Pesan Nabi s.a.w sampaikan pesanku walaupun hanya sepatah perkataan....
Sabda Rasulullah bermaksud : "Sesiapa yang meninggalkan solat atau memudah-mudah dengannya nescaya diseksa Allah dengan
15 perkara. Enam perkara di dunia , tiga perkara ketika mati, tiga perkara di dalam kubur dan tiga perkara di hadapan Tuhan di akhirat nanti." Lalu sahabat bertanya : "Ya Rasulullah, apa dia seksa di atas dunia?"
Jawab Rasulullah : "Dibuang Allah berkat pada umurnya yang menyebabkan hidupnya terumbang-ambing, tidak mendapat kebahagiaan yang sejati, hidupnya diibaratkan seperti buih di atas permukaan air yang mengikut arus aliran air.
"Diangkat Allah berkat pada rezekinya walaupun dia mempunyai harta yang banyak tetapi dibelanjakan pada perkara yang tidak memberi faedah.
"Diangkat padanya tanda orang yang soleh. Tiada terpelihara baginya agama Islam, iaitu diikuti mati dalam kekufuran. Amalan menjadi sia-sia kerana tiap amal kebajikan dilakukan tidak diterima oleh Allah dan tidak diberi pahala olehnya serta doa tidak diangkat ke langit."
Bertanya lagi sahabat : "Ya Rasulullah, apa seksa pada waktu matinya?"
Jawab Rasulullah : "Dia akan dimatikan dalam keadaan hina, dalam keadaan sangat lapar dan dimatikan dalam keadaan sangat dahaga, iaitu diberi minum air tujuh lautan sekali pun, tidak hilang rasa dahaganya."
Bertanya lagi para sahabat : "Apa seksa di dalam kubur itu ya Rasulullah?"Jawab baginda ' : "Disempitkan kuburnya hingga rapat dua tulang rusuknya, disuruh Allah dua malaikat untuk menyeksanya hingga hari Kiamat."
"Yang menyeksa orang yang meninggalkan solat itu ialah ular diberi nama Sujaulakraa, iaitu dua mata daripada api neraka, dua kuku malaikat yang menyeksa itu daripada besi Kharsari dan panjang kuku itu perjalanan sehari semalam.
"Pada tangan itu satu tingkat daripada besi lantas berkata malaikat itu kepada mayat atau roh orang yang mati itu, aku disuruh oleh Tuhanku supaya aku memukul engkau kerana meninggalkan solat Subuh hingga Zuhur, Zuhur hingga Asar, Asar hingga Maghrib, Maghrib hingga Isyak dan Isyak hingga Subuh. :
"Maka tiap kali pukulan itu terbenamlah mayat tadi ke dalam bumi hingga 70 hasta lalu diangkat dengan kukunya pada permukaan, begitulah seterusnya hingga ke hari Kiamat."
0 Comments:
Post a Comment
<< Home