Hidup, Amal & Akhir HayatKu Untuk ALLAH s.w.t.

RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA… Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Sunday, April 23, 2006

..:: Hajar Aswad ::..

Untuk pengajaran kepada semua.
Jemaah berada di lobi hotel untuk ke Masjidil haram. Salah seorang jemaah yang berada tidak jauh dari saya, tiba2 menjerit memanggil-manggil saya.
"Ustaz! ustaz! Macam mana ni? Apa kita nak buat?" Kata Rahman termengah-mengah. Mukanya pucat lesi. Saya yang sedang membaca surat khabar cukup terkejut melihat muka cemasnya. Dalam hati saya mengagak, tentu ada sesuatu yang amat penting.
"Bertenang Man, bertenang. Kenapa ni? Cerita perlahan-lahan" kata saya sambil menepuk-nepuk belakangnya.
Selepas menarik nafas panjang, Rahman termengah-mengah cuba "Entahlah ustaz, tak tahu macam mana saya nak mulakan" katanya seperti orang baru lepas lari 100m.
"Kenapa pula" saya bertanya lagi.
"Ustaz ingat tak pada Dr. Hisham yang bertugas dengan Kementerian Kesihatan tu. Tadi pagi tiba2 saja, saya lihat mukanya. Mukanya ustaz, lain macam" kata Rahman lagi menggeleng-geleng kepala.
"Lain macam mana?" saya bertanya sedikit cemas.
Dr. Hisham kan berkulit cerah, tapi pagi tadi saya terserempak dengannya, hajat nak mengajaknya solat subuh, saya lihat mukanya hitam legam. Saya betul2 terkejut ustaz. Saya ingatkan jemaah kulit hitam dari Afrika. Tetapi apabila dia memanggil saya beberapa kali, barulah saya sedar dia itu Dr. Hisyam. Saya gamam ustaz, lepas tu dia menangis depan saya"
"Saya rasa eloklah kita pergi jumpa dia, bertanya sikit apa yg beraku. Dia nampak gusar benar, seperti ada sesuatu." kata Rahman bersungguh-sungguh.
Saya terus mengekori Rahman menaiki lif menuju ke bilik Dr.Hisyam. Dalam hati saya tertanya-tanya apa yg berlaku. Sebaik pintu lif ternganga, kami mempercepatkan langkah menuju ke biliknya.
Tiba di pintu, Rahman mula mengetuk-ngetuk perlahan, tapi tiada jawapan. 5 minit kemudian setelah bergilir-gilir kami mengetuk, barulah kami mendengar tapak kaki, dan bunyi tombol pintu di tarik.
Sebaik pintu terbuaka, saya terpaku melihat wajah doktor berkenaan, sama seperti yang diceritakan Rahman sebentar tadi. Memang wajahnya hitam seperti arang.
"Assalamualaikum" tiba2 perkataan itu keluar dari mulut saya. Rahman mencuit pergelangan tangan saya. "Waalaikum salam. Silakan masuk Rahman, Ustaz,"balas Dr Hisham sambil menunduk-nundukkan kepala.
Saya dan Rahman mengambil tempat duduk di sofa yang terletak di tepi katil. Saya memandang wajah doktor yang lewat 30an itu, tak tahu macam mana nak mulakan pertanyaan.
Dr. Hisham cuma berdiri di tepi katil. Sebaik terpandang mukanya dalam cermin solek di bilik itu, dia menekup muka dengan kedua-dua tangan.
"Kenapa dengan saya ustaz? Kenapa saya boleh jadi sampai macam ni?" tiba2 Dr.Hisham meraung-rung seperti histeria.
Saya dan Rahman berpandang-pandangan. Saya tak tahu nak kata apa. Yang saya tahu dia seorang yang taat kepada ajaran agama. Kerana dia kerap dihantar bertugas di Tanah Suci oleh Kementerian Kesihatan.
"Sabar doktor! Kita tak dapat meneka-neka urusan Allah. Namum kita jangan berhenti daripada berusaha," saya menasihatkannya sambil mengurut-ngurut belakangnya. Rahman terus terpaku.
"Ustaz, ini balasan nya seperti orang bodoh. "Balasan apa? Jangan cuba mencari-cari doktor," kata saya lagi.
"Memang saya bersalah ustaz. Selalu mulut saya ni celupar. Mungkin ini yang saya terima" kata Dr. Hisham sambil mengongoi-ngongoi.
Saya dan Rahman sekali lagi berpandangan. Bisu. Kami biarkan saja apa yang ingin diluahkannya. Kami benar2 tak tahu apa maksud kata2nya.
"Ya lah saya ni doktor, tentu pentingkan kesihatan. Sejak berada di sini, saya sering bayangkan bagaimana orang boleh cium dan kucup Hajar Aswad. Saya cukup geli. Dalam kepala saya sering terbayang banyaknya kekotoran dn kuman yang melekat di situ.
Saya terlalu jijik dan geli untuk mendekati Hajar Aswad, jangankan nak menciumnya!" katanya sunguh2.
"Setiap kali tawaf, saya pandang Hajar Aswad tu penuh jijik dan memuakan. Saya melayan perasaan saya, melihat bagaimana orang boleh berebut-rebut mahu menciumnya?" Katanya dalam suara yang cukup menyesal.
"Astaghfirulllah hal azim," saya mengucap berkali-kali mendengar pengakuannya. Saya mengeleng-geleng.
"Bangun tidur pagi semalam, saya terperanjat melihat wajah saya dalam cermin sudah berubah," katanya teresak-esak.
"Beginilah.seelok-eloknya doktor ambil wuduk dan lakukan solat sunat taubat. Mohonlah keampunan daripada Allah. Lebih baik di hadapan Kaabah dan lepas itu bersungguh-sungguh pergi mengucup Hajar Aswad," kata saya untuk menenangkannya.
"Diterima Allahkah doa saya ustaz? Dosa saya terlalu besar, mempersoal kenapa yang ada di tanah haram ini. Saya insaf kini," katanya dalam nada yang mendayu-dayu.
Saya, Rahman dan doktor itu terus ke Masjidilharam yang hanya terletak kira 2200m dari tempat penginapan. Setelah mengambil wuduk di telaga zam zam, kami sama2 menunaikan solat hajat dan memohon kepada Allah agar mengampunkan dosa kami.
Saya lihat Dr. Hisham menangis teresak-esak sambil menadah tangan kelangit. Terharu sungguh saya melihatnya. Saya dapat rasa apa yang dirasinya ketika itu.
Sejak itu setiap kali ke Masjidilharam, Dr. Hisham tidak lupa menunaikan solat2 sunnat, kemudian akan berebut-rebut menuju ke Hajar Aswad. Dikucup diciumnya Hajar Aswad sepuas hati sambil memohon ampun di atas keterlanjurannya.
Berkat doa yang tidak putus2, 3 hari kemudian, wajah Dr. Hisham beransur-ansur cerah, akhirnya menjadi seperti sediakala, malah lebih berseri.
Saya tidak akan mempersoalkan kekuasaan Allah lagi. Saya akan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku, "kata Dr. Hisham bersungguh-sungguh.
"Alhamdulillah. Eloklah kalau macam tu. Anggaplah semua ini ujian Allah, "kata saya sambil menepuk-nepuk bahunya. Berkali-kali dia mengesat airmatanya.
Diceritakan oleh ustaz Abdul Latif Palemban dari Harom fast travel kepada MASTIKA.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Tips, educate child, teenagers, adults in daily lifestyles.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


HACKER SAFE certified sites prevent over 99.9% of hacker crime.
 
..:: LARANGAN BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MABUK DAN JUNUB ::..
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."[Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa' :43]