Hidup, Amal & Akhir HayatKu Untuk ALLAH s.w.t.

RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA… Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Wednesday, May 10, 2006

..:: Petua Awet Muda ::..

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi 3 kali. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan diletakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
  • Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
  • Baca ayat 35 - 38 Surah al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
  • Setelah solat Subuh, bacalah Surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah­-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
  • Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
  • Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari­-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan memotong kuku dari jari telunjuk kanan hingga ke jari kelingking dan seterusnya jari kelingking kiri ke ibu jari tangan kiri. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah­-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.
  • Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
  • Ketika makan janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
  • Rajin-rajinlah membaca al-Quran dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah.
  • Amalkan solat Tahajud.
  • Sentiasa tenang dan bersikap positif.
  • Mulakan sesuatu urusan dengan 'nawaitu' yang baik dan niat kerana Allah.
  • Maafkan semua orang sebelum tidur.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Tips, educate child, teenagers, adults in daily lifestyles.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


HACKER SAFE certified sites prevent over 99.9% of hacker crime.
 
..:: LARANGAN BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MABUK DAN JUNUB ::..
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."[Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa' :43]