Hidup, Amal & Akhir HayatKu Untuk ALLAH s.w.t.

RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA… Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Sunday, September 28, 2008

..:: Selamat Hari Raya ::..


Saturday, September 20, 2008

..:: Tips Menghafaz ::..

Kaedah Sebelum Menghafaz
1) Ikhlas dan niat sebelum menghafaz dan menghayatinya semata-mata kerana Allah S.W.T. dan inginkan pahala yang berlipat ganda yang disediakan oleh Allah S.W.T. di akhirat kelak.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud ;Katakanlah (wahai Muhammad) ; “Sesungguhnya Aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama.”
Surah Az-Zumar : Ayat 11

2) Masa yang baik untuk menghafaz ialah dalam lingkungan 5 tahun. Di dalam usia begini seseorang dapat menghafaz dengan cepat dan kurang bermasalah sebagaimana peribahasa arab ada mengatakan yang bermaksud ; “Menghafaz di waktu kecil seperti mengukir dibatu dan di waktu besar seperti mengukir di air.”

3) Sebelum menceburkan diri dibidang menghafaz, hendaklah terlebih dahulu memperbetulkan sebetulnya huruf Al-Quran daripada cara yang sebaik-baik sebutan.

4) Menggunakan mushaf tertentu sahaja semasa menghafaz atau mengulang tanpa diubah-ubah. Seelok-eloknya mushaf ‘Othmaani.

5) Membuat anggaran ayat atau muka surat yang mampu dihafaz dalam masa sehari. Selepas itu memulakan hafazan pada baris yang pertama dengan bacaan tartil. Sebaik-baiknya dengan lagu yang sesuai bagi menghilang jemu. Kemudian diulang beberapa kali tanpa pengurangan pada hukum tajwid dan wakaf ibtida’.

6) Mengetahui maksud hubungan di antara satu ayat dengan yang lain. Ini boleh menolong seseorang penghafaz.

7) Tiap-tiap kali sebelum menghafaz hendaklah membaca doa ;

اللّهُمَّ نَوِّرْ بِكِتَابِكَ بَصَرِى وَاشْرَحْ بِهِ صَدْرِىْ وَاسْتَعْمِلْ بِهِ بَدَنِى وَأَطْلِقْ بِهِ لِسَانِى وَقَوِّبِهِ جَنَانِى وَأَسْرِعْ بِهِ فَهْمِى وَقَوِّبِهِ عَزْمِى
بِحَوْلِكَ وَقُـوَّتِكَ فَإِنَّهُ لاَ حَوْلَ وَلاَقُوَّةَ إِلاَّ بِكَ يَا أَرْحَمَ الرّحِمِين

Bermaksud ; “Ya Tuhanku, pancarkanlah cahaya kitab-Mu, pandanganku dan lapangkanlah dengannya dadaku, gunakanlah dengannya badanku, mudahkanlah sebutan lidahku dan kuatkanlah ingatanku dan segerakanlah denganya kefahamanku dan kuatkanlah dengannya daya kekuatan-Mu. Bahawasanya tiada daya dan upaya melainkan dengan-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.”

Kaedah Ketika Menghafaz
1) Cuba menghafaz di tempat-tempat yang agak sunyi seperti di masjid.
2) Cuba menghafaz di masa-masa yang segar dan tenang.
3) Jika penat, berhenti rehat. Kemudian teruskan menghafaz.
4) Bacaan didengarkan kepada orang lain supaya tidak berlaku kesalahan pada baris, sifat-sifat huruf dan menepati makhraj dan hukum-hukum tajwid.

Sunday, August 31, 2008

..:: Surah Al-Kausar ::..

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan diMakkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok dileher, Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan airmawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

..:: Adab Minum ::..

Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas

Minuman Manis dan Sejuk :
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah "Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah "Alhamdullilah"
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

Saturday, August 30, 2008

..:: 20 Amalan Murah Rezeki ::..

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya :

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi : “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.”
(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)Nabi s.a.w. bersabda:“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya

..:: Tips Kesihatan ::..

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah seperti:-
1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan). Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan seperti:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

..:: Kelebihan Bulan Syaaban ::..

Dari berbagai keterangan mengenai pengertian bulan Syaaban itu tadi dapatlah disimpulkan bahawa pada bulan ini adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?" Mereka menjawab : "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui". Baginda bersabda : "Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Keutamaan Bulan SyaabanDiriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya :

"Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasas ebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa ini menunjukkan kelebihan bulan Syaaban dari bulan-bulan yang lain dari segi pemilihan bulan untuk beramal ibadat selain dari bulan Ramadhan.

Selain dari itu, Rasulullah SAW pernah mengumpamakan keutamaan bulan ini dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi-nabi yang lain. Sabda Baginda yang maksudnya :"Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."
Amalan-amalan di bulan SyaabanDi antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

1. Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagunkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

3. Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Malam Nisfu Syaaban
Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.Doa Malam Nisfu Syaaban.

Ertinya : Allahumma Ya Allah Ya Tuhan yang empunya kurniaan, dan tiada siapa mengurniakan kepada-Nya, ya Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran, ya Tuhan yang empunya kurniaan, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya dalam wujud ini melainkan Tuhan hamba sahaja, tempat sandaran hamba-hamba Tuhan yang memohon perlindungan, dan tempat perlindungan hamba-hamba Tuhan, yang mohon keselamatan, dan tempat keselamatan hamba-hamba Tuhan yang di dalam ketakutan.

Kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz, akan seorang yang celaka, maka hamba mohon akan hapuskan daripada hamba nama kecelakaan itu, dan mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba akan seorang yang berbahagia. Dan kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz akan seorang yang ditegah dari kebajikan, dan seorang yang disempitkan rezeki hamba, maka hamba mohon hapuskan tegahan itu daripada hamba, dan mudahkan rezeki hamba, dan hamba mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba, akan seorang yang berbahagia dan seorang yang ditaufikkan dengan kebajikan kerana bahawasanya Tuhan hamba telah berfirman dalam kitab yang telah Tuhan hamba turunkan (Al Quran) maksudnya : "Allah Taala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz."

..:: Bacalah YAASIN ::..

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

..:: Doa Yang di Aminkan Nabi Sebelum Puasa ::..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat."

Ampun dan maaf untuk segala-galanya.

Ya ALLAH..
Limpahi kami dengan Keberkatan, Rahmat dan KeampunanMu di bulan yang mulia ini...
Amin

Tuesday, June 24, 2008

..:: Selawat Selanjutnya ::..

..:: Doa Menghadapi Tekanan ::..

اللهُمَّ إِنِّي أَشْكُوْ إِلَيْكَ ضَعْفَ قُوَّتِي وَقِلَّةَ حِيْلَتِي وَهَوَانِي عَلَى النَّاسِ
Ya Allah! Sesungguhya daku mengadu padamu akan kelemahan upayaku, kurang usahaku dan hinanya aku di kalangan manusia

يَا رَبَّ العَالَمَيْنَ ، أَنْتَ رَبُّ المُسْتَضْعَفِيْنَ ،وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ ، وَأَنْتَ رَبِّي
Wahai Tuhan sekalian alam, Engkaulah Tuhan golongan yang lemah, Engkaulah yang Maha Mengasihani, dan Engkaulah Tuhanku

إِلَى مَنْ تَكِلُنِي ، إِلَى بَعِيْدٍ يَتَجَهَّمُنِي أَمْ عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أَمْرِي ؟
Kepada siapa Engkau serahkan aku, di kejauhan aku disisihkanatau kepada musuh yang diberikan kuasa padanya untuk menggagalkan urusanku?

إِنْ لَمْ يَكُنْ بِكَ غَضَبٌ عَلَيَّ فَلا َ أُبَالِي ،غَيْرَ أَنَّ عَافِيَتَكَ هِيَ أَوْسَعُ لِي
Tidaklah mengapa jika Engkau tidak murka padaku,tetapi aku lebih mengharapkan naungan kesejahteraan daripadaMu

أَعُوْذُ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِي أَشْرَقَتْ لَهُ الظُّلُمَاتُ ،وَصَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الُّدُنْيَا وَالآخِرَةِ
Aku mohon berlindung dengan nur “wajah”Mu yang menerangi kegelapandan memperelokkan urusan dunia dan akhirat

أَنْ يَحِلَّ عَلَيَّ غَضَبُكَ أَوْ أَنْ يَنْزِلَ بِي سَخَطُكَ
Lindungilah daku dari kemurkaanMuatau apa yang mungkin menimpaku disebabkannya

لَكَ العُتْبَى حَتَى تَرْضَى
Hanya kepada Engkaulah aku pasrahkan diri sehingga Engkau redha

وَلاَ حَوْلَ وَلا َقُوَّة َإِلا َّ بِالله
Sesungguhnya tiada daya-upaya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah
****
Mengapa doa ini?
Peristiwa2 yg menggembirakan dan memnyedihkan di sepanjang sepuluh Tahun telah berakhir ..Dalam tahun ini Nabi Muhammad SAW kehilangan dua pembela dan penyokong besar. Pertama, wafatnya Abu Talib, iaitu pemimpin keluarga Abdul Muttalib, pembela terkemuka Nabi SAW dan orang terkemuka Quraisy.Pedihnya tragedi ini masih segar di hati Nabi Muhammad SAW ketika disusuli
dengan kematian isterinya yang tercinta Khadijah yang semakin memburukkan lagi kepedihan itu. Abu Thalib adalah pelindung hidup dan kehormatan Nabi, semetara Khadijah mengabdi pada Islam dengan hartanya yang melimpah. Sejak awal Tahun ke sebelas kenabian Nabi SAW mengalami susana penuh permusuhan dan dendam terhadapnya.
Nyawanya terancam terus menerus dan Baginda tidak memeperolehi peluang utk berdakwah. Beberapa hari selepas kematian Abu Thalib seorang Quraisy melemparkan kotoran ke kepala Nabi SAW...Memandangkan susana getir di Mekah Nabi mengutuskan pergi ke kawasan lain. Ketika itu Thaif sedang membagun.
Baginda mengambil keputusan pergi ke sana untuk menghubungi pemimpin suku Thaif untuk mengajaknya masuk Islam....Di sana Baginda menerangkan agama Tauhid dan meminta bantuan dan sokongan. Namun seruan itu Baginda di tolak. Pembesar di sana menentang Baginda dan menghasut org-org bodoh dan juga berfikiran sempit. Nabi SAW dikepung dan dihalau..Baginda pun keluar dari Thaif dan berlindung di sebuah kebun ......Penduduk Thaif berhenti mengejar Nabi Muhammad SAW. Badan Baginda luka kerana dilempar batu-batu. Baginda pun berdoa dengan lafaz di atas. Doa tersebut merupakan luahan hati Baginda yang telah menempuh lima puluh tahun umurnya
dengan kehormatan dan martabat yang tinggi di bawah perlindungan para penyokong yang sedia berkorban.
Tetapi kini Baginda terpaksa menempuh dugaan yang besar.

..:: Zikir Adalah Suatu Disiplin ::..


Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

- Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Nabi s.‘a.w bersabda: Sesiapa yang membaca: “Qulhuwallahu ahad...” pada setiap hari, pasti dihapuskan dosanya 50 puluh tahun melainkan jika ia menanggung hutang.


Wahai Tuhanku, limpahkanlah rahmat kesejahteraan ke atas junjungan kami,Nabi Muhammad dan seluruh keluarga junjungan kami, Nabi Muhammad;sebagaimana telah Engkau limpahkan rahmat kesejahteraan kepada junjungan kami,
Nabi Ibrahim dan kepada keluarga junjungan kami, Nabi Ibrahim.Dan limpahkan keberkatan terhadap junjungan kami, Nabi Muhammad dan terhadap keluarga junjungan kami, Nabi Muhammad;sebagaimana telah Engkau limpahkan keberkatan kepada junjungan kami,Nabi Ibrahim dan keluarga junjungan kami Nabi Ibrahim;di kalangan penghuni seluruh alam semesta. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia.

- Diriwayatkan daripada Abu Darda’ r.‘a. katanya: Rasulullah s.‘a.w. bersabda: “Sesiapa berselawat ke atasku waktu pagi sepuluh kali, dan waktu petang sepuluh kali, ia akan mendapat syafaatku pada hari kiamat nanti.”
(Riwayat al-Tabaraniy).

Maha Suci Allah, dan segala puji bagi Allah.Tidak ada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar.


- Diriwayatkan daripada Amr bin Syu‘aib daripada bapanya bahawa datuknya r.‘a. berkata: Rasulullah s.‘a.w. bersabda: “Sesiapa bertasbih seratus kali pada waktu pagi dan seratus kali pada waktu petang, ia diumpamakan seperti orang yang mengerja haji seratus kali. Sesiapa mengucapkan alhamdulillah seratus kali pada waktu pagi dan seratus kali pada waktu petang, ia adalah seperti orang yang menyediakan seratus ekor kuda dalam perang di jalan Allah; atau sabda baginda: … ia bagaikan orang yang berperang seratus kali. Sesiapa bertahlil (mengucapkan lailaha illallah) seratus kali pada waktu pagi dan seratus kali pada waktu petang, ia adalah seperti orang yang memerdekakan seratus hamba daripada keturunan Ismail. Sesiapa bertakbir (mengucapkan Allahuakbar) seratus kali ketika pagi dan seratus kali ketika petang, maka tiada siapa yang lebih banyak berzikir daripadanya pada hari itu, kecuali orang yang berzikir sepertinya atau lebih banyak. (Riwayat al-Tirmiziy, menurut beliau hadis ini dinilai Hasan. Al-Nasa’iy juga meriwayatkan seumpamanya).


- Diriwayatkan daripada Ummu Hani’ r.‘a. bahawa Rasulullah s.‘a.w. bersabda kepadanya: “Wahai Ummu Hani’, apabila pagi, hendaklah engkau bertasbih seratus kali, bertahlil seratus kali, bertahmid (mengucap alhamdulillah) seratus kali dan bertakbir seratus kali, kerana sesungguhnya seratus tasbih bagaikan seratus ekor unta yang engkau korbankan dan seratus tahlil menghapuskan dosa sebelum dan selepasnya.” (Riwayat al-Tabaraniy).





Tidak ada tuhan selain Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya,bagiNya segala kerajaan dan puji. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Allah berkuasa terhadap segala-galanya.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.‘a.w bersabda: Sesiapa yang membaca: “Tidak ada tuhan selain Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan puji. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Allah berkuasa terhadap segala-galanya;” sehari 100 kali, ia mendapat ganjaran memerdekakan 10 orang hamba, ditulis baginya 100 kebaikan, dihapuskan daripadanya 100 kejahatan, dan ia mendapat perlindungan daripada syaitan pada hari itu sehinggalah waktu petang. Tiada siapa yang membawa sesuatu yang lebih afdhal daripadanya melainkan seseorang yang beramal lebih daripada itu. (Sunan al-Tirmiziy).


- Diriwayatkan daripada Abu Aiyub r.‘a. bahawa Nabi s.‘a.w. bersabda: “Sesiapa membaca pada waktu pagi: ”Tidak ada tuhan selain Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan puji. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Allah berkuasa terhadap segala-galanya;” sebanyak sepuluh kali, Allah menulis untuknya setiap satu yang dibacakan itu sepuluh kebajikan, menghapuskan daripadanya sepuluh kejahatan dan mengangkatnya sepuluh darjat. Semua itu adalah seperti memerdekakan sepuluh orang hamba. Ia juga menjadi senjata dari awal hari sehingga kepenghujungnya. Sebarang perbuatan lain tidak dapat menandinginya. Jika ia membacanya pada waktu petang, maka begitulah juga kelebihannya.” (Riwayat Ahmad, al-Tabaraniy, Sa‘id bin Mansur dan imam-imam hadis yang lain).



“Maha suci Allah yang maha agung dan segala puji-pujian baginya.”(Kami memahasucikan Allah daripada segala kekurangan sambil memujiNya)

- Diriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya: Sabda Rasulullah s.‘a.w: “Sesiapa yang menyebut pada waktu pagi: “Maha suci Allah yang maha agung dan segala puji-pujian baginya;” seratus kali, juga pada waktu petang, tiada mana-mana makhluk yang membawa bahagian disempurnakannya lebih baik daripada bahagian yang ia perolehi.” (Sunan Abu Daud).

- Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.‘a.w bersabda: “Sesiapa yang menyebut: “Maha suci Allah yang maha agung dan segala puji-pujian baginya.” seratus kali sehari, pasti dihapuskan daripadanya 100 kesalahan, sekalipun sebanyak buah di lautan. (Sahih al-Bukhari, Muwatto’).
Wahai Tuhanku, ampunkanlah daku, terimalah taubatku,
sesungguhnya Engkau maha penerima taubat dan maha penyayang.

- Diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar katanya: Kami membilang untuk Rasulullah s.‘a.w dalam satu majlis sebanyak seratus kali: “Wahai Tuhanku, ampunkanlah daku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang.”(Sunan Abu Daud).


Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah
- Diriwayat daripada Abu Aiyub al-Ansori bahawa Nabi s.‘a.w bersabda: “Wahai Abu Aiyub, tidakkah kamu mahu, aku ajarkan kamu kalimah daripada khazanah syurga?” Aku menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah, demi bapaku dan ibu sebagai tebusan untukmu.” Sabda Rasulullah s.‘a.w Perbanyakkan sebutan: “Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah;” ia adalah khazanah syurga.” (Mu‘jam al-Tabarani al-Kabir, Sahih Ibn Hibban).
- Diriwayatkan daripada Abu Zar: “Kekasihku Rasulullah s.`a.w berpesan kepadaku dengan beberapa ciri kebaikan:· Pandang orang yang di bawahku dan tidak pandang orang yang di atasku;· Mengasihi dan mendampingi golongan miskin;· Menjalin hubungan persaudaraan sekalipun mereka menyisihkan aku;· Tidak mempedulikan celaan orang yang mencela demi kerana Allah;· Menyatakan kebenaran sekalipun pahit;· Memperbanyakkan menyebut: “Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah;” ia adalah daripada khazanah syurga.”(Al-Targhib wa al-Tarhib. Dinilai Sahih).

Tips, educate child, teenagers, adults in daily lifestyles.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


HACKER SAFE certified sites prevent over 99.9% of hacker crime.
 
..:: LARANGAN BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MABUK DAN JUNUB ::..
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."[Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa' :43]