Imam al-Bukhari dan Muslim ada mencatatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah r.a yang menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :
"Syaitan akan sentiasa membelit kepala kalian dengan tiga belitan apabila kalian telah tidur. Belitan itu menyebabkan kalian akan terus diulit lena sepanjang malam tersebut. Akan tetapi apabila kalian bangun di samping menyebut zikir kpada Allah, maka terurailah satu belitan darinya. Kemudian apabila kalian mula berwudhuk, maka terurai pula satu belitan lagi. Dan akhir sekali apabila kalian bangun untuk mendirikan solat, maka akan terurailah belitan terakhir. Lalu kalian akan bertukar menjadi cergas dan sucilah jiwa, andaikata sebaliknya maka kotorlah jiwa serta timbullah sifat malas".
Hadis di atas menerangkan bahawa barangsiapa yang tidak mempunyai himpunan tiga perkara ini iaitu zikir, wuduk dan solat, maka sesungguhnya dia telah termasuk di dalam apa yang diistilahkan sebagai: maka kotorlah jiwa serta timbullah sifat malas.
Tujuan utama Syaitan berbuat demikian ialah untuk menyumbat rasa malas ke atas seseorang hamba agar dia terhalang dari melakukan solat malam. Dengan itu, ia akan berjaya menguasainya sepanjang malam itu.
Walaupun begitu, bagaimanakah caranya untuk membatalkan tipu daya tersebut? Antaranya ialah...
1. Berwuduk sebelum tidur "Sebelum kamu mula merebahkan badanmu ditempat tidur, maka hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk solat terlebih dahulu"
2. Hendaklah bersolat witir terlebih dahulu sebelum tidur, berdalilkan pendapat Ibnu Umar r.a katanya :
"Seseorang yang tidur tanpa berwitir terlebih dahulu, tiada lain melainkan kepalanya sudah dibelit dengan tali kekang yang panjangnye 70 hasta"
3. Tadah kedua-dua tangan anda dan bacakan ke atasnya ayat-ayat al-Ma'uzat kemudian tiuplah padanya. Sesudah itu sapulah serata badan yang boleh, bermula dari arah kepala. Perbuatan ini ada disebut di dalam sahih al-Bukhari dari hadis Aisyah.
4. Bacalah dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah, berdasarkan hadis Ibnu Mas'ood bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah, maka memadailah dia pada malam itu" (dari terkena ancaman jahat)
5. Bacalah Ayat Kursi sambil cuba memerhati dan memahami isi kandungannya dan ayat tersebut bertindak mengawal diri anda dari dicerobohi Syaitan hingga ke pagi.
6. Ucaplah Tasbih, Tahmid dan Takbir tiap-tiap satunya 33 kali. Zikir ini ada tersebut dlam sahih Bukhari dan Muslim dari hadis Ali r.a
7. Bacalah satu surah dari mana-mana surah kita al-Quran, sebagaimana riwayat Imam Ahmad dan At-tirmiziy dari Syaddaad ibnu Aus r.a secara Marfu'katanya :
"Tidaklah seseorang muslim itu apabila ia hendak tidur lalu di baca satu surah dari kitab Allah, melainkan Allah akan mengutuskan kepadanya seorang mailaikat yang menjaganya dari terkena dari sebarang perkara-perkara yang membahayakannya."
8. Letakkan tapak tangan kanan anda di bawah pipi kanan anda semasa hendak tidur dan tidurlah dengan mengiring sebelah kanan sambil membaca doa pelindung.
9. Kemudian teruslah berzikir sehingga terlena.
Jabir r.a telah menceritakan bahawa Raulullah s.a.w telah bersabda :
"Apabila seseorang itu merebahkan badannya ke tempat tidur, malaikat dan syaitan masing-masing saling berebut mempengaruhinya. Malaikat berkata : "Akhirilah lenamu dengan kebaikan(zikir), syaitan pula berkata " Akhirilah lenamu dengan kejahatan". Apabila seorang hamba itu berzikir kepada Allah sehingga terlena, malaikat akan terus menghalau syaitan dan kekallah malaikat tersebut menjaganya hingga ke pagi.
Apabila dia bangun dari tidur, malaikat berkata, "Mulakan harimu dengan kebaikan(zikir), Syaitan pula akan berkata : "Mulakan lah hari mu dengan kejahatan". Maka sekiranya hamba tersebut memulakan harinya dengan zikir, Malaikat akan terus menghalau Syaitan dan kekallah hamba tersebut di dalam peliharaan malaikat."
Hadis ini telah disahkan sahih oleh al- Hakim dan dipersetujui oleh adz-Dzahabiy.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home