..:: Himpunan Hadis-Hadis Untuk Pedoman Hidup ::..
Barangsiapa dari umatku membaca salawat atasku satu kali Allah menetapkan untuknya sepuluh kebaikkan, menghapuskan daripadanya sepuluh keburukkan, mengangkat untuknya sepuluh darjat."H. R Ahmad
2. Berdoa sewaktu sujud.
Tuhan amat dekat dengan hambanya apabila dia sedang sujud maka perbanyakkanlah do'a (waktu sujud)." H. R Muslim, Abu Dawud, Nasaai
3. Membuang rintangan di jalan.
Buangkanlah rintangan (halangan) dari jalan kerana sesungguhnya ia sedekah bagimu. H. R Bukhari
4. Redha dengan kesakitan membersih dosa.
Apabila orang mukmin redha dengan kesakitan sakit itu menjadi pembersih dosa dosanya. H. R Bukhari
5. Doa adalah ibadat utama.
Ibadat yang paling utama adalah doa H. R Haakim, Ibnu Adi, Sa'd
6. Keputusan muktamat apabila was-was.
Apabila kamu ingin mengerjakan sesuatu tetapi ada kebimbangan di hatimu maka tinggalkanlah ia. H. R Ahmad, Ibnu Hibban, Haakim
7. Bencana jika kita kedekut ilmu
Sesiapa yang ditanya sesuatu ilmu lalu di sembunyikannya, maka orang itu pada hari akhirat kelak akan di kekang dengan kekangan api neraka". H. R Abu Daud, Termidzi
Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)
8. Tanda kesempurnaan keIslaman.
Diantara tanda tanda kesempurnaan keislaman sesaorang itu ialah meninggalkan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah. H. R. Turmidzi
9. Kelebihan bertawakkal.
Andainya kamu bertawakkal kepada Allah bersungguh sungguh, nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kamu seperti mana burung yang keluar pagi dengan perut kosong dan pulang di waktu senja dengan perut kenyang. H. R Turmidzi
10. Kewajipan kita
Kewajipan seorang Muslim keatas Muslim yang lain iaitu lima perkara, menajwab salam, melawat orang sakit, mengiringi jenazah, menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin. (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Sesiapa yang membuat ibubapanya gembira (memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t. Sesiapa yang menyakiti hati ibubapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian Allah s.w.t." (Riwayat Bukhari
Andaikan kamu berbuat dosa hingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat, nescaya Allah s.w.t. memberi ampun kepada kamu" (Riwayat ibn Majah)
Sesiapa yang menyiapkan keperluan orang yang berjihad fisabillah maka bererti dia telah berjihad dan siapa yang menjaga keluarga orang yang pergi berjihad dengan baik maka bererti dia telah ikut berjihad fisabilillah" (Riwayat Bukhari & Muslim dari Zaid bin Khalid al-Juhani)
Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan" (Surah Al-Baqarah:233)
Pakailah antara pakaianmu yang putih, kerana sesungguhnya pakaian putih itu lebih suci dan lebih baik dan kapanlah orang-orang mati kamu dengan kain putih" (Riwayat Ahmad)
Siapa yang berperang untuk menegakkan khalimat Allah s.w.t. maka itu fisabi lillah" (Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Musa al-Asyari r.a.)
Lima macam dosa yang tidak ada tebusannya iaitu Syirik terhadap Allah s.w.t., membunuh orang tanpa hak, membuat tuduhan palsu terhadap seorang Muslim, lari dari barisan Muslimin dalam peperangan dan sumpah palsu untuk mengambil hak orang lain" (Riwayat Ahmad)
Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur" (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib) Update
11. Dosa-dosa besar yang kita lakukan
Dosa yang paling besar ialah syirik, derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang tanpa hak" (Riwayat Anas r.a.)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home