Hidup, Amal & Akhir HayatKu Untuk ALLAH s.w.t.

RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA… Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Sunday, February 05, 2006

..:: DOA Supaya Tabah Menghadapi Lawan ::..

1. DOA SUPAYA TABAH MENGHADAPI LAWAN
"Rabbana afrigh ‘alaina shabran tsabbit aqdamana wanshurna ‘alal qaumil kafirin"

“Ya Tuhan, limpahkanlah kesabaran atas diri kami, kokohkanlah pendirian kami, serta tolonglah kami dalam mengalahkan orang-orang kafir.” (Al-Baqarah: 250)

Al-Qur’an mengisahkan , bahawa doa di atas dibaca oleh sekelompok minoriti kaum mukminin yang bergabung dengan Thalut dalam memerangi Jalut berserta pasukannya.Ketika menghadapi lawan di medan perang, dengan tadharu’ mereka memanjatkan doa kepada Allah subhanahu wa ta’ala dengan doa tersebut.

Doa mereka dikabulkan Allah, hingga kemudian diabadikankan dalam Al-Qur’an pada ayat 251, Al Baqarah atas kemenangan mereka.

Dipetik dari kitab, “Doa yang didengar Allah”, susunan Abu Naufal Al Mahalli.

2. DOA DILINDUNG DARI KEJAHATAN MAKHLUK (MUSUH)
"A’uzubika limaa tillaahittammati min syarri maa khalaq"

“Aku berlindung diri dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang dijadikanNya.”

Barangsiapa yang membaca isti’azah ini tidak akan dibahayakan oleh sesuatu – Riwayat Muslim.

Doa tersebut dipetik dari :
1. Wirid Al Latiff, Susunan Al-Habib Abdullah Al Hadad r.a.
2. Ratib Al Attas, Susunan Al Habib Umar Bin Abd al-Rahman
3. Doa dan Wirid, Susunan Syed Abdillah Al Jufri

Allahyarham Al Habib Syed Muhammad Bin Salim Al Attas (Masjid Ba’alwi) telah menasihatkan sebahagian dari pengikutnya supaya membaca wirid tersebut sebagai pelindung pada ketika Cina gaduh Melayu di Singapura.

Allahyarham Al Habib Syed Abdullah As-Sagoff (Masjid Wak Tanjong) juga telah ijazahkan supaya membaca wirid tersebut sebagai doa tambahan sebelum tidur agar tidak diganggu syaitan atau makhluk halus.

Disusun oleh
Najib Khan Surattee

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Tips, educate child, teenagers, adults in daily lifestyles.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


HACKER SAFE certified sites prevent over 99.9% of hacker crime.
 
..:: LARANGAN BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MABUK DAN JUNUB ::..
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."[Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa' :43]