Hidup, Amal & Akhir HayatKu Untuk ALLAH s.w.t.

RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA… Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Tuesday, June 24, 2008

..:: Selawat Selanjutnya ::..

..:: Doa Menghadapi Tekanan ::..

اللهُمَّ إِنِّي أَشْكُوْ إِلَيْكَ ضَعْفَ قُوَّتِي وَقِلَّةَ حِيْلَتِي وَهَوَانِي عَلَى النَّاسِ
Ya Allah! Sesungguhya daku mengadu padamu akan kelemahan upayaku, kurang usahaku dan hinanya aku di kalangan manusia

يَا رَبَّ العَالَمَيْنَ ، أَنْتَ رَبُّ المُسْتَضْعَفِيْنَ ،وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ ، وَأَنْتَ رَبِّي
Wahai Tuhan sekalian alam, Engkaulah Tuhan golongan yang lemah, Engkaulah yang Maha Mengasihani, dan Engkaulah Tuhanku

إِلَى مَنْ تَكِلُنِي ، إِلَى بَعِيْدٍ يَتَجَهَّمُنِي أَمْ عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أَمْرِي ؟
Kepada siapa Engkau serahkan aku, di kejauhan aku disisihkanatau kepada musuh yang diberikan kuasa padanya untuk menggagalkan urusanku?

إِنْ لَمْ يَكُنْ بِكَ غَضَبٌ عَلَيَّ فَلا َ أُبَالِي ،غَيْرَ أَنَّ عَافِيَتَكَ هِيَ أَوْسَعُ لِي
Tidaklah mengapa jika Engkau tidak murka padaku,tetapi aku lebih mengharapkan naungan kesejahteraan daripadaMu

أَعُوْذُ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِي أَشْرَقَتْ لَهُ الظُّلُمَاتُ ،وَصَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الُّدُنْيَا وَالآخِرَةِ
Aku mohon berlindung dengan nur “wajah”Mu yang menerangi kegelapandan memperelokkan urusan dunia dan akhirat

أَنْ يَحِلَّ عَلَيَّ غَضَبُكَ أَوْ أَنْ يَنْزِلَ بِي سَخَطُكَ
Lindungilah daku dari kemurkaanMuatau apa yang mungkin menimpaku disebabkannya

لَكَ العُتْبَى حَتَى تَرْضَى
Hanya kepada Engkaulah aku pasrahkan diri sehingga Engkau redha

وَلاَ حَوْلَ وَلا َقُوَّة َإِلا َّ بِالله
Sesungguhnya tiada daya-upaya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah
****
Mengapa doa ini?
Peristiwa2 yg menggembirakan dan memnyedihkan di sepanjang sepuluh Tahun telah berakhir ..Dalam tahun ini Nabi Muhammad SAW kehilangan dua pembela dan penyokong besar. Pertama, wafatnya Abu Talib, iaitu pemimpin keluarga Abdul Muttalib, pembela terkemuka Nabi SAW dan orang terkemuka Quraisy.Pedihnya tragedi ini masih segar di hati Nabi Muhammad SAW ketika disusuli
dengan kematian isterinya yang tercinta Khadijah yang semakin memburukkan lagi kepedihan itu. Abu Thalib adalah pelindung hidup dan kehormatan Nabi, semetara Khadijah mengabdi pada Islam dengan hartanya yang melimpah. Sejak awal Tahun ke sebelas kenabian Nabi SAW mengalami susana penuh permusuhan dan dendam terhadapnya.
Nyawanya terancam terus menerus dan Baginda tidak memeperolehi peluang utk berdakwah. Beberapa hari selepas kematian Abu Thalib seorang Quraisy melemparkan kotoran ke kepala Nabi SAW...Memandangkan susana getir di Mekah Nabi mengutuskan pergi ke kawasan lain. Ketika itu Thaif sedang membagun.
Baginda mengambil keputusan pergi ke sana untuk menghubungi pemimpin suku Thaif untuk mengajaknya masuk Islam....Di sana Baginda menerangkan agama Tauhid dan meminta bantuan dan sokongan. Namun seruan itu Baginda di tolak. Pembesar di sana menentang Baginda dan menghasut org-org bodoh dan juga berfikiran sempit. Nabi SAW dikepung dan dihalau..Baginda pun keluar dari Thaif dan berlindung di sebuah kebun ......Penduduk Thaif berhenti mengejar Nabi Muhammad SAW. Badan Baginda luka kerana dilempar batu-batu. Baginda pun berdoa dengan lafaz di atas. Doa tersebut merupakan luahan hati Baginda yang telah menempuh lima puluh tahun umurnya
dengan kehormatan dan martabat yang tinggi di bawah perlindungan para penyokong yang sedia berkorban.
Tetapi kini Baginda terpaksa menempuh dugaan yang besar.

..:: Zikir Adalah Suatu Disiplin ::..


Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

- Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Nabi s.‘a.w bersabda: Sesiapa yang membaca: “Qulhuwallahu ahad...” pada setiap hari, pasti dihapuskan dosanya 50 puluh tahun melainkan jika ia menanggung hutang.


Wahai Tuhanku, limpahkanlah rahmat kesejahteraan ke atas junjungan kami,Nabi Muhammad dan seluruh keluarga junjungan kami, Nabi Muhammad;sebagaimana telah Engkau limpahkan rahmat kesejahteraan kepada junjungan kami,
Nabi Ibrahim dan kepada keluarga junjungan kami, Nabi Ibrahim.Dan limpahkan keberkatan terhadap junjungan kami, Nabi Muhammad dan terhadap keluarga junjungan kami, Nabi Muhammad;sebagaimana telah Engkau limpahkan keberkatan kepada junjungan kami,Nabi Ibrahim dan keluarga junjungan kami Nabi Ibrahim;di kalangan penghuni seluruh alam semesta. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia.

- Diriwayatkan daripada Abu Darda’ r.‘a. katanya: Rasulullah s.‘a.w. bersabda: “Sesiapa berselawat ke atasku waktu pagi sepuluh kali, dan waktu petang sepuluh kali, ia akan mendapat syafaatku pada hari kiamat nanti.”
(Riwayat al-Tabaraniy).

Maha Suci Allah, dan segala puji bagi Allah.Tidak ada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar.


- Diriwayatkan daripada Amr bin Syu‘aib daripada bapanya bahawa datuknya r.‘a. berkata: Rasulullah s.‘a.w. bersabda: “Sesiapa bertasbih seratus kali pada waktu pagi dan seratus kali pada waktu petang, ia diumpamakan seperti orang yang mengerja haji seratus kali. Sesiapa mengucapkan alhamdulillah seratus kali pada waktu pagi dan seratus kali pada waktu petang, ia adalah seperti orang yang menyediakan seratus ekor kuda dalam perang di jalan Allah; atau sabda baginda: … ia bagaikan orang yang berperang seratus kali. Sesiapa bertahlil (mengucapkan lailaha illallah) seratus kali pada waktu pagi dan seratus kali pada waktu petang, ia adalah seperti orang yang memerdekakan seratus hamba daripada keturunan Ismail. Sesiapa bertakbir (mengucapkan Allahuakbar) seratus kali ketika pagi dan seratus kali ketika petang, maka tiada siapa yang lebih banyak berzikir daripadanya pada hari itu, kecuali orang yang berzikir sepertinya atau lebih banyak. (Riwayat al-Tirmiziy, menurut beliau hadis ini dinilai Hasan. Al-Nasa’iy juga meriwayatkan seumpamanya).


- Diriwayatkan daripada Ummu Hani’ r.‘a. bahawa Rasulullah s.‘a.w. bersabda kepadanya: “Wahai Ummu Hani’, apabila pagi, hendaklah engkau bertasbih seratus kali, bertahlil seratus kali, bertahmid (mengucap alhamdulillah) seratus kali dan bertakbir seratus kali, kerana sesungguhnya seratus tasbih bagaikan seratus ekor unta yang engkau korbankan dan seratus tahlil menghapuskan dosa sebelum dan selepasnya.” (Riwayat al-Tabaraniy).





Tidak ada tuhan selain Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya,bagiNya segala kerajaan dan puji. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Allah berkuasa terhadap segala-galanya.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.‘a.w bersabda: Sesiapa yang membaca: “Tidak ada tuhan selain Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan puji. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Allah berkuasa terhadap segala-galanya;” sehari 100 kali, ia mendapat ganjaran memerdekakan 10 orang hamba, ditulis baginya 100 kebaikan, dihapuskan daripadanya 100 kejahatan, dan ia mendapat perlindungan daripada syaitan pada hari itu sehinggalah waktu petang. Tiada siapa yang membawa sesuatu yang lebih afdhal daripadanya melainkan seseorang yang beramal lebih daripada itu. (Sunan al-Tirmiziy).


- Diriwayatkan daripada Abu Aiyub r.‘a. bahawa Nabi s.‘a.w. bersabda: “Sesiapa membaca pada waktu pagi: ”Tidak ada tuhan selain Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan puji. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Allah berkuasa terhadap segala-galanya;” sebanyak sepuluh kali, Allah menulis untuknya setiap satu yang dibacakan itu sepuluh kebajikan, menghapuskan daripadanya sepuluh kejahatan dan mengangkatnya sepuluh darjat. Semua itu adalah seperti memerdekakan sepuluh orang hamba. Ia juga menjadi senjata dari awal hari sehingga kepenghujungnya. Sebarang perbuatan lain tidak dapat menandinginya. Jika ia membacanya pada waktu petang, maka begitulah juga kelebihannya.” (Riwayat Ahmad, al-Tabaraniy, Sa‘id bin Mansur dan imam-imam hadis yang lain).



“Maha suci Allah yang maha agung dan segala puji-pujian baginya.”(Kami memahasucikan Allah daripada segala kekurangan sambil memujiNya)

- Diriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya: Sabda Rasulullah s.‘a.w: “Sesiapa yang menyebut pada waktu pagi: “Maha suci Allah yang maha agung dan segala puji-pujian baginya;” seratus kali, juga pada waktu petang, tiada mana-mana makhluk yang membawa bahagian disempurnakannya lebih baik daripada bahagian yang ia perolehi.” (Sunan Abu Daud).

- Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.‘a.w bersabda: “Sesiapa yang menyebut: “Maha suci Allah yang maha agung dan segala puji-pujian baginya.” seratus kali sehari, pasti dihapuskan daripadanya 100 kesalahan, sekalipun sebanyak buah di lautan. (Sahih al-Bukhari, Muwatto’).
Wahai Tuhanku, ampunkanlah daku, terimalah taubatku,
sesungguhnya Engkau maha penerima taubat dan maha penyayang.

- Diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar katanya: Kami membilang untuk Rasulullah s.‘a.w dalam satu majlis sebanyak seratus kali: “Wahai Tuhanku, ampunkanlah daku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang.”(Sunan Abu Daud).


Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah
- Diriwayat daripada Abu Aiyub al-Ansori bahawa Nabi s.‘a.w bersabda: “Wahai Abu Aiyub, tidakkah kamu mahu, aku ajarkan kamu kalimah daripada khazanah syurga?” Aku menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah, demi bapaku dan ibu sebagai tebusan untukmu.” Sabda Rasulullah s.‘a.w Perbanyakkan sebutan: “Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah;” ia adalah khazanah syurga.” (Mu‘jam al-Tabarani al-Kabir, Sahih Ibn Hibban).
- Diriwayatkan daripada Abu Zar: “Kekasihku Rasulullah s.`a.w berpesan kepadaku dengan beberapa ciri kebaikan:· Pandang orang yang di bawahku dan tidak pandang orang yang di atasku;· Mengasihi dan mendampingi golongan miskin;· Menjalin hubungan persaudaraan sekalipun mereka menyisihkan aku;· Tidak mempedulikan celaan orang yang mencela demi kerana Allah;· Menyatakan kebenaran sekalipun pahit;· Memperbanyakkan menyebut: “Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah;” ia adalah daripada khazanah syurga.”(Al-Targhib wa al-Tarhib. Dinilai Sahih).

..:: Selawat Nabi ::..


Suatu ketika, seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW yang sedang duduk di dalam masjid. Beliau berkata: “Salam sejahtera kepada kamu wahai ahli kemuliaan yang tinggi dan pemurah yang disanjungi. Lalu Rasulullah memberi tempat duduk kepada beliau di antara Baginda dan Abu Bakar RA. Orang ramai yang hadir merasa hairan dengan tindakan Rasulullah mendahulukan lelaki tersebut. Kemudian Rasulullah memaklumkan: “Jibril telah memberitahu kepadaku bahawa beliau telah berselawat kepadaku dengan lafaz selawat yang belum pernah diungkapkan oleh sesiapapun sebelum beliau.” Lalu Abu Bakar bertanya: “Bagaimanakah lafaz selawat beliau?” Rasulullah pun menyebut lafaz selawat lelaki berkenaan:اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ فِي الأَوَّلِيْنَ وَالآخِرِيْنَ، وَفِي الْمَلأِ الأَعْلَى إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِYa Allah, berikanlah restu kepada Muhammad dan keluarga Baginda di kalangan golongan terawal dan golongan terkemudian serta golongan tertinggi sehingga hari Qiamat.[Riwayat al-Sya`rani di dalam Kasyf al-Ghummah; al-Sakhawi di dalam al-Qaul al-Badi’]

Lihat:*Nuzhah al-Majalis wa al-Muntakhab al-Nafais, Abdul Rahman bin Abdul Salam al-Sofuriy
*Afdhal al-Solawat ‘ala Saiyid al-Sadat SAW, al-Qadhi al-Syaikh Yusuf bin Isma‘il al-Nabhani.


Kelebihan Selawat:

- Diriwayatkan daripada ‘Abdul bin Mas‘ud RA: Sabda Rasulullah SAW: “Orang yang lebih utama (dekat) denganku pada hari Qiamat ialah orang yang banyak berselawat kepadaku.” (Dikemukakan oleh al-Tirmizi dengan menilainya Hasan dan Ibn ‘Asim).

- Daripada Anas bin Malik RA: Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali dan menghapuskan sepuluh kesalahannya.” (Riwayat Imam Ahmad).

- Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang sukar menunaikan hajatnya, hendaklah ia memperbanyakkan selawat ke atasku. Sebab ia melapangkan kebimbangan, kedukacitaan, kesusahan, memperbanyakkan rezeki serta menunaikan hajat.” (Menurut al-Sayuti hadis ini adalah Sahih).

- Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang ditimpa suatu kesusahan, hendaklah ia memperbanyakkan selawat ke atasku. Sebab ia menguraikan simpulan dan melapangkan kesukaran.”

Sumber:
Afdhal al-Solawat ‘ala Saiyid al-Sadat SAW, al-Qadhi al-Syaikh Yusuf bin Isma‘il al-Nabhani.

Monday, June 16, 2008

..:: Amalan Yg Ringkas

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai Islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin .
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku..... AMIN.

..:: Menghentikan Pendarahan Dalaman ::..

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Insyakallah…

..:: Sakit Kepala "Migraine" ::..

1. Baca Al-Fateha (1 x )
2. Baca Surah Al-Ikhlas (3xs )
3. Baca Surah Yassin ayat ke 58 'Sala mun Qaulan Minrabbirrahim' (3xs )
4. Baca Selawat Nabi (3xs )

Setelah dibaca ayat di atas, tiupkan di tapak tangan dan sapu di kepala sementara. Berulang tindakkan di atas berterusan sampai rasa lega. Insyakallah.

..:: Amalan Kita Bersama ::..

'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim... Bismillahirrahmanni rrahim'
Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat diatas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad. ) sebanyak 3kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama(ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolatakan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:'Barang siapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur' an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus Kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jusAl-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika Saya (Rasulullah SAW) israk kelangit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga kebarat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
'Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, AlLahus Somad itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwanahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

..:: Rahsia SOLAT ::..

Assalamua'laikum wr wb......... .

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.
· Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
· Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
· Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari.. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
· Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Sunday, June 08, 2008

..:: Adab Menziarahi Orang Sakit ::..

* Jangan duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana perbuatan ini boleh mengganggunya.
* Apabila berada di sisinya, hendaklah sentuh dan pegang tangannya. Kemudian letakkan tangan pada dahinya serta tanya mengenai penyakit dan keadaannya.
* Berdoa supaya dia segera sembuh.* Ceritakan kelebihan sakit yang dialami sahabat, rasul dan nabi serta orang beriman supaya pesakit itu tidak berasa gelisah dengan kesakitan dialaminya.
* Berikan nasihat yang baik serta ucapkan perkataan yang dapat meredakan kesakitannya seperti "bersabarlah, kesakitan ini adalah satu ujian."
* Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang disediakan untuknya.
* Sunat dibacakan doa untuknya, seperti dalam hadis yang dinyatakan at-Tirmidzi yang bermaksud: "Ya Allah, hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit."

..:: Pahala Mengerjakan Haji Untuk Orang Tua ::..

Dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak kedua ibu bapanya, atau melunaskan hutang mereka maka dia akan dibangkitkan di Hari Kiamat bersama dengan Al-Abrar (orang-orang yang dekat dengan Allah swt)”.

Dari Jabir bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak ayahnya atau ibunya maka dia telah menyempurnakan Hajinya dan mendapat pahala sepuluh Haji”.
Dari Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang lelaki itu mengerjakan Haji untuk kedua ibu bapanya maka akan diterima ibadah Haji tersebut dari dia dan dari kedua ibu bapanya serta disampaikan berita gembira kepada ruh-ruh ibu bapanya dan ditulis di sisi Allah sebagai satu kebajikan”. Hadis ini bermaksud anak tersebut mengerjakan haji sebanyak dua kali, sekali untuk ayahnya dan sekali untuk ibunya maka dia dapat melunaskan kewajipan Haji ibu dan bapanya serta dia mendapat pahala dari ibadah Hajinya itu.

...:: Penawar Kepenatan ::..

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.
Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi memban tutugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.
Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.
Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.
Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah. s. a.w. ini.
Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."
Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkanmata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)"
Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Tips, educate child, teenagers, adults in daily lifestyles.



My blog is worth $0.00.
How much is your blog worth?


HACKER SAFE certified sites prevent over 99.9% of hacker crime.
 
..:: LARANGAN BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MABUK DAN JUNUB ::..
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun."[Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa' :43]