Hidup, Amal & Akhir HayatKu Untuk ALLAH s.w.t.

RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA… Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Saturday, February 25, 2006

Menyebut "Amin" Dalam Solat Selepas Membaca Al-Fatihah

Mengenai membaca "Amin" selepas membaca surah Al-Fatihah di dalam solat seperti yang dilakukan oleh kebanyakan kita hari ini maka para ulama’ menyebut bahawa ianya ialah sunat yang dituntut dan hal ini merupakan pendapat jumhur ulama’. Walau bagaimanapun menurut Ibn Hazm pula ianya ialah wajib atas makmum dan sunat bagi Imam dan mereka yang bersolat sendirian (lihat Al-Muhalla m/s 262 Jilid 3 dan Ibn Abidin 320 Jilid 1 dan Mughni Muhtaj m/s 160 Jilid 1).
Perkataan "Amin" bermakna اللهم استجب “Ya Allah makbulkanlah” (lihat Ibn Katsir m/s 45 Jilid 1) dan disebut dari riwayat Abi Musa Al-Asya’ari yang berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :
اذا قرأ (الامام) غير المغضوب عليهم ولا الضالين فقولوا آمين يجببكم الله
“Apabila Imam membaca “qairil Maq’du bi’alaihim waladha’lin” maka sebutlah "Amin" maka Allah akan memakbulkan kamu” (Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 404 ). Bahkan disebut oleh para ulama’ termasuk sunat membaca "Amin" walaupun diluar solat sama ada berseorang diri atau bermakmum kepada orang lain atau menjadi imam jika setelah selesai membaca Surah Al-Fatihah.
Sesungguhnya perintah menyebut amin ini disebut sebagai mendapat ganjaran pahala dan manfaat seperti yang disebut dalam hadith riwayat Abu Hurairah ra bahawa baginda Rasulullah SAW pernah bersabda :
اذا أمن الامام فامنوا فانه من وافق تأمينه تأمين الملائكة غفرله ما تقدم من ذنبه
“Jika Imam menyebut "Amin" maka sebutlah "Amin" sesungguhnya barangsiapa yang Aminnya bertepatan (bersamaan) dengan "Amin" para Malaikat maka diampunkan dosanya apa yang telah berlalu” (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no. 780 , Muslim no. 410 dan Tirmidzi no. 250 serta Abu Daud no. 936).
Begitulah juga dalam hadith-hadith yang lain seperti termasuk menyebut bahawa jika selesai Rasulullah SAW membaca Al-Fatihah baginda akan menyebut amin dan menjaharkannya (melantangkannya) dan meninggikan suaranya seperti dalam riwayat oleh Imam Abu Daud dalam Sunannya hadith no. 932 yang berdarjah sahih.
Walau bagaimanapun haruslah dingatkan bahawa pembacaan "Amin" oleh makmum haruslah selepas imam menyebut "Amin" bukan sebelum Imam atau mendahului Imam seperti dalam hadith di atas !!

Sesungguhnya "Amin" para Malaikat ialah selepas Aminnya Iman bukan sebelum atau bersama iman tetapi selepas Imam !!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Tips, educate child, teenagers, adults in daily lifestyles.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


HACKER SAFE certified sites prevent over 99.9% of hacker crime.
 
..:: LARANGAN BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MABUK DAN JUNUB ::..
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."[Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa' :43]