Dari Abu Hurayrah radiyallahu 'anh. Diriwayatkan oleh Muslim.
Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, tidak Ia terima melainkan yang baik. Dan sesungghunya Allah memerintah orang-orang mukmin dengan apa yang Ia perintahkan kepada sekelian rasul. Maka Allah Ta'ala berfirman, ertinya: Hai sekelian rasul! Makanlah dari yang baik-baik dan beramallah akan yang baik. Dan Ia berfirman: Hai sekelian orang yang beriman! Makanlah dari segala yang baik-baik yang telah rezekikan kepada kamu. Kemudian ia menyebutkan seorang lelaki yang jauh perjalanan, yang kusut rambutnya lagi berdebu mukanya menghulurkan dua tangannya ke langit (berdoa): Hai Tuhanku! Hai Tuhanku! Pada hal makannya haam, dan (mulutnya) disuapkan dengan yang haram; maka bagaimanakah akan diperkenankan baginya?"
Hadith tersebut diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurayrah. Di anatara nilai hukum yang disyaratkan ialah peri mustahaknya makanan yang halal bagi orang yang beriman dalam hubungannya dengan ibadat & doanya. Kerana untuk penyempurnaanya tidak saja dikehendaki kepada kebaikan apa yang dikerjakannya. Tetapi memerlukan pula kepada halalnya makanan dan pakaiannya yang digunakan setiap hari.
Ketika Ibrahim bin Adham (seorang ahli tassawwuf yang masyhur) berada ditengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya: Mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah pada hal mereka selalu berdoa kepadaNya? Beliau menjawab: Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara, iaitu :
1- Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haqNya.
2- Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah s.a.w. tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3- Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4- Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya.
5- Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
6- Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7- Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8- Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tatapi kamu tidak bersedia baginya.
9- Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala ke'aiban manusia tetapi kamu lupa ke'aiban kamu sendiri. 10- Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar (pelajaran) dari mereka.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home