Assalamualaikum, Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati- hati.
Nama Syaitan;
DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!
SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat .....
Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.
Perhatian; Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.
wassalam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home