Hidup, Amal & Akhir HayatKu Untuk ALLAH s.w.t.

RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA… Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Tuesday, February 28, 2006

..:: Sifat Orang Yang Berakal ::..

Daripada Syadad bin Aus RA, Rasulullah SAW telah bersabda :
"Orang yang bijak lagi berakal ialah sesiapa yang boleh menguasai dan menundukkan dirinya serta beramal melakukan bagi sesuatu faedah setelah matinya, dan orang yang lemah ialah orang yang mengikut kehendak nafsunya dan banyak berangan-angan kepada Allah" – Riwayat Tarmizi
Pengertian Hadis

Ciri-ciri orang yang bijak dan cerdik menurut pandangan Islam :
  1. Orang beriman yang dapat menundukkan hawa nafsunya dan tidak terpedaya dengan nikmat-nikmat dunia yang boleh merosakkan dunia dan akhiratnya.
  2. Orang beriman yang melakukan amalan semasa hayatnya sesuai dengan keredaan Allah dan yang akan mendapat ganjarannya di hari akhirat kelak.
  3. Orang beriman yang dapat membandingkan nikmat dunia dengan akhirat, di samping ia menggunakan nikmat dunia dengan sewajarnya tanpa melalaikannya untuk persediaan akhirat.
Ciri-Ciri orang yang lemah menurut pandangan Islam :
  1. Orang yang mengikut telunjuk hawa nafsunya, dan akal fikirannya di bawah kuasa nafsu syahwatnya .
  2. Orang yang berangan bermacam-macam kepada Allah tetapi masih lagi terus menerus mengamalkan kemungkaran.
  3. Orang yang malas dan tidak mahu melibatkan diri untuk beramal dalam perkara yang memberi faedah di dunia dan akhirat.
Sabda Rasulullah SAW:
"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu hinggalah hawa nafsunya tunduk mengikut apa yang aku sampaikan kepadanya".

Wallahu'alam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Tips, educate child, teenagers, adults in daily lifestyles.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


HACKER SAFE certified sites prevent over 99.9% of hacker crime.
 
..:: LARANGAN BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MABUK DAN JUNUB ::..
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."[Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa' :43]