Hidup, Amal & Akhir HayatKu Untuk ALLAH s.w.t.

RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA… Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Saturday, February 04, 2006

..:: Berbagai Petua Berguna ::..

Khasiat Bawang:

1. Pening Kepala:
Potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. Sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.

2. Lemah Otot:
Ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. Kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.

3. Demam Selsema:
Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.

4. Susah Hadam:
Rebus bawang merah bersama kulitnya. Kemudian kupas bawang itu. Bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan roti. amalkan selalu.

5. Serangan Angin:
Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. Kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu. Kacau dan minum campuran itu setiap hari.

6. Serangan Cacing:
Amalkan meminum air rebusan bawang merah setiap hari.

1. menghilangkan karat kepada pakaian:
Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus. Kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. Biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.

2. hampas teh suburkan tanaman:
Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.

3. mengatasi sengal tulang:
Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. Sapukan getah itu kepada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal terutamanya pada sebelah pagi.

4 merawat kulit berkedut:
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

5. daun puding atasi gatal:
Bersihkan segengggam daun puding lalu dikisar lumat. Lumurkan keseluruh kulit kepala. Bungkus kepala dengan tual bersih selama satu jam. Akhir sekali bilas rambut dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

6. legakan sakit gigi:
Celupkan seputik kapas ke dalam esen pisang dan tekankan atau sapukan kepada gigi yang sakit.

7. segarkan mata:
Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.

8. kunyit atasi hidung bayi tersumbat:
Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan sapukan airnya secara nipis di sekeliling hidung bayi. Awas! Jangan biarkan air itu meleleh ke dalam hidung.

9. kulit limau hilangkan bau badan:
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.

10. Mengurangkan dengkur:
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susupanas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

11. cara menghilangkan ketuat:
Sapukan getah dari pelepah betik yang depetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

12. menaikkan seri muka:
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. Amalkan selalu.

13. mengelakkan nafas berbau:
Sangar hampas kelapa hingga kuning. Amalkan mengunyah hampas kelapa itu. Jika anda tidak sukakan rasanya, anda boleh saja meluahkannnya.minumlah air suam selalu.

14. limau nipis mewangikan rambut:
Potong dua biji limau nipis melintang. Kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan. Gosok rata sehingga air limau meresap keakar rambut.biarkan beberapa minit sebelum dibilas.

15. mengelakkan cermin kenderaan kabur:
Basahkan sehelai tuala kecil, tuangkan beberapa titis shampoo mandian ke atasnya. Laplah bahagian luar dan dalam cermin kerderaan anda dengan menggunakan tuala tadi.

16. mengelak keguguran rambut:
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala se-eloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemomor.

17. ubati bibir yang pecah:
Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa. Kemudian di minum beberapa kali.

18. menghilangkan kembong perut.
Ambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. Kemudian layurkan ke atas api selama dua minit. setelah itu, daun yang masih panas ditekapkan kepada perut.

19. atasi tumit pecah:
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

20. ubat sakit angin:
Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya. dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mualdan pening akan berakhir.

21. menghaluskan kulit muka:
Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

22. melembutkan tapak kaki:
Ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dengan air perahan limaunipis. Gosokkan tapak kaki dengan bancuhan itu berulangkali. Amalkan sekurang-kurangnya seminggu untuk mendapat hasilnya.

23. mengatasi mabuk perjalanan jauh:
bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. Minum ketika suam.amalkan selalu.

24. menghapuskan urat timbul di kaki sewaktu mengandung:
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

25. mencantikan telur rebus:
Rebuskan telur sehingga tiga suku masak. Masukkan kulit bawang merah kedalam air rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. Kemudian rebuskan kembali telur itu.

26. menghalau semut:
Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih kedalam bekas berisi gula.

27. mengelakkan lipas:
Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. Apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.

28. mengelakkan sawang atau sarang laba-laba:
Bersihkan tempat yang sering kedapatan sarang laba-laba. Kemudian celupkan penyapu sawang ke dalam minyak tanah lalu lapkan tempat itu.

29. hilangkan lebam di bawah mata:
Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. Lakukan beberapa kali.

30. menghilangkan bau mulut:
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawangputih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

31. merawat sakit lecur:
Titiskan cecair spirit ke atas gelembung lecur.

32. meredakan batuk:
Rendamkan gula batu, getah anggur dan kembang semangkuk selama semalaman di dalam jag berisi air masak. Berikan minuman ini kepada orang yang batuk sekerap mungkin.

33. mengembalikan seri muka selepas bersalin:
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Se-eloknya pada waktu pagi dan malam.

34. mencantikan kulit janin:
Amalkan meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir nanti terhindar dari mendapat ruam lampin.

35. mengembalikan kesegaran kepala:
Ramas tujuh biji limau nipis yang telah diputong melintang ke dalam bekas air suam. Tapis air limau itu dan lumurkan kepada kepala selama sepuluh minit. Kemudian barulah dibilas. Lakukan diwaktu petang.

36. menghaluskan kulit muka:
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.

37. mencabut kutu babi:
Petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih keatas kutu babi. Selepas itu ianya akan menjadi senang untuk dicabut.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Tips, educate child, teenagers, adults in daily lifestyles.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


HACKER SAFE certified sites prevent over 99.9% of hacker crime.
 
..:: LARANGAN BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MABUK DAN JUNUB ::..
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."[Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa' :43]