Hidup, Amal & Akhir HayatKu Untuk ALLAH s.w.t.

RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA… Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Tuesday, June 24, 2008

..:: Selawat Nabi ::..


Suatu ketika, seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW yang sedang duduk di dalam masjid. Beliau berkata: “Salam sejahtera kepada kamu wahai ahli kemuliaan yang tinggi dan pemurah yang disanjungi. Lalu Rasulullah memberi tempat duduk kepada beliau di antara Baginda dan Abu Bakar RA. Orang ramai yang hadir merasa hairan dengan tindakan Rasulullah mendahulukan lelaki tersebut. Kemudian Rasulullah memaklumkan: “Jibril telah memberitahu kepadaku bahawa beliau telah berselawat kepadaku dengan lafaz selawat yang belum pernah diungkapkan oleh sesiapapun sebelum beliau.” Lalu Abu Bakar bertanya: “Bagaimanakah lafaz selawat beliau?” Rasulullah pun menyebut lafaz selawat lelaki berkenaan:اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ فِي الأَوَّلِيْنَ وَالآخِرِيْنَ، وَفِي الْمَلأِ الأَعْلَى إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِYa Allah, berikanlah restu kepada Muhammad dan keluarga Baginda di kalangan golongan terawal dan golongan terkemudian serta golongan tertinggi sehingga hari Qiamat.[Riwayat al-Sya`rani di dalam Kasyf al-Ghummah; al-Sakhawi di dalam al-Qaul al-Badi’]

Lihat:*Nuzhah al-Majalis wa al-Muntakhab al-Nafais, Abdul Rahman bin Abdul Salam al-Sofuriy
*Afdhal al-Solawat ‘ala Saiyid al-Sadat SAW, al-Qadhi al-Syaikh Yusuf bin Isma‘il al-Nabhani.


Kelebihan Selawat:

- Diriwayatkan daripada ‘Abdul bin Mas‘ud RA: Sabda Rasulullah SAW: “Orang yang lebih utama (dekat) denganku pada hari Qiamat ialah orang yang banyak berselawat kepadaku.” (Dikemukakan oleh al-Tirmizi dengan menilainya Hasan dan Ibn ‘Asim).

- Daripada Anas bin Malik RA: Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali dan menghapuskan sepuluh kesalahannya.” (Riwayat Imam Ahmad).

- Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang sukar menunaikan hajatnya, hendaklah ia memperbanyakkan selawat ke atasku. Sebab ia melapangkan kebimbangan, kedukacitaan, kesusahan, memperbanyakkan rezeki serta menunaikan hajat.” (Menurut al-Sayuti hadis ini adalah Sahih).

- Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang ditimpa suatu kesusahan, hendaklah ia memperbanyakkan selawat ke atasku. Sebab ia menguraikan simpulan dan melapangkan kesukaran.”

Sumber:
Afdhal al-Solawat ‘ala Saiyid al-Sadat SAW, al-Qadhi al-Syaikh Yusuf bin Isma‘il al-Nabhani.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Tips, educate child, teenagers, adults in daily lifestyles.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


HACKER SAFE certified sites prevent over 99.9% of hacker crime.
 
..:: LARANGAN BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MABUK DAN JUNUB ::..
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."[Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa' :43]