Hidup, Amal & Akhir HayatKu Untuk ALLAH s.w.t.

RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA… Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Thursday, March 09, 2006

..:: Doa Ibu-Bapa ::..


Ya Allah ya Tuhan ku, Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini, memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu. Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah.
Ya Allah Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan Pemerintah hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan Tunjukkanlah kami jalan yang lurus Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat keatas mereka Bukannya jalan orang yang Engkau murkai dan bukan pula orang-orang yang sesat.
Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah. Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan, aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya Engkau murkai, aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya Engkau tuntuti.
Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku, Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu Jauhilah aku dari segala laranganMu, Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu, Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat, Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.
Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepadaMu dan berbakti kepada kedua ibubapaku.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati mereka kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang sedangkan ku tahu, Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "huh" kepada mereka. Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.
>Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah aku berjaya kini, keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku tidur malam mereka aku ganggu titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku tidak pernah mereka mengadu letih tidak pernah mereka mengadu sakit lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim dimalam ini aku terkenang semua itu dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka, dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya allah aku tahu ya Allah mereka terlalu lemah dan tidak mungkin dapat menahan siksaanMu yang amat pedih itu ya Allah Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku. Maha Suci Allah Yang Maha Besar Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu Teguhkanlah iman mereka ya Allah jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah. Tuhan Sekelian Alam.
Amin.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Tips, educate child, teenagers, adults in daily lifestyles.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


HACKER SAFE certified sites prevent over 99.9% of hacker crime.
 
..:: LARANGAN BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MABUK DAN JUNUB ::..
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."[Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa' :43]