Hidup, Amal & Akhir HayatKu Untuk ALLAH s.w.t.

RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA… Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Sunday, February 05, 2006

Solat mencegah seseorang dari fahsya' dan mungkar


Umat Islam sepatutnya merupakan umat yang paling berdisplin kerana pada agama Islam ada latihan-latihan ibadah yang mampu menjadikan umat ini suatu umat yang unggul. Di antara latihan yang diwajibkan ialah sembahyang. Jika ianya dilakukan dengan betul, kesannya akan menjadikan seseorang itu bertakwa lagi produktif. Allah berfirman:

"Sesungguhnya solat akan dapat mencegah seseorang dari fahsya' dan mungkar.." ('Ankabut 29:45)

'Fahsya' bermaksud 'perbuatan-perbuatan yang keji, contohnya, zina' dan 'mungkar' ialah 'apa-apa yang diingkari syara dan akal.' (Al-Asas fit Tafsir Juzuk 8 hal. 4214).

Begitulah kesannya jika solat dilakukan secara konsisten dengan cara yang betul. Sembahyang dengan cara yang betul bermaksud melaksanakan segala rukun-rukunnya dan ditambah dengan sunat-sunatnya yang dilakukan sebaik mungkin. Yang paling penting ialah khusyuk dan ketundukan hati.
Imam Abul 'Aliyah telah berkata:

"Pada sembahyang ada 3 ciri, maka barangsiapa yang bersembahyang tanpa memenuhi ketiga-tiga ini dia sebenarnya tidak bersembahyang, iaitu, ikhlas, takut kepada Allah dan zikrullah. Ikhlas akan membawa seseorang kepada makruf, takutkan Allah kan mencegahnya daripada kemungkaran dan zikrullah akan membawa kepada makruf dan mencegah kemungkaran."
(Tafsir Ibn Kathir Juzuk 3 hal 415)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Tips, educate child, teenagers, adults in daily lifestyles.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


HACKER SAFE certified sites prevent over 99.9% of hacker crime.
 
..:: LARANGAN BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MABUK DAN JUNUB ::..
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."[Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa' :43]