Hidup, Amal & Akhir HayatKu Untuk ALLAH s.w.t.

RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA… Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Monday, May 01, 2006

..:: Resdung - Jejas Kehidupan Jika Tidak Dirawat ::..

Resdung - Jejas kehidupan jika tidak dirawat http://www.biovco.com
RAMAI di kalangan masyarakat di negara ini mengalami masalah resdung, namun hanya sebilangan yang tampil untuk mendapatkan rawatan.
Ini kerana ramai yang beranggapan ia tidak membawa mudarat dan dianggap tidak membahayakan.
Tanggapan orang ramai mengenai resdung tidak membahayakan adalah salah. Selagi ia merupakan satu penyakit, ia perlu dirawat agar tidak membawa kepada kemudaratan di kemudian hari.
Resdung berpunca kepada alahan akibat faktor kekurangan antibodi dan vitamin C di dalam tubuh individu.
Ini termasuk alah kepada makanan laut seperti ketam, udang, belacan dan sebagainya, alah kepada faktor cuaca iaitu keadaan panas dan sejuk yang tidak menentu serta alah kepada bulu haiwan seperti kucing dan anjing.
Punca resdung juga boleh diakibatkan oleh alah terhadap alat kosmetik yang dipakai, peralatan solekan, permaidani, habuk, pencemaran alam sekitar dan faktor keturunan. Ini bermakna apabila ibu dan bapa menghidap resdung, kemungkinan besar anak-anak mereka juga dijangkiti.
Beliau berkata, terdapat tiga peringkat resdung iaitu peringkat awal, pertengahan dan kronik.
``Pada peringkat awal antara tanda-tanda seseorang itu menghidap resdung ialah kerap bersin terutama pada waktu pagi atau berada dalam keadaan sejuk, selalu selesema, gatal-gatal dan terasa sesuatu merayap di muka atau di sekitar badan.
``Resdung apabila dibiarkan boleh menjadi kronik terutama apabila hidung mula tersumbat, pernafasan berbau busuk, sakit kepala keterlaluan atau migrain, hidung berdarah, sakit di rongga pipi, pangkal hidung dan dahi, mengalami buasir, hilang deria bau, mata menjadi kabur, telinga berdengung dan sebagainya,'' katanya.
Resdung di peringkat kronik yang berlaku terhadap golongan wanita boleh membuatkan alat sulit wanita berbau busuk, faraj berlendir, mengalami kelemumur yang agak teruk di kepala, buasir dan sebagainya.
``Ada beberapa kes, isteri ditinggalkan atau diceraikan suami akibat resdung kronik sehingga menganggu perhubungan suami isteri,'' katanya.
Resdung sebenarnya merupakan `pembunuh senyap' yang memudaratkan individu menerusi hama resdung yang memakan dari dalam bahagian tubuh dan boleh menular ke semua bahagian badan terutama pada kawasan-kawasan lembap.
Resdung juga boleh memberikan kesan yang buruk terhadap kecantikan seperti jerawat kasar di muka yang sukar dipulihkan.
Resdung merupakan penyakit yang meresahkan dan menganggu kehidupan.
Resdung yang kronik juga boleh menyebabkan gumpalan selesema di bahagian dalam pipi sehingga bertukar menjadi nanah, berlendir dan berbau busuk.
Si penghidap terasa seolah-olah satu benda berat berada di belakang pipi atau dahi sekiranya gumpalan nanah hasil daripada selesema berkenaan memekat.
``Resdung perlu diubati atau dicegah dari awal. Sekiranya ia dibiarkan, ditakuti ia melarat menjadi kanser hidung.
``Ada kes-kes akibat terlewat mendapatkan rawatan mengakibatkan hidung individu berkenaan rompong atau hilang akibat dimakan oleh hama resdung,'' katanya.
Hama resdung tidak boleh nampak pada mata kasar, namun individu itu boleh merasainya apabila terdapat rayapan di sekitar muka dan badan.
Hama ini juga sebenarnya boleh dijangkiti oleh anak-anak atau mereka yang berada di sekeliling sekiranya penghidap berkenaan bersin atau ketika melakukan hubungan suami isteri, ditambah apabila antibodi seseorang itu pada tahap yang rendah.
Kaedah rawatan resdung boleh dilakukan secara moden dan tradisional atau melalui ilmu kedoktoran di klinik-klinik swasta dan hospital-hospital kerajaan melalui ubat-ubatan atau pembedahan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Tips, educate child, teenagers, adults in daily lifestyles.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


HACKER SAFE certified sites prevent over 99.9% of hacker crime.
 
..:: LARANGAN BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MABUK DAN JUNUB ::..
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."[Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa' :43]