Hidup, Amal & Akhir HayatKu Untuk ALLAH s.w.t.

RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA… Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Tuesday, February 21, 2006

..:: Memberi Salam ::..


Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
"Manusia yang terdekat dengan Allah SWT ialah mereka yang memulai salam." - Ahmad, Abu Dawud

Tanya diri kita sendiri – apakah kita termasuk dalam golongan ini? InsyaAllah.

Ibn al-Qayim r.a. berkata dalam Badaa'i al-Fawaa'id:
"Allah, Maha Berkuasa, Maha Suci, Maha Aman, mengajar umat Islam untuk saling mengucapkan 'Assalaamu'alaikum' yang mana ianya lebih baik daripada ucapan-ucapan selamat bangsa-bangsa lain yang mengandungi makna yang tidak munasabah seperti ucapan 'semoga kamu hidup seribu tahun', atau kata-kata yang tidak tepat, seperti 'selamat pagi'. Jadi, ucapan salam lebih baik daripada semua ini, kerana ia mengandungi makna keselamatan yang merangkumi kehidupan yang mana tanpanya, segala apapun tidak mungkin akan tercapai…"

Salam atau ucapan selamat cara Islam ialah satu syarat keImanan dan antara amalan terbaik yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Dalam satu hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim, Nabi SAW ditanya apakah amalan yang terbaik dalam Islam.
Beliau bersabda: "Memberi makan kepada yang lapar dan memberi salam kepada orang yang kamu kenali dan yang tidak kamu kenali."

Imran Ibn Hussain meriwayatkan dari hadith yang disusun oleh Abu Dawud dan At Tirmidzi: Pernah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu mengucapkan kepadanya 'Assalaamu'alaikum'. Salamnya dijawab dan ia pun duduk, lalu Rasulullah SAW bersabda: 'Sepuluh'.

Sebentar kemudian, datang pula lelaki lain kepadanya lalu mengucapkan, 'Assalaamu'alaikum warahmatullaah'.

Rasulullah SAW menjawab salamnya itu sementara ia duduk, lalu Rasulullah SAW bersabda: 'Dua puluh'.

Akhirnya, datang seorang lelaki sambil mengucapkan 'Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuuh',
lalu Rasullullah SAW menjawab salamnya, maka ia pun duduk.
Rasulullah SAW bersabda: 'Tiga puluh kebajikan (pahala).

Marilah kita hidupkan semula amalan Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabatnya yang mulia. Sebarkanlah salam.

Seperti pesanan Rasulullah SAW:
"Kamu tidak akan masuk Syurga selagi kamu tidak mempercayai, dan belumlah kamu mempercayai selagi kamu tidak menyayangi sesama sendiri. Apakah kamu ingin tahu sesuatu perkara yang dapat membuat kamu menyayangi sesama sendiri? Sebarkanlah salam."

(Muslim, Ahmad & At Tirmidzi dari Abu Hurairah ra)

Wallahualam Bissawab

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Tips, educate child, teenagers, adults in daily lifestyles.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


HACKER SAFE certified sites prevent over 99.9% of hacker crime.
 
..:: LARANGAN BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MABUK DAN JUNUB ::..
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."[Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa' :43]