Hidup, Amal & Akhir HayatKu Untuk ALLAH s.w.t.

RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA… Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Tuesday, February 28, 2006

..:: Empat Soalan Asasi ::..

Ustaz Muzni bin Hj Borhan
Daripada Abi Burdah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Tidak bergerak (berjalan) dua kaki seseorang hamba (manusia) itu pada hari kiamat sehinggalah ia ditanya empat perkara: Mengenai umurnya yang telah dihabiskannya, ilmunya yang telah diamalkannya, hartanya dari mana diperolehinya dan apa yang dibelanjakannya, seterusnya mengenai tubuh badannya apakah yang telah digunakannya" – Riwayat Tarmizi
Huraian Hadis
'Tidak bergerak dua kaki seseorang hamba pada hari kiamat' bermaksud bahawa seseorang itu tidak dibenarkan keluar dari kawasan akhirat kecuali setelah ditanya dan disoal beberapa soalan, dan empat perkara asasi yang akan disoal adalah :
  1. Tentang umurnya, iaitu bagaimana ia telah dihabiskan
  2. Tentang ilmunya, iaitu yang mana telah diamalkan
  3. Tentang hartanya, iaitu dari mana diperolehi dan apa yang telah dibelanjakan
  4. Tentang tubuh badannya, iaitu bagaimana ia telah digunakan
Mengenai 'umur bagaimana dihabiskannya' bermaksud adakah sepanjang hidupnya ia telah melakukan kebajikan atau kemungkaran. Semuanya ini akan disoal dan akan ditayang semula di akhirat, dan di waktu itu mulut akan ditutup tetapi anggota lain akan bercakap, mengakui apa yang telah berlaku. Firman Allah SWT :
Pada hari ini kami tutup mulut-mulut mereka, dan kami bolehkan tangan-tangan mereka berkata-kata, dan kaki-kaki mereka menjadi saksi, tentang usaha-usaha yang telah mereka kerjakannya
Mengenai 'ilmu adakah ia berilmu dan beramal dengannya' bermaksud setiap individu muslim itu diwajibkan menuntut ilmu fardu ain, dan beramal dengan ilmu-ilmunya. Maka diharamkan kita menuntut ilmu-ilmu yang salah, seperti sihir dan seumpamanya, dan menjadi fardu kifayah pula bagi kita menuntut ilmu yang memberi manfaat kepada umat Islam dan masyarakat.
Mengenai 'harta dari mana diperolehi, bagaimana dibelanjakan' bermaksud sejauh manakah ia mencari harta menurut lunas-lunas yang telah digariskan Islam, kerana semua harta di dunia ini sama sahaja dari segi rupa dan nikmatnya, tetapi berbeza dari segi hukumnya. Kita juga diwahibkan menentukan bagaimana pula ia dibelanjakan, sama ada ke arah kemungkaran, seperti pembaziran, atau ke arah kebajikan, seperti membantu orang yang miskin dan sebagainya; semuanya ini akan ditanya di akhirat kelak.
Mengenai 'tubuh badan, bagaimana ia menggunakan' bermaksud kita hendaklah memastikan tubuh badan yang sihat itu sama ada dihabiskan kepada perkara yang sia-sia atau sebaliknya, dan umat Islam sememangnya dianjurkan semasa tubuh badan yang masih sihat digunakan untuk kebajikan dan amal ibadah kepada Allah SWT.
Kesimpulan Hadis
Di akhirat kelak setiap seorang daripada kita pasti akan disoal empat perkara asasi ini, dan tidak ada satu cara pun yang dapat kita lakukan untuk menyorokkannya.
Dari amalan kita di dunia inilah kita akan menerima pembalasannya di akhirat kelak, samada syurga atau neraka.
Hadis ini mengingatkan kita supaya hendaklah menggunakan peluang yang baik semasa masih hidup di dunia ini untuk melakukan perkara-perkara kebajikan, iaitu menggunakan umur hidupnya, harta kekayaannya, ilmu pengetahuannya, dan tubuh badan serta kesihatannya, untuk segala macam kebajikan dan amal-amal salih.
Wallahu'alam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Tips, educate child, teenagers, adults in daily lifestyles.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


HACKER SAFE certified sites prevent over 99.9% of hacker crime.
 
..:: LARANGAN BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MABUK DAN JUNUB ::..
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."[Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa' :43]