Hidup, Amal & Akhir HayatKu Untuk ALLAH s.w.t.

RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA… Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Wednesday, March 01, 2006

..:: Khasiat ASMAUL HUSNA ::..

"Ya Allah!" apabila dizikirkan 500x setiap malam, lebih2 lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yg besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

"Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat2 pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah

"Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari, Insya Allah kita akan mempunyai daya penarik yg besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

"Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yg dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yg diredhai Allah.

"Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

"Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136x, Insya Allah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

"Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236x, Insya Allah dgn izin Allah diri kita, keluarga & segala kekayaan yg dimilikki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yg merosakkan.

"Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardhu Isyak, Insya Allah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih dari segala sesuatu yg merumitkan sehingga mudah utk menghafal apa jua pelajaran.

"Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat subuh, Insya Allah dgn izin Allah, kita akan menjadi orang yg mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

"Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dgn izin Allah.

"Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662x, maka dgn kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

"Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, Insya Allah bagi yg ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran, amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap.

"Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100x selama 7 hari berturut-turut, Insya Allah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

"Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yg sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dgn berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Diwaktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x, kemudian diminum air tersebut utk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yg sama tetapi hanya dgn berpuasa selama 3 hari. Kemudian, pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10x, Insya Allah akan dikurniakan anak yg soleh dgn izin Allah.

"Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dlm masjid dlm keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, Insya Allah akan diampunkan dosa-dosa kita.

"Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & Insya Allah orang-orang yg selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

"Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100x sesudah solat fardhu, barang siapa yg selalu didlm kesempitan, Insya Allah segala kesulitan @ kesempitan dlm soal apa pun akan hilang dgn izinNya.

"Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yg halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dgn ikhtiar yg zahir.

"Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71x sesudah selesai solat subuh, Insya Allah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

"Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yg sempurna.

Fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran : Abu Nur Husnina keluaran Pustaka.

Oleh :Permata Hati
http://www.mymasjid.com.my/forum/show.asp?id=173

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Tips, educate child, teenagers, adults in daily lifestyles.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


HACKER SAFE certified sites prevent over 99.9% of hacker crime.
 
..:: LARANGAN BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MABUK DAN JUNUB ::..
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."[Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa' :43]