Hidup, Amal & Akhir HayatKu Untuk ALLAH s.w.t.

RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA… Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Thursday, January 25, 2007

..:: 10 MUHARRAM (Hari ASYURA) ::..

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati.

Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
Lafaz niat: sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca "ham biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru".
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini. Insyallah.

13. Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Semoga bermanfaat dan dapat dipanjangkan kepada yang lain-lain.

KISAH KELEBIHAN BERPUASA PADA 10 MUHARRAM

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah SA.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat.

Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah SA.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata:

Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura !".

PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU PADA 10 MUHARRAM

10 Muharram dianggap hari besar Islam karena pada hari ini banyak terjadi peristiwa penting, dan hari kemenangan para pejuang penegak kebenaran.

Pada hari itu terjadi :
  • Allah SWT menjadikan 'Arasy.
  • Allah SWT menjadikan Malaikat Jibril as
  • Allah SWT menjadikan Lauh Mahfuzh
  • Hari Pertama Allah SWT menciptakan Alamq Hari Pertama Allah SWT menurunkan rahmat
  • Hari Pertama Allah SWT menurunkan hujan dari langit
  • Nabi Adam as. bertoubat kepada Allah SWT, dan tobatnya diterima sehingga ia bersih dari dosa
  • Nabi Idris as diangkat oleh Allah SWT ketempat yang lebih tinggi
  • Nabi Nuh as diselamatkan oleh Allah SWT ketika banjir merendam umatnya yang zalim
  • Nabi Ibrahim as diselamatkan oleh Allah SWT dari pembakaran Raja Namrudq Allah SWT menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa as.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara Mesir, setelah meringkuk beberapa tahun akibat fitnah Siti Zulaiha.
  • Nabi Ya'qub as disembuhkan oleh Allah SWT dari penyakit yang dideritanya.
  • Nabi Yunus as dikeluarkan dari perut ikan paus, setelah berada didalamnya selama 40 hari 40 malam
  • Allah SWT mengijinkan Nabi Musa as membelah laut merah untuk menyelamatkan diri dari kejaran Fir'aun dan bala tentaranya
  • Kesalahan Nabi Daud as diampuni oleh Allah SWT
  • Nabi Sulaiman as dikurniai Allah SWT kerajaan besar.
ASAL USUL BUBUR ASYURA

Pada sepuluh hari bulan Muharram kebiasaannya orang-orang kampung kita mengadakan sejenis bubur yang dinamakan bubur Asyura, apakah usul asalnya Hari Asyura dan apakah hubungannya dengan bubur itu?

Jawapan

Asyura itu diambil dari perkataan 'Asyarah' dalam bahasa Arab yang bermaksud sepuluh. Jadi hari Asyura itu ertinya hari yang ke sepuluh bulan Muharram.

Hari itu mengikut keterangan hadith yang sahih ialah hari yang bersejarah pada umat Yahudi, kerana pada hari itulah ALLAH menyelamatkan Nabi Musa a.s. serta pengikut-pengikutnya dan menenggelamkan Firaun.

Junjungan kita memerintahkan umat Islam berpuasa sunat dan meluaskan perbelanjaan kepada keluarga pada hari itu.

Hari ALLAH menurunkan nikmat atau azab pada manusia adalah di namakan Hari ALLAH yang di minta kita selalu mengenanginya supaya menimbulkan rasa syukur atau insaf. Sekadar inilah saja yang disuruh oleh Nabi s.a.w.

Tentang membuat bubur Asyura itu adalah berdasarkan kepada riwayat-riwayat yang dhaif yang mengatakan hari Asyura itu adalah Hari ALLAH mengurniakan nikmat yang besar-besar kepada nabi-nabi yang dahulu dari semenjak Nabi Adam a.s hingga pada Nabi kita Muhammad s.a.w.

Dalam peristiwa inilah disebut bahawa Nabi Nuh a.s dan pengikut-pengikutnya tatkala turun dari bahteranya pada hari Asyura merasa lapar dan dahaga sedangkan bekalan masing-masing telah habis, maka diperintahkan oleh Nabi Nuh a.s supaya masing-masing membawa satu genggam biji-bijian dari apa jenis saja yang ada pada mereka, maka terkumpullah tujuh jenis bijian yang dicampurkan kesemuanya lalu dimasak oleh beliau dan dijadikan bubur.

Dengan berkat Nabi Nuh a.s kenyanglah pengikut-pengikutny a pada hari itu. Dari cerita inilah dikatakan sunat membuat bubur Asyura dari tujuh jenis biji-bijian untuk dijamukan kepada fakir miskin pada hari itu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Tips, educate child, teenagers, adults in daily lifestyles.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


HACKER SAFE certified sites prevent over 99.9% of hacker crime.
 
..:: LARANGAN BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MABUK DAN JUNUB ::..
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."[Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa' :43]