Hidup, Amal & Akhir HayatKu Untuk ALLAH s.w.t.

RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA… Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Thursday, February 16, 2006

..:: 15 perkara yang pasti menurunkan bala ::.

"Bismillahirrohmanirrohim. Assalamu'alaikum warrahmatullahi wabarrakatuh."

Segala puji-pujian bagi Allah SWT. Mari kita renungkan bersama sepotong hadith daripada Ali Ibn Abi Thalib r.a. riwayat Imam Termizi tentang 15 perkara yang pasti menurunkan bala.

Daripada Ali Ibn Abi Thalib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila umatku telah membuat limabelas perkara maka bali pasti akan menurun kepada mereka iaitu :-

1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu sahaja.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya sedangkan ia berbaik-baik terhadap kawannya.
6. Anak suka menjauhkan diri dari bapanya.
7. Suara sudah ditinggikan dalam masjid.
8. Yang menjadi ketua suatu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka.
9. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
10. Arak sudah diminum dimerata-rata tempat.
11. Kain atau pakaian sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
12. Para artis-artis disanjung.
13. Muzik banyak dimainkan dimerata-rata tempat (dan melalaikan / mengkhayalkan).
14. Generasi akhir umat Islam menyalahkan generasi awal umat Islam (para-para sahabat).

Dan Rasulullah SAW bersabda : "Maka pada ketika itu hendaklah kaum itu menanti angin berwarna merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.(Hadis Riwayat Imam Termizi).;
Sekian. Yang terbaik daripada Allah SWT. Yang salah silap daripada kelemahan dan kekurangan diri saya, maaf dipohonkan terlebih dahulu.Wabillahi taufiq. Wal hidayah.

Wassalamu'alaikum WBT.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Tips, educate child, teenagers, adults in daily lifestyles.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


HACKER SAFE certified sites prevent over 99.9% of hacker crime.
 
..:: LARANGAN BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MABUK DAN JUNUB ::..
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."[Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa' :43]