Posting pada: 16-02-06 23:07
71 - Bab: Tegah daripada kencing berdiri.
(Ketahuilah kiranya ya saudaraku) bermula setengah daripada adab qadha hajat itu ialah kencing duduk. Dan telah datang pada kencing duduk dan kencing berdiri.
Bermula hadith kencing duduk itu iaitu sanya telah dikeluarkan oleh Tirmidzi akan satu hadithnya yang menunjukkan bahawasanya Nabi saw tiada ia kencing berdiri. Dengarlah demikian bunyinya:
عَنْ شُرَيْحٍ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: مَنْ حَدَّثَكُمْ أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليهِ وسلم كَانَ يَبُولُ قَائِمًا فَلاَ تُصَدِّقُوهُ مَا كَانَ يَبُولُ إِلاَّ قَاعِدًا
Diriwayatkan daripada Syuraih, daripada Siti Aisyah Ummul Mukminin lah.ha katanya:
"Barang siapa bercerita ia pada kamu sekelian hai Syuraih akan bahawasanya Nabi saw itu ada ia kencing berdiri, maka janganlah percaya sekelian kamu akan dia (yakni orang yang menceritakan itu). Tiada ia (yakni Nabi saw) kencing melainkan duduk."
Kata Abu 'Isa At-Tirmidzi: Bermula hadith 'Aisyah ini seelok-elok dan semaqbul-maqbul hadith pada ini bab, dan lebih Ashah. (Rujukan: Bahrul Maadzi syarah bagi Mukhtasor Shohih at-Tirmizi – Syeikh Idris al-Merbawi; Juzuk 1; Hal: 29 – 30)
72 – Masalah : Kencing duduk dan hukumnya.
Adalah kencing duduk itu satu tabiat yang dipuji oleh syara', dan ialah tabiat orang yang beradab dan mempunyai maruah, maka demikianlah perangai Rasulullah saw, dan sebersih-bersih perangai.
Dengan dalil hadith di dalam Masalah 71, kata Siti Aisyah tiada pernah Nabi saw kencing berdiri. Dan disuruhnya mengerjakan duduk pula, sebagai kata Tirmidzi telah datang riwayat yang dhaif akan bahawasanya Nabi saw menyuruh kencing duduk, demikian bunyinya::
عن عمر قال: رآنى النبىّ صلى الله عليه وسلم أبول قائما فقال عمر لا تبل قائما بعد
Maksudnya: Diriwayatkan daripada 'Umar bin Al-Khathab lah.a katanya: "Telah melihat akan daku oleh Nabi saw kencing, maka sabdanya: Hai 'Umar! jangan kencing berdiri kemudian daripada itu. (Rujukan: bahrul Maadzi syarah bagi Mukhtasor Shohih at-Tirmizi – Syeikh Idris al-Merbawi; Juzuk 1; Hal: 30)
73 – Masalah : Kencing berdiri dan hukumnya.
Adalah kencing berdiri itu kata ulama' makruh, melainkan kerana uzur seperti sakit pelipat, atau melampau-lampau gemuk, atau tempat kencing itu bersepah dengan najis, atau kerana ditengah-tengah air. Maka makhruh itu ialah makhruh karahah tanzih jua, bukannya karahah tahrim, kerana adalah Rasulullah saw adatnya berkekalan di dalam kencing duduk. Lihat ( Masalah 77)
Dan lagi pula, kencing berdiri itu kelakuan orang yang tiada adab dan bertabiat huduh. Dengan kerana itu berkata Tirmidzi, sungguhnya diriwayatkan orang daripada 'Abdullah bin Mas'ud katanya:
ان من الحفاء أن تبول وأنت قائم
Maksudnya: Bahawasanya setengah daripada tabiat kasar dan huduh dan tiada mempunyai adab bahawa engkau kencing padahalnya engkau berdiri.
Dan atas harusnya (yakni setengah qaul yang mengatakan harus kencing berdiri) telah khilaf ulama' akan sebagai khilaf yang panjang.
74 – Bab : Mengharuskan pada demikan itu.
(Ketahuilah kiranya ya saudaraku!) telah lalu disebutkan duduk itulah kencing yang baik dikerjakan dia.
Maka sekarang hendak menerangkan hadith yang datang menyebutkan Nabi saw ada kencing berdiri, iaitu dengan sungguhnya telah dikeluarkan oleh Tirmidzi akan satu, demikian bunyinya:
عَنْ حُذَيْفَةَ أَنَّ النَّبِىَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَى سُبَاطَةَ قَوْمٍ فَبَالَ عَلَيْهَا قَائِمًا ، فَأَتَيْتُهُ بِوُضُوءٍ فَذَهَبْتُ لإَِتَأَخَّرَ عَنْهُ ؛ فَدَعَانِى حَتَّى كُنْتُ عِنْدَ عَقِبِهِ
Maksudnya: Diriwayatkan daripada Huzaifah lah.a, bahawasanya Nabi saw datang ia akan satu timbunan sampah berbuang bagi satu kaum, maka kencing ia atasnya hal keadaannya berdiri; maka aku datangkan dia dengan air mengambil air sembahyang, maka pergilah aku kemudian daripada sudah aku letakkan air dekatnya supaya aku undur daripadanya dan biar ia menghabiskan qadha hajatnya di belakang mataku maka menyeru ia akan aku hingga adalah aku terdiri di sisi tumitnya.
Kata Abu 'Isa At-Tarmidzi, bermula hadith ini lebih Ashah yang diriwayatkan dia daripadanya (Lihat Masalah 77)
(Rujukan: Bahrul Maadzi syarah bagi Mukhtasor Shohih at-Tirmizi – Syeikh Idris al-Merbawi; Juzuk 1; Hal:31)
75 – Masalah : Kencing berdiri dan khilaf ulama' padanya.
Manakala engkau hendak mengetahuikan hukum kencing berdiri pada mazhab Syafié, lihatlah Masalah 73. Dan di sini menerangkan khilaf ulama 'Salaf pada kencing berdiri itu.
(Kata Imam Nawawi): Telah berkata Ibnu Munzhir di dalam kitab Al-'Asyrof: "Telah bersalahan ْlama' pada kencing berdiri. Maka telah tsabit daripada Sayyidina عmar bin Al-Khattab lah.a, dan Zaid bin Tsabit, dan حbnu عmar, dan Sahl bin Saلdi akan bahawasanya segala shahabat Nabi saw ada kencing berdiri."
Dan diriwayatkan demikian itu daripada Anas bin Malik dan baginda ءli dan Abi Hurairah lah.hum. Dan lagi telah memperbuatkan oleh At-Tabiْdan – seperti Ibnu Sirin, dan عrwah Ibn Zubair. Dan ada yang berkata makhruh akan sebagai makruh yang bersangatan (iaitu makruh Kaharah Tahrim yang lebih menghampiri kepada haram) lihat Masalah (76).
76 – Masalah : Kencing berdiri tiada boleh jadi saksi.
(Ya saudaraku) setengah daripada shahabat Nabi saw memakruhkan amat-amat kencing berdiri itu ialah Ibnu Masْdi lah.a. Dan lain daripada shahabat Nabi saw seperti As-Sya'bi dan Ibrahim bin Saلdi. Maka Ibrahim bin Saلdi tiada meluluskan jadi saksi akan orang yang kencing berdiri itu.
Dan ada qaul yang lain iaitu bahawasanya jika seseorang itu kencing berdiri pada tempat berterbangan air kencing, dan berbalik kepadanya maka makruhlah ia berdiri. Maka jika tiada berterbangan, maka tiada mengapa. Inilah perkataan Imam Malik.
(Rujukan: bahrul Maadzi syarah bagi Mukhtasor Shohih at-Tirmizi – Syeikh Idris al-Merbawi; Juzuk 1; Hal:31 - 32)
77 – Masalah : Kencing berdiri dan takwil perbuatan Nabi saw (kencing dalam keadaan berdiri).
Adalah hadits pada Masalah 74 itu menunjukkan Nabi saw ada kencing berdiri, maka kerana apa makruh kita memperbuatnya?
(Pertamanya): Diriwayatkan daripada Imam Syafié , bahawasanya orang ءrab menyenangkan dan menyembuhkan sakit pinggang dengan kencing berdiri. Maka yuhtamal (ditanggungkan atau dipertimbangkan atau dita'wilkan bahawa) kencing berdiri itu kerana sakit pinggang dan menyembuhkan dengannya. (Keduanya): yuhtamal Nabi sakit bawah pelipatnya.
Keduanya): yuhtamal Nabi sakit bawah pelipatnya.
(Ketiga): sebab Nabi kencing berdiri itu kerana tiada didapatnya tempat boleh duduk oleh kerana (terdapat sampah-sampah atau yang) kotor-kotor di situ. Maka terpaksa ia berdiri di tepi timbun sampah dan kotor-kotornya.
(Keempatnya): Adalah ia (yakni Nabi) kencing berhampiran orang yang berdiri dekat dengannya (yakni dalam riwayat di atas Huzaifah). Maka tiada ia duduk supaya terperlihara lubang belakangnya daripada mengeluarkan angin.
(Kelimanya): yuhtamal ia (yakni Nabi saw) kencing berdiri itu kerana hendak menunjukkan harus kencing berdiri pada sekali itu oleh kerana adatnya ia kencing duduk selama-lamanya.
(Rujukan: bahrul Maadzi syarah bagi Mukhtasor Shohih at-Tirmizi – Syeikh Idris al-Merbawi; Juzuk 1; Hal:32)
Ibn Hibban ketika memberi komentar mengenai hadith Nabi saw kencing sambil berdiri berkata: Baginda Nabi saw tidak menemukan tempat yang sesuai untuk kencing dalam keadaan duduk, maka baginda Nabi saw kencing sambil berdiri ….. Dalam satu riwayat lain oleh al-Hakim dan al-Baihaqi dari Abi Hurairah: Rasulullah saw kencing dalam keadaan berdiri disebabkan luka di bahagian belakang persendian lututnya.
(Rujukan: Fathul Baari)
78 – Masalah : Mendekati orang kencing.
(Ya saudaraku) kalau seseorang sedang kencing, maka seorang datang atau menanti dekatnya dengan dalil Nabi kita kencing telah didekati oleh shahabatnya seperti yang tersebut haditsnya dalam Masalah 74.
Tetapi mendekatnya itu dengan syarat jikalau ia kencing berdiri. Adapun jikalau ia kencing duduk, maka yang sunatnya jangan mendekati akan dia bahkan seyogianya jauhdaripadanya kerana yuhtamal – (يحتمل) (ditanggungkan berkemungkinan) ia hendak mengeluarkan angin daripada duburnya (yakni kentut) maka barangkali tercium daripadanya bau yang busuk dan boleh jadi mendatang keaiban ke atasnya.
(Rujukan: bahrul Maadzi syarah bagi Mukhtasor Shohih at-Tirmizi – Syeikh Idris al-Merbawi; Juzuk 1; Hal:32)
Original author: Pak Pandiaq
Tambahan:
Adapun hukumnya pada masalah ini adalah sebagaimana kata para Ashab Syafie bahwa kencing berdiri itu makruh tanzih jika tiada keudzuran dan tiada makruh (yakni harus) jika ada keuzuran "
(Al-Majmu', masa 104, jilid 2, darul fikir beirut)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home