Yaa Allah Yaa Tuhan ku ! Ampuni-lah dosa-dosa ku dan dosa-dosa kedua ibu bapaku. Kasihani-lah mereka berdua seperti mana mereka berdua mengasihani aku semasa aku masih kecil.
Yaa Allah Yaa Tuhan ku ! Beri-lah pertunjuk, taufiq dan hidaayah mu kepada keduaibu bapa ku. Kekalkan-lah pertunjuk, taufiq dan hidaayah mu ke-atas kedua ibu bapaku sehingga ke-akhir hayat mereka berdua.
Yaa Allah Yaa Tuhan ku ! Rohmati-lah dan Ridhoi-lah kedua ibu bapa ku. Terima-lah segala amalan-amalan kebaikan, amalan-amalan kebajikan dan amalan-amalan sholeh mereka sepanjang hidup mereka.
Yaa Allah Yaa Tuhan ku ! Sejahterakan-lah kehidupan kedua ibu bapa ku, di-duniaini,di-alam barzakh dan di-alam akhirat. Hidupkan lah mereka berdua di-dalam Iman dan Islaam Dan matikan-lah mereka berdua di-dalam Iman dan Islam juga. Yaa Allah Yaa Tuhan ku ! Masukan-lah kedua ibu bapa ku ke-dalam syurga Mudengan Rohmat Mu dengan Ridho Mu dan Barkah Mu . Jangan-lah Engkau siksamereka, azab mereka dan himpit mereka.
Mimpikan-lah dan bayangkan-lah setiap pagi dan petang, siang dan malam, setiap sa'at dua puluh empat jam hingga ke-hari kiamat akan nikmat-nikmat kubur dan nikmat-nikmat syurga. Semoga aku dan anak beranak-nya yang lain dapat berjumpa dengan mereka berduadi-akhirat kelak di-dalam syurga Mu. Amiin !
0 Comments:
Post a Comment
<< Home