Hidup, Amal & Akhir HayatKu Untuk ALLAH s.w.t.

RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA… Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Saturday, February 25, 2006

..::Budi Pekerti Menurut Hadis Rasulullah S.A.W. ::..

Ada sebuah hadis Rasulullah S.A.W. yang diceritakan oleh Muaz bin Jabal, bermaksud, Sesungguhnya Allah menghiasi Islam dengan budipekerti yang mulia dan amal perbuatan yang baik terpuji. Para ulama telah menyenaraikan ciri budi pekerti dan amal perbuatan terpuji Rasulullah S.A.W. itu antaranya..
1. Memberi salam kepada sesama Islam.
2. Pergaulan yang baik dalam hidup bermasyarakat
3. Menghormati orang Iain.
4. Berbudi bahasa dan bersopan santun.
5. Berbuat kebajikan kepada sesama manusia.
6. Selalu memberi sedekah makanan dan minuman
7. Menziarahi orang yang sakit.
8. Menziarah dan mengiring jenazah ke perkuburan
9. Berbuat baik dan kebajikan dengan semua jiran tetangga, tanpa mengira agama atau bangsa.
10. Menghormati orang yang lebih tua.
11. Mengasihani kanak-kanak.
12. Menerirna jemputan dari sesiapa jua dan mendoakannya.
13. Menahan marah dan memaafkan seseorang yang bersalah dengan hati terbuka atau berlapang dada.
14. Mendamaikan orang yang bertelingkah.
15. Tabiat bermurah hati - sentiasa memberi.
16. Meninggalkan segala larangan agama.
17. Meninggalkan cacian atau menghina orang.
18. Tidak bercakap atau bersumpah bohong.
19. Tidak bakhil, lokek atau kikir.
20. Tidak boros atau membelanjakan harta yang tidak kena tempatnya.
21. Tidak menghampakan harapan orang yang meminta pertolongan atau bantuan sama ada dengan akal fikiran atau harta benda.
22. Tidak menipu orang.
23. Tidak mengumpat atau mengata orang di belakang.
24. Tidak mengadu-domba atau melaga-lagakan seorang dengan yang lain atau sekumpulan dengan kumpulan yang lain.
25. Tidak memutuskan persaudaraan, persahabatan atau silaturrahim, sama ada ahli keluarga, sahabat, jiran tetangga atau umat Islam.
26. Tidak berkelakuan jahat dan maksiat.
27. Tidak sombong atau meninggi diri tetapi hendaklah merendah diri.
28. Tidak bermegah-megah atau memuji diri sendiri.
29. Tidak ujub (menghairani) kebaikan diri sendiri.
30. Tidak banyak bercakap, terutama yang sia-sia.
31. Tidak bercakap perkara-perkara yang kotor, lucah dan seumpamanya.
32. Tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang keji, maksiat dan kemungkaran.
33. Tidak melakukan tabiat menyumpah seranah terhadap orang lain.
34. Tidak melakukan hasad atau dengki khianat.
35. Tidak mengkhianati orang lain.
36. Tidak melanggar peraturan dan undang-undang.
37. Tidak menzalimi atau menganiayai orang lain.
38. Hendaklah menepati janji.
39. Hendaklah menunaikan amanat.
40. Belas kasihan terhadap anak yatim.
41. Berkata-kata dengan lunak, jangan meninggikan suara.
42. Baik dan bertekun dalam kerjaya.
43. Hendaklah sedikitkan angan-angan.
44. Hendaklah mempelajari serta mendalami al-Quran.
45. Hendaklah mencintai hari akhirat.
46. Hendaklah merasa gentar dan takut akan ketibaan hari kiamat.
47. Tidak memarahi atau memaki orang yang bijaksana.
48. Tidak mendustakan orang yang benar.
49. Tidak menuruti kemahuan atau perbuatan orang yang berdosa.
50. Tidak menderhakai pemerintah yang adil.
51. Tidak merosakkan tanah.
52. Hendaklah bertaubat pada setiap dosa yang dilakukan.
53. Hendaklah berusaha meneguhkan keimanan dalam jiwa dengan amalan yang salih.
Demikianlah antara contoh sifat Rasulullah S.A.W. dalam usaha mendidik umatnya agar mengamalkan budi pekerti yang luhur. Baginda memberi ceramah atau nasihat terutama kepada mereka yang meminta nasihat dan tunjuk ajar. Daripada senarai ciri budi pekerti yang ditunjuk ajar oleh Rasulullah S.A.W. seperti di atas, sudah mencukupi untuk menjadi manusia yang baik akhlaknya sekiranya diamalkan."

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Tips, educate child, teenagers, adults in daily lifestyles.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


HACKER SAFE certified sites prevent over 99.9% of hacker crime.
 
..:: LARANGAN BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MABUK DAN JUNUB ::..
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."[Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa' :43]