Semoga Allah S.W.T. memberi petunjuk ke atas kaum Muslimin dan Muslimat.( Insya-Allah ).
Ya Allah, ampunilah kami sesungguhnya kami tidak mengetahui.
Sebelum ada banyak berlakunya pelanggaran yang mungkin akan berlaku, izinkan kami insan yang lagi daif dan hina ini untuk cuba memberikan pandangan dan (bukan nasihat) tapi buah fikiran yang sesuai dengan tahap pemikiran yang inginkan penjelasan yang amat halus serta rumit untuk diterangkan. Maka itu cukup sekadar dapat memahami dan mengerti maksudnya mengikut tahap pemikiran serta kajian masing-masing. Jika ingin lebih dari itu maka hendaklah mencari mereka-mereka yang amat arif dalam bidang Ilmu tersebut. Kerana setiap Ilmu itu ada Ahlinya.
Berkenaan soalan mengenai:
>Bolehkah seseorang yang tiada whuduk memegang dan membaca kitab yasin dan tahlil ( yang tiada tulisan rumi atau terjemahan didalamnya).?
Jawapan:
Mohon ma`af. Soalan yang diberikan ini mungkin kurang jelas maka dengan itu mungkin terdapat berbagai pandangan dan nasihat yang berbeza. Mengapa dikatakan kurang jelas?
Sepertimana kajian serta pemikiran kami yang daif dan hina ini, memperlihatkan bahawasanya tiada kitab yang dipanggil kitab yasin. Itu mengikut pemikiran serta fahaman kami yang terbatas ini. Mungkin ada, mungkin tiada. Sekiranya mengikut landasan Agama Islam, hanya yang ada adalah kitab Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan Hadis Rasul Allah S.A.W., tak lebih dan tak kurang daripada itu. Sekiranya soalan itu ditujukan pada SURAH:Yasin maka jelaslah kebenarannya yang wujud didalam Kitab Allah. Sekiranya itu dipanggil kitab yasin maka banyaklah kitab-kitab didalam Kitab Al-Quran:
Seperti(sekadar renungan):
Jadi disini dimana yang dikatakan Surah:? Mungkin tersilap waktu membentangkan. Atau sekadar menguji apa yang dipanggil kesedaran. Walau apa yang berlaku hanya Allah S.W.T. yang Maha Mengetahui.
Maka kembalilah kepada Al-Quran dan Hadis Rasul Allah S.A.W. Berkenaan soalan yang terbentang mengenai sama ada boleh atau tidak memegang dan membaca surah:Yasin tanpa berwudhu.
Didalam Kitab Allah telah diterangkan segala firman-firman serta sabda-sabda atau dalil-dalil untuk manusia sejagat agar dapat melakukan apa yang diperintah dan apa yang dilarang berserta dengan hukum-hukumnya sekali. Dengan itu rujuklah Kitab Allah. Jika ianya dibolehkan dengan menggunakan anggota badan (anggota tangan/mulut) untuk memegang/membaca maka jawapannya boleh mengikut hukum. Jika ianya tidak dibolehkan dengan menggunakan anggota badan (anggota tangan/mulut) untuk memegang/membaca maka jawapannya tidak boleh mengikut hukum. Tak lebih dan tidak kurang dari itu. Kerana itua dalah Kitab Suci. Sesuai dengan tahap pemikiran serta fahaman Ugama Islam berlandaskan Al-Quran dan Hadis Sunnah. Melainkan bagi mereka yang ingkar dengan Kitab Allah. Mohon ma`af sekiranya disalah tafsirkan.
Sekiranya jika dilihat soalan itu dari segi tahap pemikiran dan fahaman yang luas serta dikurniakan Nikmat dari Allah S.W.T. terbukti bahawasanya tidak perlu berwudhu apabila memegang dan membaca surah:Yasin Ini kerana pegangannya serta bacaannya itu didalam jiwa sanubari. Iaitu telah disematkan surah tersebut kedalam jiwa sanubari seseorang itu. Bagaimana ianya berlaku? Mohon ma`af.Hanya Allah S.W.T. yang Maha Mengetahui. Maka dengan itu jelas nyata tidak perlu berwudhu oleh kerana kedudukannya di dalam jiwa sanubari. Hanya Allah S.W.T. yang menentukan akan pegangan dan bacaan seseorang tersebut. Justru itu tidak menjadi salahnya jika berwudhu walaupun ianya berada di dalam jiwasanubari. Ini adalah dari fahaman serta kajian yang telah diberikan. Mungkin ada yang lebih luas lagi pandangan serta fahaman mengenai soalan berikut. Kerana walaupun setinggi ilmu seseorang itu tetap ada kurangnya. Walaupun setinggi pangkat seseorang itu tetap ada kurangnya. Maka kembali kepada yang Hak iaitu jangan sekali-kali mempunyai perasaan ragu-ragu atau kurang kepercayaan terhadap Allah S.W.T. untuk menyeberangi apa yang dipanggil Titian Siratul Mustakim. Dan juga berhati-hati apabila memulakan langkah demi langkah semoga tidak tergelincir kedalam yang gelap lagi gelita.
Cukuplah hanya sekadar memberi pandangan serta buah fikiran semata-mata kerana Allah S.W.T. dan tak lebih tak kurang daripada itu. Hanya sekadar menegakkan kebenaran dimana yang benar tetap benar yang salah tetap salah. Maka berfikir itulah Nikmat yang diberi agar dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Bukan sebaliknya. Mohon ma`af sekiranya ada kepincangan dalam membentangkan jawapan pada soalan. Semoga Allah S.W.T. mengampuni kami yang hina lagi daif ini. Ya Allah, ampunilah kami yang telah membunuh saudara kami semata-mata untuk menegakkan KEBENARAN. Semoga Allah S.W.T. meredhai diri kami.
---- Zarina Jaffar
wrote: Assalamualaikum buat semua netters, Disini saya ingin mengemukakan satu soalan mengenai memegang kitab yasin tanpa air sembahyang. Bolehkah seseorang yang tiada whuduk memegang dan membaca kitab yasin dan tahlil ( yang tiada tulisan rumi atau terjemahan didalamnya).? Saya mendapat pandangan dan nasihat yang berbeza tentang hal ini. Saya amat berharap sekiranya ada sesiapa yang sudi menjawab soalan saya yang daif ini.
Zarina Jaffar
0 Comments:
Post a Comment
<< Home