Hidup, Amal & Akhir HayatKu Untuk ALLAH s.w.t.

RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA… Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Sunday, February 25, 2007

..:: Nilai Amalan ::..

Muslimin sekalian!

Marilah kita mendengar dan mengambil pengajaran daripada maksud satu hadis yang diriwayatkan oleh ulamak hadis di dalam hadis yang panjang; daripada seorang sahabat bernama Abdul Rahman bin Samrah katanya:

Suatu hari Rasulullah SAW datang kepada kami lalu bersabda: malam tadi aku telah bermimpi dengan satu mimpi yang menakjubkan. Aku lihat seorang lelaki di dalam perjalanannya, tiba-tiba diganggu oleh 'Malikil Maut' - malaikat yang menguruskan urusan mati - tiba-tiba datang amalan kebaikannya terhadap ibu bapanya menyelamatkan dia daripada 'Malikil Maut'.

Aku melihat seorang yang diganggu oleh satu rombongan syaitan untuk mengacaunya yang membuatkan dirinya menjadi cemas, tiba-tiba datang amalan zikirnya - amalan mengingati Allah SWT - lalu menghalau dan menyelamatkannya daripada syaitan tersebut.

Aku juga melihat seorang lelaki yang berada di tengah-tengah malaikat azab yang datang untuk membawanya ke neraka, tiba-tiba datang amalan sembahyangnya - yakni sembahyang lima waktu - menyelamatkannya dan membawanya ke tengah-tengah malaikat rahmat lalu dibawa ke syurga. Aku melihat seorang yang terjelir-jelir lidahnya kerana dahaga datang ke kolam 'al Khoudh' untuk meminum airnya, tatapi dia dihalau daripada meminumnya, tiba-tiba datang amalan puasanya membawa air kepadanya lalu dia meminumnya.

Aku lihat nabi-nabi berhimpun bersama pengikutnya masing-masing. Datang seorang lelaki untuk menyertai sama perhimpunan tersebut tetapi dihalau daripada menyertainya. Datang amalan mandi junubnya (mandi hadasnya) lalu membawanya ke dalam majlis tersebut.

Aku juga melihat seorang lelaki berada di dalam kegelapan, kanannya gelap, kirinya gelap, hadapannya gelap dan belakangnya gelap, beliau tidak tahu arah tujuan, tiba-tiba datang amalan haji dan umrahnya membawanya ke dalam cahaya yang meneranginya.

Aku lihat seorang yang diganggu oleh api neraka, dan panas bahang bakar neraka menghampirinya, tiba-tiba datang sedekahnya menyelamatkannya daripada bahang api neraka. Aku lihat seorang yang tidak ditegur oleh sesiapa, dia cuba menghampiri seseorang tetapi tidak dipedulikan, tiba-tiba datang amalan 'silatur rahimnya' - amalan menghubungkan tali persaudaraannya lalu menegurnya dan menghilangkan kesunyiannya.

Aku lihat seorang yang berada di dalam ketakutan menghadapi malaikat 'zabaniah' - malaikat yang menjaga neraka. Datang kepadanya amalan menyuruh perkara baik dan mencegah perkara mungkar yang dilakukannya, lalu menyelamatkannya daripada ketakutan terhadap malaikat zabaniah. Aku lihat seorang yang berjalan dengan lututnya di dalam kesukaran, di hadapannya 'hijab' - dinding, tidak dibenarnya menghadap Allah taala, tiba-tiba datang akhlaknya yang baik menghilangkan 'hijab' tersebut, kemudian dibenarkan bertemu dengan Allah taala.

Aku lihat seorang yang diberikan kitab suratan amalannya melalui tangan kirinya, tidak dibenarnya mengambil dengan tangan kanannya, tiba-tiba datang 'Khouful Allah' - perasaan takutnya terhadap Allah - yang ada di dalam dirinya lalu menolongnya mengambil suratan amalannya dengan tangan kanannya. Aku melihat seorang yang ditimbang amalannya di atas neraca timbangan. Amalan kebaikannya menjadi ringan dan dia di dalam serba salah. Datang kesungguhannya melakukan amalan menyebabkan amalan kebaikannya menjadi berat. Aku melihat seorang terhoyong-hayang hendak jatuh ke dalam neraka, tiba-tiba datang air matanya kerana menangis takutkan Allah menyelamatkannya daripada jatuh ke dalam neraka.

Aku melihat seorang gementar di atas 'titian sirat' yang terbentang di atas neraka, dan dia hampir-hampir jatuh ke dalamnya, tiba-tiba datang 'husnu dzon' - sangka baiknya terhadap Allah - maka hilanglah gementarnya dan selamat melalui 'titian sirat'. Aku melihat seorang merangkak dengan terlalu perlahan di atas sirat, tiba-tiba datang selawatnya ke atasku - ke atas nabi Muhamad SAW - dan menjadikannya kuat untuk berjalan pantas di atasnya. Dan aku melihat seorang yang telah hampir ke pintu syurga tiba-tiba pintu syurga ditutup - lalu datang dua kalimah syahadah yang diucapkan dengan yakin dan percaya menyebabkan pintu syurga dibuka semula dan dia dapat masuk ke dalamnya.

Muslimin sekalian!, Mimpi nabi dan rasul adalah wahyu yang benar daripada Allah taala. Hati mereka bukannya seperti hati manusia biasa. Hati mereka tidak berjaya ditimbusi oleh gudaan syaitan dan hawa nafsu. Maka segala perkhabaran yang disebut oleh Allah taala melalui mimpi nabi dan rasul adalah benar dan wajib dipercayai.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, menunjukkan kepada kita bahawa semua amalan soleh yang dilakukan di dunia ada ganjaran yang dijanjikan oleh Allah taala, dan dapat menyelamatkan daripada huru hara di hari akhirat. Semua amalannya yang dilakukan itu pula tidak akan memberi apa-apa guna kepada seseorang sekiranya tidak berakidah dengan akidah islam yang sebenar dan sekiranya menerima ideologi-ideologi dan fahaman-fahaman karut yang tidak diajar oleh Islam.

Dengan berbekalkan akidah yang mantap dan tidak ada kecacatannya, maka segala amalan kebaikan akan dapat dilihat di akhirat. Sebagaimana juga amalan kejahatan, kecil mana pun jika dilakukan akan dilihat di akhirat kelak.

..:: Petua Membelai Cinta Rumah Tangga::..

BACA BILA ADA KALUANGAN

INDAHNYA cinta jika bersulam keikhlasan. moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun ditengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang, membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati. Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?

Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan. "Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka. Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri.

Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan,bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai. Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula kehulu ke hilir menambah pendapatan suami. Walaupun hidup dalam serbakekurangan, insya-Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila.

Bagaimanapun hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang yang banyak. Apabila ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada wang abang sayang, takada duit abang melayang lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu adalah wang, yang disayang itu adalah kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman. Kerana yang diburu adalah wang dan harta, maka bila ada kedua-duanya di depan mata, si isteri akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati, ujarnya.

Beliau menambah, "Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang, ia memang berkait antara satu dengan yang lain. Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir. Sepatutnya utamakan nilai kasih dan sayang yang diberikan oleh suami atau isteri, justeru andai suatu hari kita ditimpa musibah dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah cepat melatah.

Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung. Ada pasangan yang hidup melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang banyak, namun ikatan kekeluargaan erat dan sendat dengan kasih dan sayang," jelasnya. Beliau tidak menafikan, wanita sekarang lebih ramai yang celik mata dan sedar tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki asal ada orang yang menguruskan rumah tangga sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajainya walaupun mereka mampu melakukan.

Wanita ketara sudah celik mata. Ini dapat diperhatikan dalam ceramah atau syarahan. Mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan kaum Adam. Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si isteri akan mudah terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan cara dan pendekatan yang betul. Sebaliknya si lelaki yang turut mendengar tetapi kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan memang sukar mengubah kesilapan.

WANITA - TULANG RUSUK YANG BENGKOK
Walaupun hakikatnya bahtera rumah tangga itu sepatutnya dikemudikan oleh si suami namun era kini menyaksikan lebih banyak wanita yang lebih sensitif mengekalkan kerukunan. Maknanya wanitalah yang lebih banyak bersabar, menelan pahit maung kekurangan pendapatan atau menghadapi kerenah suami yang kadang kala membosankan. Wanita sepatutnya berbangga dengan kejayaan ini walaupun asalnya daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok.

"Nabi bersabda, wanita itu dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok, maknanya jika dibiarkan sikapnya yang tidak elok, maka begitulah ia kekal selama-lamanya. Lantaran itu andai si suami ingin memberi nasihat, hendaklah secara psikologi dan lemah lembut sehingga yang bengkok itu akan lurus. Sebaliknya jika menggunakan kekerasan, maka tulang yang bengkok itu akan mudah patah atau pecah. Misalnya jika isteri pemarah, membebel dan cakap banyak, si suami anggap sahaja ia cubaan yang amat kecil. Allah berfirman, "Apa yang kamu tidak suka, itu adalah yang terbaik untuk kamu." Namun dengan perkembangan hari ini, nampaknya dunia sudah terbalik, si lelaki pula nampak gayanya banyak yang bengkok, selarnya.

CINTA DAHULU SEBELUM KAHWIN?
Memang ramai yang membincangkan dua perkara ini sama ada cinta dahulu sebelum berkahwin atau berkahwin dahulu baru bercinta. Ada orang bercinta lama, selepas kahwin berasa jemu pula. Mulanya pasangan masing-masing buat perangai. Ada pula sarankan, lepas kahwin baru bercinta, mereka dakwa pula lepas kahwin baru pecah tembelang pasangan masing-masing. Maknanya, tidak ada kaedah khusus, ia bergantung kepada jodoh masing-masing, dedahnya.

Beliau menambah, "Contohnya pasangan orang tua dahulu. Masing-masing tidak kenal tetapi keluarga aturkan perkahwinan. Lepas kahwin kita lihat mereka kekal sampai berpuluh-puluh tahun dan orang tua-tua dakwa cara begitu lebih baik. Sebenarnya itu bukan formula tetapi kebetulan. Maklumlah tinggal dikampung, pergaulan bukanlah seluas atau semoden golongan yang tinggal dibandar. Jika berlaku pergaduhan, si suami tidak sampai hati menceraikan isteri, begitu juga si isteri jika minta cerai pun ke mana diri hendak dibawa?" soalnya.

Sambungnya lagi, kedamaian hidup berumah tangga mesti dicatur sejak diawal perkenalan. "Mesti diselidik latar belakang pasangan kala peringkat pemilihan pasangan. Sekiranya pihak lelaki atau wanita mengikut kriteria yang dianjurkan oleh Islam, insya-Allah akan ada kerukunan dalam perkahwinan. Namun jangan tersilap memilih, konon berkenan pasangan yang kuat agamanya. Kita hendaklah memandang dengan pandangan yang luas, bukan setakat sembahyang, puasa atau berzakat sahaja yang patut diambil kira. Antaranya hendaklah menjurus kepada nilai peribadi seseorang. Misalnya kesanggupan penerimaan kita kepada kerenah, gelagat atau tingkah laku pasangan. Kadang kala perangai lelaki membosankan dan tidak kurang ada yang menyejukkan, jika kita terima daripada awal maka redhalah sehinggaakhirnya, kerana itulah suami atau isteri kita yang sebenar-benarnya.

LEPAS KAHWIN TERBONGKAR RAHSIA
Ditanya bagaimana mahu membelai cinta seandainya selepas berkahwin baru terbongkar rahsia keburukan pasangan, beliau mengulas. Memang sukar menelah kebaikan individu meskipun seseorang itu taat kepada ibadatnya. Pernah suatu ketika seorang lelaki menemui Saidina Omar dan berkata, bahawa diatelah memilih seorang lelaki untuk menjadi saksi. Lantas Saidina Omar bertanya, "Apakah engkau kenal lelaki itu?" Pemuda itu menjawab, "Tidak ya amirul mukmimin." Saidina Omar bertanya lagi. "Apakah engkau pernah bermusafir dengannya?" Orang itu jawab, "Tidak pernah," Bertanya lagi Saidina Omar, "Apakah engkau pernah berjiran dengannya? Orang itu menjawab, 'Tidak pernah.' Lantas ditanya Omar lagi, "Macam mana engkau kenaldia? Dijawab si pemuda. "Saya selalu tengok dia sembahyang maka yakinlah dia memang baik.' Omar berkata, "Engkau pergi dan selidiki lagi kerana engkau sebenarnya belum betul kenal kepadanya." Daripada kisah yang diriwayatkan maknanya, sekadar tengok seseorang sembahyang, berulang alik ke masjid atau membaca al-Quran belum bererti kita tahu perangai yang sebenar. "Seeloknya ajak dia bermusafir, baru tahu kedekut atau tidak. Berjiran dengannya, baru tahu perangai peribadi, dan jika berniaga bersama-samanya baru tahu amanah atau sebaliknya diri seseorang. Jika sudah kenal hati budinya barulah boleh dia dijadikan kawan atau saksi. Begitu juga apabila mencari pasangan, selidik dahulu latar belakang dan nilai peribadinya. Caranya dengan menghantar wakil atau orang tengah yang boleh diharapkan," sarannya.

Namun tidak dinafikan, apabila suami berubah sikap misalnya tidak lagi mesra seperti dahulu, tidak mahu bergurau senda apatah lagi memupuk kasihdan sayang si isteri akan makan hati dan menderita. Namun jangan sesekali dibiarkan sehingga meresap ke dalam hati dan perasaan yang akhirnya menjadi kebiasaan. Apabila suami buat perangai, cepat-cepat ditegur. Supaya dia segera sedar yang perbuatannya itu salah. Jika isteri terlalu sabar dan redha dibimbangi akan meresap ke dalam hati dan menjadi kesedapan kepadanya. Memang kenyataannya apabila menegur atau melembutkan hati suami, mereka akan lebih keras dan kasar. Gelagat perubahan ini lebih ketaraapa bila si suami sudah mula senang sedikit. Balik lewat malam, bersenang-senang dan makan-makan dengan teman-teman atau pergi berpoya-poya. Sebab itu dikatakan orang, wang sahaja membawa kebahagiaan tetapi mengheret kepada kecelakaan. "Cara untuk mengatasi masalah suami yang berubah hati, si isteri tidak boleh membentak. Kerana lelaki yang berperangai begini, hatinya sudah keras. Si isteri mesti menggunakan pendekatan dengan cara yang paling lembut sehingga mereka sedar.

"Tidak dinafikan apabila si isteri berlembut, perangai suami semakin menjadi-jadi. Bagaimanapun cuba kita fikirkan, kalau membentak akan timbul pula permusuhan yang berpanjangan. Silap hari bulan, sisuami memukul atau mendera si isteri. Diam isteri bukan bererti redha dan bersetuju dengan perangainya cuma sekasar mana pun lelaki, namun jauh disudut hati pasti mempunyai belas. Kasihan dengan si isteri yang cukup tenang, sabar dengan perangainya yang buruk," ujarnya.

Tambahnya lagi, "Ada masanya suami mesti disentak dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Misalnya seorang isteri yang sebelum ini banyak cakap tiba-tiba mogok. Lepas masak diam, lepas makan diam, hendak tidur pun diam, maknanya perangainya berubah menjadi pendiam. Mungkin dengan cara itu dia mampu meluahkan perasaannya daripada marah tidak tentu pasal kemudian dicop suami, dia derhaka. "Seperti kisah seorang pemuda yang menyatakan hasrat mahu berkahwin tetapi dihalang oleh emaknya. Jadi dia mogok, kalau melawan, bimbang menderhaka kepada orang tua dan dia takut masuk ke dalam api neraka. Lantas dia diam sahaja sepanjang masa. Tidak makan, tidak minum, tidak tidur, sembahyang sahaja yang dilakukan.

Lama-kelamaan ibunya bertanya, "Engkau sakit ke, asyik diam aja." Si anak menggelengkan kepala. Oleh sebab emak sayangkan anak, lantas disuruhnya si anak berkahwin. Barulah si anak bersemangat dan bahagia. Dalam kes ini si anak terselamat, tidak menderhaka kepada ibunya dan dapat pula berkahwin,"ceritanya.

TEGUR CARA BERHIKMAH
Ismail Kamus menambah, jika sukar atau tidak sampai hati menegur suami yang buat perangai, gunakan orang tengah. "Memang susah mencari yang boleh dipercayai tetapi itulah cabaran yang mesti dihadapi. Bagaimanapun cara penyampaian orang tengah itu biar betul dan kena caranya sehingga suami tidak menyalahkan si isteri. "Selain memberi nasihat, isteri hendaklah mohon kepada Allah dan bermunajat kepada-Nya tanpa jemu. Di samping itu bacalah surah Ali-Imran, ayat 83 yang maksudnya: "Apakah selain daripada agama Allah mereka cari, dan baginya, menyerahlah sesiapa yang di langit dan yang di bumi, secara sukarela dan terpaksa dan kepada-Nya jua mereka dikembalikan.

Ayat ini hendaklah dibaca sebanyak 1,000 kali sehari. Apabila hendak digunakan baca tiga kali dan tiup kepada orang yang berkenaan atau ditiupkan ke dalam air untuk diminum oleh orang tersebut. Mudah-mudahan, berkat doa dan air itu akan lembut hatinya."

Menjawab persoalan, bagaimana membelai cinta jika si suami asyik panas baran beliau menjelaskan. "Apabila suami baran, isteri kena sabar dan redha kerana itulah suami kita. Orang yang baran sebenarnya ada masalah. Jiwanya sakit tenat dan perlu diubati. "Perhatikan di mana kelemahan suami dan cari punca kenapa dia marah. Kemudian kita cari jalan supaya dia tidak marah. Umpamanya kalau isteri lambat masak, suami akan marah, jadi si isteri hendaklah menyegerakan memasak. Ataupun setiap kali balik kerumah, suami mesti hendak minum, jadi cari jalan cepat-cepat sediakan minuman. Ertinya kita hendaklah menutup segala punca kemarahan suami dan lama-kelamaan penyakitnya akan reda.

Kalau dia yang menyalakan api kemarahan, isteri hendaklah mendiam diri. Jangan sesekali marah kerana marah itu bukan milik kita tetapi haknya. Jika kita tentang kemarahannya, ia akan lebih cepat terbakar atau merebak. Lagipun api bukan lawannya api sebaliknya hendaklah disimbah dengan air supaya padam. "Untuk meredakan, amalkan surah Toha ayat satu hingga enam dan baca sebanyak 1,000 kali. Antara maksudnya, "Tha, Ha, (Hai manusia), tiada Kami turunkan al-Quran ini supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut (kepada Tuhan). Wahyu yang diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Tuhan yang Pemurah berkuasa di atas singgahsana. Kepunyaan-Nya apa yang ada dilangit, apa yang ada di bumi, apa yang ada di antara kedua-duanya dan apa yang ada di bawah tanah." Tiup kepada ubun-ubun atau mukanya sehingga kepusat sebanyak tiga kali. Insya-Allah akan lembut hatinya.

"Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menegur sesiapa sahaja yang masih mengabaikan rumah tangga sebaliknya hanya mahu berseronok dan berserakah, hendaklah segera bertaubat.

Nabi bersabda, Barang siapa yang telah melampaui 40 tahun namun kebaikannya tidak mengatasi kejahatan hendaklah dia bersiap sedia untuk masuk api neraka."

Dedah Ustaz penuh bermakna.

..:: Peringatan Besar Buat Kaum Wanita ::..

Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah.

Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masuk aku ke dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi SAW.

"Siapa yang dipintu itu?"

Maka sahut Siti Fatimah; "Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau ya Rasulullah".

Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang sangat.

Maka kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya;
"Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya, Rasulullah. apakah yang menyebabkan engkau menangis?"

Maka sabda Rasulullah SAW.;
"Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebakan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa".

Berkata Sayyidina Ali RA.;
"Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?"

Maka sabda Rasulullah SAW.;
Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya; dan

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih) segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan darahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar(menggelupur) seperti terkena penyakit yang besar; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya; dan lagi

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua itu beribu-ribu warna daripada azab; dan

Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api} daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka.

Kata Sayyidina Ali RA;
Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;
"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa mereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan berbagai-baga siksaan itu?"

Maka sabda Nabi SAW.;
Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia,

Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.

Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang lain] dengan tiada izin suaminya.

Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringan akan sembahyang.

Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).

Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.

Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki

SEMOGA MAMPU MEMBERIKAN PERINGATAN KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKELIAN.

Allahu A'lam

Friday, February 23, 2007

..:: 101 Doa Para Nabi Dan Rasul ::..


"Firman Allah s.w.t dalam Surah Fathir ayat 15, maksudnya..."
"Wahai sekalian manusia, kamu semua mengharapkan kepada Allah, sedangkan Allah s.w.t itu Maha Kaya (dari meminta kepada kamu)"


Dari: Samsul Rizal
Khamis, 6:15 pagi

Segala pujian tertentu bagi Allah s.w.t, Tuhan seluruh alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w, sahabat dan keluarga baginda.

Kepada rakan pembaca yang budiman,

Setiap kita pasti mengharapkan kasih sayang Allah s.w.t untuk mendapatkan sesuatu kebaikan atau mengelak sesuatu keburukan.

Sebenarnya kualiti doa itu dipengaruhi oleh kaedah doa itu sendiri, kesungguhan serta keikhlasan orang yang mengucapkannya.

Sesuatu doa itu akan dimustajabkan Allah apabila menepati waktunya, adabnya dan tentunya jika berpandukan kepada munajat para nabi, rasul dan golongan salihin sebelum kita.

"Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya..." "Doa itu senjata bagi orang Mukmin"

Kita memang sentiasa berdoa tetapi doa kita sering bebas tanpa panduan tertentu. Semua bangsa dan agama di atas muka bumi ini berdoa dengan cara mereka yang tersendiri. Apakah doa mereka sentiasa diterima Allah s.w.t lantas mereka berjaya membawa kemajuan hingga meneroka angkasa lepas dan menyelami dasar laut yang paling dalam?

Sedangkan umat Islam pula sering dikaitkan dengan kemiskinan dan kemelaratan, mangsa bencana alam seperti kemarau, banjir dan tsunami serta sering ditimpa kemalangan. Apakah doa umat Islam tidak didengari Allah s.w.t?

Soalnya sekarang ialah apakah doa kita sudah berkualiti? Sesungguhnya doa memberi kebenaran di dalam hati. Allah akan beserta dengan apa yang kita sangkakan dan apa yang kita pohon. Kita berusaha ke arah apa yang kita minta kerana hati kita telah mengiakan. Sebab itu keyakinan diri amat penting.

Mari kita lihat situasi ini. Seorang pengaksi lagak ngeri yang akan meniti tali yang diregang di antara dua buah bangunan tinggi dengan hanya memangku sepotong kayu panjang melintangi tali buat mengibangi tubuhnya. Dia kelihatan bongkok sedikit ke depan lalu merenung titik penghujung penitiannya dengan mata yang tajam. Kemudian dia perlahan-lahan tunduk berdoa, bertafakur sebentar sebelum memulakan penitian.

Sebenarnya dia sedang meletakkan keyakinan yang tinggi di dalam hatinya yang dia akan berjaya melintasi tali dengan selamat kerana ini adalah soal hidup dan matinya.

Latihan dan kemahirannya memang sudah mantap. Tetapi ada faktor lain yang dia perlu ambil perhatian. Dia perlu berdoa supaya angin tidak tiba-tiba menggoncang talinya. Atau ketika itulah gempa bumi berlaku yang akan menggoyangkan kedua-dua buah bangunan itu. Atau otot-otot kaki dan tangannya tiba-tiba tidak mahu berfungsi. Apa pun boleh berlaku!

Bagaimanapun adat alam menyatakan bahawa walau bagaimana mahir pun seseorang itu melakukan keajaiban di atas muka bumi ini, dari masa ke masa telah berlaku banyak kemalangan yang meragut nyawa. Sesiapa pun tanpa mengira kepercayaan, agama dan bangsa, ada doa kita yang dimakbulkan Allah dan ada doa kita yang yang tidak dimakbulkan Allah s.w.t.

Tetapi bagi orang Mukmin ada satu lagi senjata tambahan iaitu jika seandainya doa kita tidak dimakbulkan Allah s.w.t. di dunia, doa itu tetap akan dimakbulkan-Nya di akhirat,

"Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Nahl ayat 89, maksudnya..."
"...dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita mengembirakan, bagi orang Islam"

"Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Mai'dah ayat 5-16, maksudnya..."
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) daripada Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas dan nyata keterangannya. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaan-Nya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (keimanan) yang terang-benderang, dengan izin-Nya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka jalan yang lurus"

"Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Fussilat ayat 44, maksudnya..."
"Katakanlah (wahai Muhammad) al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan kegelapan yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)."

Buku ini mengandungi doa para nabi dan rasul yang terdapat di dalam Al-Quran. Doa mereka merupakan potongan ayat-ayat Al-Quran. Jadi bagi yang mengamalkan doa ini, kita berdoa dan membaca ayat Al-Quran pada masa yang sama. Al-Quran adalah sebaik-baik susunan ayat munajat kepada Allah s.w.t. Kata-kata ikhlas yang keluar daripada hati para nabi dan rasul adalah kata bimbingan dari pencipta alam, Allah s.w.t.

Sebaik-baik contoh doa ialah doa para nabi dan rasul kerana mereka adalah manusia maksum. Namun dalam pada itu para nabi dan rasul juga adalah seorang manusia seperti kita yang tertakluk kepada alam sekitar, tertakluk kepada panahan cahaya matahari dan bulan yang sama, mengalami lapar dan dahaga yang sama dan akhirnya mengalami kesusahan, sakit dan wafat juga seperti orang lain.

Kisah Rasulullah Berdoa
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa pernah berlaku musim kemarau pada zaman Rasulullah. Ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar pada hari Jumaat, seorang Arab Badwi bangkit, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, segala harta benda telah musnah. Seluruh ahli keluarga juga kelaparan. Berdoalah kepada Allah untuk kami agar Allah turunkan hujan."

Baginda lalu mengangkat kedua belah tangan. Pada waktu itu tidak ternampak tompokan-tompokan awan. Tiba-tiba awan seumpana buih berarak. Baginda masih tidak turun dari mimbar hinggalah kami melihat hujan mula menitis membasahi janggutnya. Seharian itu kami ditimpa hujan. Begitu juga keesokannya dan hari selepasnya sehingga tiba hari Jumaat seterusnya. Pada hari itu, Arab Badwi tempoh hari bangun lagi berkata: "Semua bangunan telah runtuh, harta benda juga telah ditenggelami air. Oleh itu, berdoalah kepada Allah untuk kami, wahai Rasulullah."

Baginda lalu menadah tangan ke langit, lalu berdoa, maksudnya, "Ya Allah, berilah manfaat kepada kami, dan janganlah jadikannya musibah kepada kami." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Pengajaran Daripada Kisah Ini
Daripada kisah di atas, rupa-rupanya untuk meminta sesuatu dari Allah s.w.t terdapat adab, cara dan kaedah yang tertentu. Antaranya adalah:-
  • Mengangkat kedua-dua belah tangan semasa berdoa.
  • Berdoa dengan penuh keikhlasan kepada Allah.
  • Berdoa dengan sabar menanti dimakbulkan Allah.
  • Menggunakan ayat yang ringkas dan padat.
Dalam Bab 1, buku ini ada menghuraikan sebanyak 26 adab-adab berdoa yang perlu dijaga untuk mendapat doa yang makbul.

Waktu-waktu Mustajab Berdoa
Menurut Ibn 'Atha, doa itu mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit untuk diterima Allah s.w.t.
Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawaduk.

Sayap-sayap doa itu adalah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu yang dimakbulkan doa.

"Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w, maksudnya..."
"Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar, apakah yang perlu saya baca? Jawab Rasulullah s.a.w, sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia. Kamu sukakan kemaafan. Jesteru, maafkanlah aku"
(Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibn Majah dan Al-Nasa'ie)

Malam Al-Qadar berlaku pada bulan Ramadan. Kemungkinan besar ia berlaku pada 10 malam terakhir bulan Ramadan berdasarkan kepada beberapa hadis yang menggesa para sahabat mencari malam Al-Qadar pada sepuluh malam terakhir.
Tetapi malam Al-Qadar bukan satu-satunya waktu yang mustajab untuk berdoa. Di dalam Bab 2 buku ini ada dihuraikan 16 waktu-waktu mustajab untuk berdoa.

Adab-adab Beramal Dengan Ayat-ayat Allah
"Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya..."
"Bacalah olehmu Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya"
(Hadis Riwayat Muslim)

Menurut Al-Imam Al-Ghazali, membaca Al-Quran akan mendatangkan pelbagai faedah. Untuk memperolehi kelebihan-kelebihan tersebut, seseorang itu hendaklah memenuhi adab-adab tertentu. Seperti yang dihuraikan dalam Bab ke-3 buku ini, di antara adab-adabnya ialah:-
  • Membaca dalam keadaan berwuduk.
  • Berinteraksi dengan ayat-ayatnya.
  • Membaca dengan mentadabbur maksud ayat-ayat itu.
  • Membaca dengan niat untuk mengkhatamkannya.
  • Memulakan membaca Al-Quran dengan ta'awwuz.
Doa Daripada Ayat Al-Quran
Bab ke-4 iaitu bab yang terakhir dalam buku ini merupakan kemuncak bagi buku ini. Bab ini menghimpunkan 101 Doa Para Nabi Dan Rasul Dalam Al-Quran beserta keterangan ayat, khasiat dan kaifiat beramal dengan doa tersebut.

Susunan doa-doa ini adalah mengikut tertib surah yang terkandung di dalam Al-Quran.

Kelebihan yang ada pada buku ini ialah setiap doa akan disandarkan kepada keterangan berkaitan latar belakang ayat dan kelebihan beramal dengan ayat-ayat tersebut berdasarkan sumber-sumber daripada kitab-kitab tafsir terkemuka karangan salaf dan khalaf seperti Tafsir Ibn Kathir, Al-Durrul Manthur, Al-Qurtubi, Adwa�ul Bayan, Fi Zilalil Quran, Al-Baidhawi, Al-Fakhrurrazi, Ibn Abi Hatim dan Al-Tabari.

Himpunan doa-doa yang terkandung dalam bab ini adalah:-
Surah Al-Fatihah ibu segala doa, penawar segala masalah.
Doa agar menjadi hamba yang taat.
Doa semasa ditimpa musibah.
Doa untuk kebaikan dunia akhirat.
Doa agar diberi kesabaran dan kekuatan.
Ayat Al-Kursi: untuk menghindari perbuatan pukau dan sihir.
Ikrar orang-orang beriman.
Memohon keampunan atas kekurangan diri.
Memohon ketetapan hati dalam hidayah.
Doa untuk mendapatkan semula barang yang hilang.
Doa memohon keampunan.
Doa agar dapat membayar hutang.
Doa untuk bayi yang baru lahir.
Doa untuk mendapat zuriat.
Doa agar tergolong dalam kalangan orang beriman.
Doa pada kenderaan bermasalah.
Doa memohon pertolongan semasa menghadapi musuh.
Doa apabila menghadapi tekanan dan stress.
Doa golongan shuhada ketika memasuki syurga Allah s.w.t.
Doa agar selamat daripada golongan yang zalim.
Doa agar dimasukkan ke dalam golongan orang beriman.
Doa Nabi isa a.s. agar beroleh rezeki.
Doa Iftitah.
Doa ketika menyaksikan sembelihan Aldiladha.
Doa memohon keampunan dan rahmat Allah s.w.t.
Doa pembuka majlis.
Doa agar terselamat daripada golongan orang jahat.
Doa agar memohon Allah s.w.t. membalas hukuman.
Doa memohon kesabaran dan mati dalam iman.
Doa Nabi Musa untuk dirinya dan Nabi Harun.
Doa agar terselamat daripada sifat lalai manusia.
Kelebihan At-Ta'awwuz untuk menghalau syaitan.
Doa memohon dicukupkan keperluan.
Adab menutup doa.
Doa menghindari sihir dan ilmu hitam.
Doa memohon dijauhi angkara kezaliman.
Zikir minta hujan.
Doa agar beroleh rezeki.
Doa ketika menaiki kenderaan di air.
Doa Nabi Nuh memohon keampunan kerana meminta perkara yang tidak diketahuinya.
Doa agar selamat dari godaan wanita.
Doa Nabi Yusuf agar mati dalam Islam.
Doa Nabi Ibrahim agar tempat tinggalnya menjadi aman.
Doa Nabi Ibrahim agar keluarganya mendapat keampunan.
Doa untuk kesejahteraan ibu bapa.
Doa agar beroleh tempat tinggal yang baik.
Doa agar beroleh keselamatan.
Ucapan syukur dan takjub pada nikmat Allah s.w.t.
Doa memohon perlindungan Allah daripada segala kejahatan.
Kaf Ha Ya Ain Sad Memohon perlindungan Allah.
Doa agar difasihkan lidah dan dilapangkan dada untuk berkomunikasi.
Doa memohon ditambah ilmu.
Ayat penawar daripada api dan rasa sakit.
Doa agar beroleh kefahaman dan kuat ingatan.
Doa Nabi Ayyub ketika ditimpa penyakit kronik.
Doa Nabi Yunus ketika dalam kesusahan (perut ikan).
Doa Nabi Zakaria agar mendapat zuriat.
Doa ketika berhadapan dengan perkara yang rumit.
Doa Nabi Nuh agar terselamat daripada ribut taufan.
Doa agar dijauhkan daripada orang yang zalim.
Doa agar terselamat daripada gangguan syaitan.
Doa agar mendapat keampunan dan kerahmatan.
Penawar pelbagai penyakit.
Doa selesai Tasyahud akhir.
Doa agar selamat daripada azab neraka.
Doa agar beroleh pasangan dan anak-anak yang baik.
Doa selepas wuduk.
Doa agar tergolong dalam golongan yang soleh.
Doa Nabi Ibrahim agar selamat daripada penghinaan.
Doa Nabi Lut agar selamat daripada ahli maksiat.
Doa Nabi Sulaiman agar menjadi hamba yang bersyukur.
Doa Nabi Musa agar mendapat keampunan.
Doa Nabi Musa agar selamat daripada kaum yang zalim.
Doa Nabi Musa memohon perlindungan Allah.
Doa Nabi Lut agar mendapat pertolongan terhadap golongan yang ingkar.
Zikir setiap pagi yang petang.
Doa agar dicukupkan keperluan.
Doa agar dihilangkan perasaan sedih.
Doa Saad bin Abi Waqqas agar tentera Islam dapat menyeberangi lautan.
Doa Nabi Ibrahim agar dikurniakan anak yang soleh.
Doa agar berat timbangan amalan kebaikan.
Doa agar menjadi orang yang taat.
Doa Nabi Muhammad s.a.w dalam qiyamullail.
Penawar bagi hati yang gemar membuat maksiat.
Doa para malaikat kepada orang yang beriman.
Doa Sayidina Umar r.a ketika kemarau.
Doa agar mensyukuri nikmat Allah.
Kelebihan berdoa dengan Al-Asma Al-Husna.
Doa memohon keampunan diri sendiri dan generasi terdahulu.
Terapi daripada gangguan jin.
Doa agar selamat daripada fitnah.
Kelebihan ayat seribu dinar.
Doa agar dikurniakan nur.
Doa agar terselamat daripada seksa kubur.
Doa apabila menderita sakit gigi.
Doa agar Allah menghukum kaum yang ingkar.
Doa agar beroleh kelapangan hati.
Doa agar dipermudahkan urusan.
Surah yang menjadi penawar kepada pelbagai masalah.
Penawar daripada gangguan sihir.
Penawar daripada gangguan jin.

Wednesday, February 21, 2007

..:: Dosa Yang Lebih Hebat Dari Berzina ::..

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.

Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa as terkejut. "Saya takut mengatakannya. " jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa. Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya ......telah berzina." Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun......lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....... cekik lehernya sampai...... tewas", ucap wanita itu seraya menagis sejadi-jadinya. Nabi musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia menghardik," Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau di bawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertobat dari dosanya?

Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya? " Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya
kepada Jibril.

"Betulkah ada dosa yang lebih besar dari pada perempuan yang nista itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran. "Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa
menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina". Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyadari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya.

Dikutip dari buku 30 kisah teladan - (KH Abdurrahman Arroisy) Dalam hadist Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an,
membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah.

Dalam hadist yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akherat berbandingannya adalah seribu tahun di dunia. Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadist Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah.

..:: Siksa Kubur ::..

Wednesday, February 14, 2007

..:: Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s ::..

...budaya dan amalan meraikan Valentine’s Day adalah dilarang sama sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat...

Pendahuluan
Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai di kalangan masyarakat kita khususnya generasi muda, sekitar akhir tahun 1980-an kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada orang yang dicintai atau dikasihi. Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program TV yang ditayangkan atas nama “Valentine’s Special”. Di samping itu, jika kita tinjau persiapan yang dilakukan oleh golongan yang meraikannya, didapati mereka sibuk memilih kad-kad ucapan Hari Kekasih, menempah cenderahati, jambangan bunga dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut bersama pasangan masing-masing. Pihak hotel pula menawarkan pakej-pakej istimewa seumpama ‘Makan Malam Hari Kekasih atau Hidangan Makan Malam Romantik’ dan sebagainya yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari Kekasih. Namun, apa yang membimbangkan sejak kebelakangan ini ialah pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasangpasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.

Sejarah Permulaan Valentine’s Day
Kebanyakan masyarakat khususnya generasi muda pada hari ini, hanya mengikut apa sahaja yang datang dari barat tanpa mahu mempersoalkan sama ada Valentine’s Day wajar disambut ataupun tidak. Sebenarnya, Valentine’s Day mempunyai hubungan yang rapat dengan sejarah, tradisi dan ajaran Kristian. Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Valentine’s Day :

i. Valentine’s Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

ii. Pendapat kedua menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius

II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai symbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

iii. Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s Day diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.
Hujjah dan Dalil
Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T;

Bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (al-Kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. :
Bermaksud : “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Valentine’s Day adalah dilarang sama sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat.
Di dalam Islam, usaha untuk memupuk kasih sayang tidak semestinya dilakukan hanya pada hari tersebut sahaja kerana cinta merupakan satu proses yang berpanjangan dan berterusan sehingga seseorang menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.

Sunday, February 11, 2007

..:: Dua Makarimul Aqhlaq (The Honorable Morals) ::..

..:: Dua-e-Tawassul (English translation) ::..

..:: Pray Upon the Prophet (saw) - Sami Yusuf Nasheed ::..

..:: Duaa Nabi Muhammad s.a.w ::..

..:: Sheikh Sudais - Dua Khatam Quran Part 3 ::..

..:: Sheikh Sudais - Dua Khatam Quran Part 2 ::..

..:: Sheikh Sudais - Dua Khatam Quran Part 1 ::..

..:: Dua Qunut - Dari UAE Qari ::..

..:: Sheikh Abdel Karim - Witir Dua Qunut P2 ::..

..:: Sheikh Abdel Karim - Witir Dua Qunut P1 ::..

..:: Al-Afasy - Ayat-ul-Kursi ::..

..:: Mishary Rashid - Surah Ikhlas [10 bacaan] ::..

..:: Fahad Saalim Al Kanderi - Surah Fatiha

..:: Surah Al Qiyamah ::..


Tips, educate child, teenagers, adults in daily lifestyles.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


HACKER SAFE certified sites prevent over 99.9% of hacker crime.
 
..:: LARANGAN BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MABUK DAN JUNUB ::..
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."[Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa' :43]