Islam melarang dengan keras seseorang memukul isterinya seperti memukul hamba abdi, ini bertentangan dengan kesucian Islam sebagai agama selamat. Islam mengajar kepada umatnya agar berlemah lembut dan bertimbang rasa didalam segala hal, terutama sekali didalam perkara-parkara berhubung dengan rumah tangga (isteri dan anak-anak). Sabda Rasulullah dalam hadis yang bermaksud : "Sesempurna iman orang-orang mukmin ialah yang paling baik kelakuannya, dan yang paling lembut terhadap isterinya". Riwayat Imam Al Bukhari dan Muslim. "Tergamakkah seseorang kamu memukul isteri sepertimana memukul seorang hamba abdi, kemudian dia memeluknya pula, tidakkah dia (suami) merasa malu". Riwayat Imam Ibnu Saad. Sekiranya berlaku salah sangka atau pun mengesyaki sesuatu yang kurang baik terhadap isteri. Maka janganlah mengambil tindakan yang keterlaluan terhadapnya atau menuduhnya, atau memaki hamunnya, dengan mengeluarkan kata-kata yang kesat yang boleh menyebabkan rasa hormat isteri terhadap suami akan berkurangan.Sebaiknya hendaklah segera kembali kepada Allah dan rujuklah kepada Al Quran, didalamnya terdapat ubat yang paling mujarab yang dapat megatasi segala masalah tanpa menghadapi apa-apa kerugian baik dari segi kewangan atau fizikal. (tak payah nak pakai lawyer dan sebagainya). Dalam surah An Nisa' ayat 34-35 Allah menerangkan : "Dan wanita-wanita yang kamu bimbang penderhakaannya mereka, hendaklah kamu (sang suami) memberi mereka nasihat-nasihat, dan berpisahlah kamu dari tempat tidur mereka, kemudian pukullah mereka, maka jika mereka patuh kepada kamu, janganlah mencari jalan untuk memberatkan mereka lagi, sesungguhnya Allah adalah Maha Tinggi lagi Maha Besar.... Dan jika kamu bimbang perceraian antara kedua mereka, hendaklah kamu kirimkan orang tengah dari keluarga isteri .... Sekiranya keduanya inginkan kebaikan, nescaya Allah akan menyatukan fikiran mereka antara keduanya. Sesungguhnya Allah itu adalah Amat mengetahui lagi Amat Mengerti. Begitulah ajaran Allah terhadap hamba-hambanya yang mahu beriman. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Seburuk-buruk yang halal kepada Allah ialah Thalak..." Hadis riwayat Imam Abu daud dan Ibnu Majah. Pukulan yang ringan menandakan kasih sayang supaya memberi insaf kepada sang isteri. Pukulan itu hendaknya tidak mengeluarkan darah atau pecah, terutama sekali dikawasan muka isteri. Pukulan dimuka adalah dilarang samasekali. Rata-ratanya ramai sang suami yang melakukan perbuatan yang melampaui batas ini. Bertaubatlah dan insaflah terhadap apa yang kita lakukan terhadap seseorang yang kita sayang dari mula alam perkahwinan. Pukulan yang tidak mendatangkan faedah lagi menyiksakan makhluk yang lemah ini mendatangkan haram dan murka Allah. Maka berpisahlah dengan baik kerana Allah. Sekiranya seorang isteri itu meminta Thalak kepada sang suami tanpa sebarang sebab yang di HALALkan oleh Syarak. maka haramlah isteri tersebut mencium bau Syurga, Apatah lagi memasuki Syurga. Kalau derhaka kepada sang suami melalui kata-kata kesat, maka digunting lidahnya didalam Neraka dan akan dituang kedalam mulutnya dari air Neraka yang mendidih.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home