"Al-Quran terdiri drp 30 juz". Setiap juz mengandungi 10 helaian. Setiap helaian mengandungi 2 muka surat. Ini bermakna setiap juz mengandungi 20 muka surat.
Sudah diketahui umum bahawa 1 tahun mengandungi 12 bulan. Pada kebiasaannya terdapat 6 bulan yg mengandungi 30 hari dan 6 bulan yg lain mengandungi 29 hari.
Hendaklah kita hadir ke masjid atau bersiap lebih awal utk menunaikan solat fardhu utk memudahkan kita membaca Al-Quran sekurang-kurangnya 2 muka surat sebelum menunaikan solat. Kemudian apabila selesai solat fardhu kita baca lagi sebanyak 2 muka surat.
Ini bermakna setiap solat fardhu (sebelum & selepas) kita akan membaca Al-Quran pada setiap hari sebanyak 20 muka surat bersama 1 juz. Seterusnya jikalau setiap hari 1 juz, bagaimana pula jika 30 hari atau 1 bulan?
Bukankah kita dapat mengkhatamkan Al-Quran sekali dalam sebulan dgn mudah sekali!!! Untuk bulan-bulan yg mengandungi 29 hari pula kita gandakan bacaan sebanyak 5 muka surat pada setiap hari jumaat sebagai ganti kepada 1 hari yg kurang.
Sekiranya kita dapat manfaatkan kaedah yg sgt mudah diatas, insyaAllah kita dapat mengkhatamkan Al-Quran sekurang-kurangnya 1 kali sebulan. Bagi mereka yg ingin mengkhatamkan Al-Quran 2 kali sebulan, maka dia perlu gandakan bacaan pada setiap hari.Tetapi, semua ini memerlukan kesungguhan.
KIRA-KIRA 1:4 Muka Surat x 5 Solat Fardhu =20 Muka Surat / 1 hari20 Muka Surat x 30 hari =1 kali khatam / 1 bulan
KIRA-KIRA 2:20 Muka Surat x 29 hari + ( 5 Muka Surat x 4 Jumaat )=1 kali khatam / 1 bulan
0 Comments:
Post a Comment
<< Home