..:: Hadiah Sempena Ramadhan ::..
hadis riwayat Bukhari dan Muslim,
Daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah S.A.W Baginda bersabda maksudnya:
"Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada 10 hinggalah ke 700 kali ganda kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKU dan Aku (Allah) memberikan balasan pahala kepadanya, kerana dia ( orang yang berpuasa ) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku."
Hadis Qudsi Riwayat Muslim
Al-Quran Surah Al-Qadr Ayat 1-3 yang bermaksud:
“Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan”
0 Comments:
Post a Comment
<< Home