Hidup, Amal & Akhir HayatKu Untuk ALLAH s.w.t.

RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA… Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Tuesday, February 28, 2006

..:: Nikmat Hidup ::..

Bersama Ustaz Muzni bin Hj Borhan
Maksud sabda Rasulullah SAW : "Dua nikmat di mana ramai manusia terpedaya dan tertipu, iaitu nikmat sihat dan nikmat kelapangan" – Riwayat Bukhari dan Tarmizi dan Ibnu Majah
Pengertian Nikmat
  • Suasana dan keadaan yang baik dalam hidup dan limpah kurnia Allah kepada manusia. Sebagai contoh, seorang yang jahil dikurniakan Allah ilmu pengetahuan sehingga ia mendapat pangkat yang menyenangkan di dalam hidupnya.
  • Islam juga diertikan sebagai nikmat seperti mana maksud firman Allah dalam surah Al-Imran:
Ketika kamu bermusuhan maka Allah telah menjinakkan hati kamu, maka jadilah kamu dengan nikmatnya (agama Islam) bersaudara – Al Imran 103
Bagaimana Mengingati Nikmat
Bersyukur – manusia itu selalu sombong dan angkuh kerana tidak mahu bersyukur dengan nikmat Allah dan mengingkari nikmat Allah, oleh itu bersyukur adalah menjadi satu syarat bagi ibadah dan pengabdian manusia kepada Allah. Maksud firman Allah :
"Bersyukurlah kamu kerana nikmat Allah jika kamu menyembahnya"
Beribadah – amalan ibadah yang diwajibkan ke atas kita untuk melakukannya adalah tanda kita diminta bersyukur kepada Allah. Mereka yang tidak melakukan amal ibadah tersebut adalah kufur nikmat, dan kufur bagi yang mengingkarinya.

Menggunakan nikmat tuhan dengan sewajarnya – nikmat Allah, seperti pancaindera kita, jika digunakan pada perkara yang diharamkan adalah menunjukkan kita tidak bersyukur kepada nikmat Allah.
Nikmat Sihat
Nikmat ini boleh dimaksudkan sebagai sihat tubuh badan dan selamat dari penyakit. Tubuh badan yang sihat adalah hasil dari makanan dan minuman yang halal, dan tubuh badan itu pula tidak digunakan untuk perkara yang sia-sia tetapi lebih kepada melakukan amal yang salih.

Kesihatan tubuh badan tidak kekal, oleh itu ia hendaklah digunakan sebaik mungkin untuk beramal salih dan beribadah kepada Allah. Maksud sabda Rasulullah SAW :
"Rebutlah lima peluang sebelum lima, iaitu muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum fakir, kelapangan sebelum sibuk, dan hidup sebelum mati" – Riwayat Al Hakim
Nikmat Kelapangan
Fikiran yang aman tenteram tanpa menghadapi kesulitan hidup dan masa yang tidak sibuk dengan berbagai-bagai pekerjaan dan kebimbangan, di samping mempunyai kekayaan harta dan keluarga bahagia, menjadikan jiwanya tiada keluh kesah.
Rumusan Hadis
  • Badan yang sihat adalah sebesar-besar nikmat Allah
  • Waktu yang lapang ialah peluang yang paling baik untuk kemajuan dan kejayaan hidup
  • Bersyukur ialah menggunakan sesuatu nikmat dengan wajar sesuai dengan tujuannya
  • Penyakit yang sangat bahaya kepada manusia ialah kelalaian, berangan-angan dan menipu diri sendiri
Wallahu'alam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Tips, educate child, teenagers, adults in daily lifestyles.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


HACKER SAFE certified sites prevent over 99.9% of hacker crime.
 
..:: LARANGAN BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MABUK DAN JUNUB ::..
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."[Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa' :43]