..:: Al-Habbah As-Sauda' ::..
Hadith ini tercatat di dalam kitab sahih Bukhari & Muslim.
Di dalam hadith lain yang diriwayatkan oleh Tarmizi daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Tetaplah dengan Al-Habbah As-Sauda’ ini, sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam atau mati".
- Mencergaskan ingatan dan cepat faham
- Mengubati lumpuh atau lenguh-lenguh badan
- Menghancurkan batu karang
- Mengubati ampus dan sesak nafas
- Mengubat batuk, lelah dan asma
- Mengubat sendi dan menguatkan tulang
- Mengubat penyakit kencing manis
- Mengubat penyakit buah pinggang dan pundi-pundi kencing
- Muntah dan mual
- Mengubat radang hati dan sempit urat darah
- Mengubat sakit kepala, migraine
- Masalah gemuk
- Mengatasi masalah haid tidak teratur
- Membuang angin dari badan
- Antibodi (daya tahan penyakit)
- Menghindari resdung dan selsema
- Penyakit-penyakit kulit
Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus sauda:
1. Nilai pemakanan
Habbatus sauda kaya dengan:
a. monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
b. polysaccharide
c. fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
d. amino acid yang membentuk protein
e. karotene iaitu sumber vitamin A
f. kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Dipetik dari: http://anispharmacy.com/blackseed.htm
0 Comments:
Post a Comment
<< Home