Hidup, Amal & Akhir HayatKu Untuk ALLAH s.w.t.

RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA… Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Sunday, March 12, 2006

..:: Balasan Kebaikan ::..

Ustaz Muzni bin Hj Borhan


Sesiapa yang melakukan amal kebaikan maka baginya balasan sepuluh kali ganda dari kebaikan yang sama dengannya, dan sesiapa yang melakukan amal kejahatan maka ia tidak dibalas melainkan kejahatan yang sama dengannya sedang mereka tidak dizalimi sedikit pun – Al An'am 160

Huraian Ayat
Allah SWT telah menjelaskan bahawa apabila seseorang itu melakukan kebaikan dan amal saleh dengan hati yang penuh beriman kepada Allah SWT, maka ia akan dibalas dengan pahala yang berlipat kali ganda.

Dengan kemurahan Allah SWT juga, maka bagi mereka yang melakukan kejahatan dan amalan-amalan yang dikutuk oleh Allah SWT itu balasannya hanya satu sahaja. Maksud sabda Rasululah SAW :

Telah berfirman Allah SWT, apabila berkehendak hambaku melakukan kejahatan, maka jangan engkau tuliskan baginya sehingga dia telah melakukannya, maka jika ia melakukannya juga maka hendaklah dibalaskan mengikut kadar yang dilakukannya dan jika dia meninggalkannya hendaklah engkau balaskan dengan satu kebajikan jua. Dan jika dia berhajat melakukan kebaikan dan dia tidak melakukannya maka hendaklah kamu balaskan kepadanya satu kebaikan dan jika dia melakukannya maka hendaklah kamu membalaskannya dengan sepuluh kali ganda hingga sehingga tujuh ratus kali ganda

Kebaikan yang dilakukan dengan penuh ikhlas dan kerana beribadah kepada Allah akan mendapat balasan berlipat kali ganda, dengan syarat ianya tidak diiringi dengan ungkitan apa yang telah diberinya, dan tidak pula menyinggung perasaan orang yang diberi. Maksud firman Allah :

Perumpamaan orang yang membelanjakan harta mereka kepada jalan Allah seperti sebiji benih yang telah menumbuhkan tujuh tangkai; dan setiap satu tangkai menumbuhkan seratus biji benih dan Allah menggandakan bagi sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah maha luas pemberianNya dan Maha Mengetahui. – Al Baqarah 261
Kesimpulan Ayat
  • Ayat tersebut memberi galakan supaya kita melakukan amal kebajikan dengan ikhlas, kerana balasan Allah SWT itu adalah berlipat kali ganda.
  • Amalan kejahatan hendaklah dijauhkan sama sekali walaupun balasannya setimpal, kerana ia sama seperti menzalimi diri sendiri.
  • Elakkan dari kita mengungkit-ungkit apa yang telah kita sumbangkan kepada seseorang kerana ia meluputkan pahala pemberian itu sendiri.
  • Sesungguhnya kita tidak akan rugi menjadi orang yang pemurah kerana Allah akan menggantikannya dengan berlipat kali ganda setiap apa yang telah kita sedekahkan, sumbangkan, dan dermakan keranaNya.
Wallahu'alam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Tips, educate child, teenagers, adults in daily lifestyles.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


HACKER SAFE certified sites prevent over 99.9% of hacker crime.
 
..:: LARANGAN BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MABUK DAN JUNUB ::..
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."[Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa' :43]