Hayati pengalaman sekali seumur hidup!
BUTIRAN PERIBADI
Nama Penuh : Hamba Allah
Nama Gelaran : Insan
Asal : Tanah Planet : Planet bumi, Bima sakti
BUTIRAN PERJALANAN
* Terbuka kepada semua umat manusia. Anda layak menyertai pakej ini secara percuma.bentuk tempahan: tetap, pasti, mesti dan tidak boleh diubah.
Balai berlepas : Kehidupan dunia
Destinasi dituju : Alam akhirat
Tempoh dan jarak perjalanan : seketika cuma dan hanya beberapa meter ke dalam perut bumi check in/pendaftaran : Ketika dan sebaik sahaja nyawa dipisahkan darijasad.
MUATAN YANG DIBENARKAN
- Kain putih berukuran 5 meter panjang
- Kapas putih secukupnya
- Muatan yang akan dipertimbangkan :
* amal soleh
* sedekah jariah
* anak soleh yang mendoakan kedua ibu dan bapanya
* Ilmu yang bermanfaat
* Lain-lain muatan yang ditegah adalah tanggung jawab sendiri. Barangsiapa yang melanggar peraturan yang ditetapkan akan dibicarakan dan didenda.
PERINGATAN PERJALANAN
Khas kepada semua penumpang. Sila ambil perhatian kerana anda akan merentasi perjalanan dengan meninggalkan segala kehidupan di dunia dan melangkah ke alam baru iaitu akhirat. Sila perhatikan ketua anda (pilot) atau juruterbang yang dikhaskan iaitu Malaikatul Maut. Bagi anda yang masih kabur dan kurang faham, dapatkan maklumat lanjut daripada Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w serta mengikutnya dengan penuh taat. Sebarang masalah dan kemusykilan, sila rujuk kepada cendiakawan dan para ulama'.
* Pakej perjalanan ini akan tetap menjadi milik anda. Ianya pasti akan tiba menjemput anda. Hanya tarikh keramatnya sahaja yang dirahsiakan. Apa yang pasti anda tidak mampu menolak jemputan itu, walaupun di ketika itu anda tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah. Jadi, bersiap sedialah dari sekarang agar bekalan yang dibawa mencukupi dan anda tidak akan kerugian. Dapatkanlah tiket dan dokumen perjalanan yang sah supaya anda tidak ditahan dimana-mana sekatan dan menjadi seperti pelarian yang hidupnya serba kesusahan, keperitan, dan kejerihan. Usah jadi seperti mereka yang tidak mengikut peraturan, didenda, ditahan, dan disumbatkan ke dalam tahanan serta diseksa denga penuh kesengsaraan.
Ingatlah, perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti. Atas dasar ingat memperingati, maka hendaklah anda sentiasa berwaspada dan mempersiapkan Diri. Ambillah perhatian yang sewajarnya mengenai pakej perjalanan ini.
Firman Allah Taala yang bermaksud : 'Barangsiapa yang mengharap perjumpaan baik dengan tuhan, maka hendaklah ia mengerjakan amalan yang baik, jangan pula mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun'.
Wallahu'alam
0 Comments:
Post a Comment
<< Home