Hidup, Amal & Akhir HayatKu Untuk ALLAH s.w.t.

RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA… Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Sunday, February 19, 2006

..:: Kelebihan Menjaga Waktu Solat ::..

Ali bin Abi Talib berkata: "Sewaktu Rasulullah saw duduk bersama sahabat Muhajirin dan Ansar, dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang Yahudi lalu berkata: "Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat yang diberikan Allah kepada Nabi Musa yang tidak diberikan kecuali kepada Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab (terhampir)."
Lalu Rasulullah bersabda: "Silakan bertanya." Berkata orang Yahudi itu: "Sila terangkan kepada kami mengenai lima waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu." Sabda Rasulullah: "Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhan-Nya, Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam memakan buah Khuldi, Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam, maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah, pasti Allah memenuhi permintaannya." "Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh rasul sebelumku. "Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir."
Selepas orang Yahudi mendengar penjelasan Rasulullah, maka mereka berkata: "Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang?"
Rasulullah bersabda:
"Jagalah waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, yakni sembahyang Zuhur kerana pada saat itu dinyalakan api neraka jahanam dan orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.
"Jagalah waktu sembahyang Asar kerana ia adalah saat di mana Nabi Adam memakan buah Khuldi dan orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.
"Juga, jagalah waktu sembahyang Maghrib kerana itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam diterima dan seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan permintaannya.
"Dan sembahyang Isyak itu attammah. Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjemaah, maka Allah haramkan daripadanya terkena api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirath (siratul mustakim)."
Rasulullah seterusnya bersabda: "Sembahyang Subuh pula, bagi seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberi oleh Allah dua jenis kebebasan, iaitu dibebaskan daripada api neraka dan nifaq (sifat munafik)."

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Tips, educate child, teenagers, adults in daily lifestyles.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


HACKER SAFE certified sites prevent over 99.9% of hacker crime.
 
..:: LARANGAN BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MABUK DAN JUNUB ::..
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."[Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa' :43]