk berkomunikasi.
Doa memohon ditambah ilmu.
Ayat penawar daripada api dan rasa sakit.
Doa agar beroleh kefahaman dan kuat ingatan.
Doa Nabi Ayyub ketika ditimpa penyakit kronik.
Doa Nabi Yunus ketika dalam kesusahan (perut ikan).
Doa Nabi Zakaria agar mendapat zuriat.
Doa ketika berhadapan dengan perkara yang rumit.
Doa Nabi Nuh agar terselamat daripada ribut taufan.
Doa agar dijauhkan daripada orang yang zalim.
Doa agar terselamat daripada gangguan syaitan.
Doa agar mendapat keampunan dan kerahmatan.
Penawar pelbagai penyakit.
Doa selesai Tasyahud akhir.
Doa agar selamat daripada azab neraka.
Doa agar beroleh pasangan dan anak-anak yang baik.
Doa selepas wuduk.
Doa agar tergolong dalam golongan yang soleh.
Doa Nabi Ibrahim agar selamat daripada penghinaan.
Doa Nabi Lut agar selamat daripada ahli maksiat.
Doa Nabi Sulaiman agar menjadi hamba yang bersyukur.
Doa Nabi Musa agar mendapat keampunan.
Doa Nabi Musa agar selamat daripada kaum yang zalim.
Doa Nabi Musa memohon perlindungan Allah.
Doa Nabi Lut agar mendapat pertolongan terhadap golongan yang ingkar.
Zikir setiap pagi yang petang.
Doa agar dicukupkan keperluan.
Doa agar dihilangkan perasaan sedih.
Doa Saad bin Abi Waqqas agar tentera Islam dapat menyeberangi lautan.
Doa Nabi Ibrahim agar dikurniakan anak yang soleh.
Doa agar berat timbangan amalan kebaikan.
Doa agar menjadi orang yang taat.
Doa Nabi Muhammad s.a.w dalam qiyamullail.
Penawar bagi hati yang gemar membuat maksiat.
Doa para malaikat kepada orang yang beriman.
Doa Sayidina Umar r.a ketika kemarau.
Doa agar mensyukuri nikmat Allah.
Kelebihan berdoa dengan Al-Asma Al-Husna.
Doa memohon keampunan diri sendiri dan generasi terdahulu.
Terapi daripada gangguan jin.
Doa agar selamat daripada fitnah.
Kelebihan ayat seribu dinar.
Doa agar dikurniakan nur.
Doa agar terselamat daripada seksa kubur.
Doa apabila menderita sakit gigi.
Doa agar Allah menghukum kaum yang ingkar.
Doa agar beroleh kelapangan hati.
Doa agar dipermudahkan urusan.
Surah yang menjadi penawar kepada pelbagai masalah.
Penawar daripada gangguan sihir.
Penawar daripada gangguan jin.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home