Hidup, Amal & Akhir HayatKu Untuk ALLAH s.w.t.

RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA… Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Friday, September 14, 2007

..:: Ramadhan Terakhir ::..


Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelas an mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil) … (Surah al-Baqarah : 185)

Kita Tak Sama…
Bismillah alhamdulillah. Walau melihat bulan yang sama namun kita berbeza. Dalam diam, rupanya dah sampai bulan puasa. Tak sangka pulak, rupanya selama hampir tiga tahun ini saya tak pernah lagi berbuka puasa dengan mak dan abah. Kehidupan tiga tahun yang lalu, amat berbeza dengan kehidupan hari ini. Dulu, bila dah dekat waktu berbuka, sempat lagi bersantai-santai depan television. Hari ini, sampai azan pun kadang-kadang tak lagi berbuka. Semua ni dah menjadi kebiasaan bagi saya. Belum cerita bab raya lagi. Bagi saya, saya dah tak kisah sangat pasal juadah berbuka tu. Ingat lagi masa di kampung, mak saya memang suka membazir. Maksud saya, banyak sangat juadah berbuka puasa yang dihidangkan. Alih-alih bila dah masuk waktu, cepat je rasa kenyang sebab banyak sangat minum air. Tapi tak lah susah sangat. Kalau tak habis, bawa saja ke masjid. Semua ni kira perkara yang biasa terjadi dan biasa dialami. Tapi bila dikenang, sahahdu rasa di hati.
Hidup di perantauan …
Bahang nak menyambut Ramadhan ni memang terasa. Lagi-lagi kat bumi Mesir ni, terkejut juga dua tiga hari lepas, tengok berlonggok-longgok buah kurma di kedai-kedai, sekali perhati betul-betul, tak sangka rupanya lusa dah puasa. Hidup di perantaun ni, memang berbeza. Soal berbuka, kuih raya semua ni, bagi saya macam tak ada apa-apa. Agak-agak nak masak, masaklah. Kalau malas, turun tangga, pergi berbuka di masjid atau di tepi-tepi jalan. Kenangan berbuka bersama-sama orang arab adalah suatu kenangan yang indah.
Bila tiba Ramadhan, ramai dikalangan penduduk-penduduk di sini, yang bersedekah. Contohnya menyediakan juadah berbuka puasa kepada fakir miskin Wallah a’lam. Rasanya sesiapa saja boleh makan dan saya adalah salah seorang daripadanya. Menunya pula, lebih kurang sama je kat mana-mana tempat. Biasanya, kita akan dihidangkan dengan buah kurma, ‘ruz billaban (nasi yang dimasak dengan susu) macam bubur dan nasi berlaukkan ayam atau daging rebus. Amalan ni, dah jadi kebiasaan bagi kami. Bila sampai solat terawih, kat sini kebanyakan masjid-masjid buat lapan rakaat dan ada sebahagiannya yang buat 20 rakaat. Suasana Ramadhan di sini, nampak lebih meriah berbanding di Malaysia. Masjid-masjid biasanya penuh dan waktu Ramadhan ni lah, saya dapat ziarah banyak masjid. Mungkin hari ini saya akan terawih di masjid tempat saya, esoknya pula mungkin saya akan terawih di tempat lain. Salah satu faktornya, ialah banyak sangat masjid dan jarak sebuah masjid dengan masjid yang lain, kadang-kadang tak sampai 1/2 kilometer.
Semua ni pengalaman berada di tempat orang. Kadang-kadang susah nak digambarkan. Disebabkan dah lali dengan semua ni, sebab itulah saya tak hairan sangat dengan juadah berbuka, kuih raya dan sebagainya. Saya dah anggap semua ini sebagai satu tarbiah untuk diri kita dalam menerima dan redha seadanya. Bagi saya, apa yang penting adalah penghayatan kita di bulan Ramadhan.Rugilah siapa yang sempat merasai Ramadhan akan tetapi dia tidak mendapat keampunan dari Allah. Kata-kata tersebut begitu menginsafkan saya. Bila muhasabah-muhasabah balik, astaghfirullah.
Soal Nafsu…
Bila bercerita tentang Ramadhan, memang tak dapat nak lari godaan hawa nafsu. Walau syaitan dibelenggu, sebenarnya kita masih belum selamat. Waktu ni lah kita nak tarbiah atau didik diri kita dengan menahan diri dari menurut kehendak hawa nafsu. Maka di sana akan ada pertembungan diantara kebaikan dan keburukan. Kalau di zaman sekolah dulu, minum air paip dan curi-curi makan tu dah kira biasa. Balik rumah buat-buat letih, kononnya puasa. Ok lagi, yang hairannya, orang tua pun ada juga yang tak puasa. Ini semua ragam orang berpuasa.
Puasa bukanlah semata-mata lapar sedang nafsu masih tidak puas dan budi pekerti masih lagi buas. Tetapi puasa adalah berlapar untuk mendidik peribadi menjadi orang yang patuh lagi berbudi serta bertimbang rasa berusaha melipat gandakan dalam mengingati kebesaran Allah dengan melakukan kebaikan, menjauhi kejahatan samaada dengan hati, perkataan, atau perbuatan, Kalau tidak sedemikian, maka puasa kita adalah sekadar lapar dan dahaga.
Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Surah Yusuf : 53)
Ramadhan Terakhir…
Bagi saya, di mana-mana pun sama saja. Cuma perasaan kita je. Bila dilayan, mulalah sentimental. Walaubagaimanapun, sambut Ramadhan di Malaysia lagi seronok berbanding di tempat orang. Tapi yang sedihnya, mungkin Ramadhan kali ini, merupakan Ramadhan yang terakhir bagi saya. Selepas ni, insyaAllah saya akan menyambutnya di Malaysia. Part ni lah yang susah untuk diluah. Sebenarnya dua-dua seronok. Di Malaysia seronok, di sini pun seronok.
Harapan …
Mudah-mudahan, Ramadhan yang bakal kita lalui ini, dapat dijadikan sebagai satu ladang untuk kita bercucuk tanam yang hasilnya kita akan tuai di akhirat nanti. Semua ni adalah satu nikmat. Dan tak lebih juga ia adalah merupakan satu amanah. Mana tahu, Ramadhan ni lah Ramadhan terakhir buat kita.Alangkah ruginya, jika kita biarkan ia berlalu begitu saja.
Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemulian. Dan tahukah kamu, apakah malam kemulian itu? Malam kemulian itu lebih baik dari seribu bulan.Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikit jibral dengan izin tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar (Surah al-Qard : 1-5)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Tips, educate child, teenagers, adults in daily lifestyles.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


HACKER SAFE certified sites prevent over 99.9% of hacker crime.
 
..:: LARANGAN BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MABUK DAN JUNUB ::..
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."[Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa' :43]