Hidup, Amal & Akhir HayatKu Untuk ALLAH s.w.t.

RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA… Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Thursday, May 11, 2006

..:: Kisah Nabi saw. Melihat Rupa Jibril as ::..

Tersebut di dalam kitab Baidhawi, daripada Ibnu Abbas, telah bersabda Nabi saw. kepada Jibril as. untuk melihat rupa asal Jibril as.. Maka berkata Jibril as. "Tiada engkau kuasa untuk melihat yang demikan itu"

Kata Nabi saw. "Benar"
Tanya Jibril as. "Di mana engkau kehendaki aku rupakan diriku pada mu?"

Maka Nabi mencadangkan beberapa tempat di tanah Arab, tetapi Jibril as. menolak cadangan Nabi saw. itu kerana tidak cukup besar untuk Jibril as. untuk merupakan dirinya pada rupa asalnya. Lalu Jibril pergi ke suatu tempat lalu menukar dirinya dalam rupa yang asal secara perlahan-lahan maka memenuhlah di antara timur dan barat, kepalanya pada langit dan kakinya di dalam bumi. Apabila dilihat Nabi saw. rupa Jibril as. lalu rebahlah Nabi saw. dan pengsan. Kemudian Jibril as. pun menukar rupana dan memeluk Nabi saw. kemudian ia berkata "Jangan engkau takut".
Inilah setengah cerita yang terdapat di dalam kitab Tafsir Baidhawi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Tips, educate child, teenagers, adults in daily lifestyles.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


HACKER SAFE certified sites prevent over 99.9% of hacker crime.
 
..:: LARANGAN BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MABUK DAN JUNUB ::..
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."[Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa' :43]