Tuesday, October 10, 2006
..:: Rahsia & Kelebihan Kayu KOKKA ::..
Sepertimana kita sedia maklum, Platinum, Emas dan Perak merupakan antara bahan logam yang paling berharga. Platinum merupakan logam yang paling mahal dan antara kelebihan yang ada padanya adalah kemampuan menyingkirkan haba. Bagi wanita misalnya, Emas adalah sangat tinggi nilainya. Antara logam yang bernilai tinggi dalam industri pembinaan pula adalah Titanium yang digunakan untuk membina pesawat dan seumpamanya kerana ia keras dan ringan. Terdapat pelbagai logam lain yang mempunyai kelebihannya tersendiri. Namun dalam kebanyakan logam, magnet atau besi berani adalah logam yang paling aneh dan unik.
Di dalam kategori kayu pula, kajian saintifik mendapati Tongkat Ali mengandungi khasiat sebagai penawar bagi menguatkan tenaga dalam tubuh badan manusia. Terdapat juga pelbagai jenis akar dan kayu yang boleh dijadikan ramuan sebagai penawar dan penyembuh penyakit. Kayu Tas pula mempunyai kelebihan sebagai pelindung sepertimana yang digunakan oleh pengendali pertunjukkan sarkis bagi menakut dan menundukkan binatang buas. Manakala kayu Kokka pula merupakan kayu paling tinggi mutunya dalam segala jenis kayu yang terdapat di muka bumi ini. Ianya telah digunakan sejak zaman Nabi-nabi yang terdahulu. Contohnya seperti bahtera Nabi Nuh AS, tongkat Nabi Musa AS dan Nabi Syuaib AS diperbuat daripada kayu Kokka.
Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah hanya kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan.
Kayu Kokka terdapat padanya pelbagai rahsia dan kelebihan sebagai penawar, penyembuh dan pelindung. Apatah lagi jika diguna pakai dalam bentuk Tasbih. Kayu Kokka juga boleh menjadi lebih tinggi harga dan nilainya dari masa ke semasa. Kayu Kokka wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana perlunya kotak ‘First Aid’ sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat.
Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang telah memakainya:
- Rumah yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya Allah.
- Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.
- Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum, insya Allah sembuh.
- Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.
- Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.
- Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum. Insya Allah aman dan sembuh segera.
- Termakan santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah sembuh.
- Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
- Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala bisanya.
- Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.
- Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.
- Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan, alhamdulillah.
- Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya, insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.
Akan bertambah lagi khasiatnya jika digunakan sebagai tasbih untuk berzikir.
Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.Semoga dapat dimanfaatkan demi Agama, Keluarga, Bangsa dan Negara.
2001 © Darul Nu'man.
..:: Fadhilat Ayat Suci AL-QURAN ::..
Menghentikan Anjing Menyalak
Baca surah Al-Baqarah ayat lapan puluh hingga lapan puluh satu sebanyak sepuluh kali.
Maksudnya:
Penyayang
Hendaklah membaca surah Al-Baqarah ayat satu ratus enam puluh lima dan apabila selesai hembuskan dikening orang yang kita sayangi
Maksudnya:
Mengunci rumah dengan ayat
Hendaklah membaca surah Al-kursi sebanyak tiga kali dan dituruti dengan surah Ar-radu ayat sebelas sebanyak tiga kali di muka pintu dengan niat sebelum menginggalkan rumah.Petikan dari surah Al-Baqarah ayat 255 yang berbunyi
Maksudnya:
Petikan dari surah Ar-Radu ayat 11 yang berbunyi
Maksudnya:
Menghilangkan rasa takut kerana gangguan Syaitan
Hendaklah membaca surah Yassin ayat lapan dan sembilan berulang kali sehingga rasa gementar hilang .
Maksudnya:
Ayat penerang hati
Hendaklah sering membaca surah An Nur ayat tiga puluh lima di Pagi hari dan awal malam.
Maksudnya:
Membuatkan anak tidak degil
Petikan dari Surah Taha ayat 1 hingga 6 yang berbunyi.
Maksudnya:
Petikan dari Surah Al-Haji ayat 21 yang berbunyi.
Maksudnya :
[21] Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka.
Menghentikan Anak menanggis malam hari
Maksudnya:
Mengelakan mengandung anak songsang semasa dalam kandungan
Hendaklah menulis surah al-a'raaf ayat lima puluh empat diatas kertas dan diredamkan diair dan seterusnya diminum .
Maksudnya:
Mengurangkan bisa digigit oleh binatang bisa
Maksudnya:
Mengubat orang yang terkena sihir, guna atau gila
Maksudnya:
Ayat pelembut hati untuk berjumpa orang yang dihajati
Hendaklah membaca surah al-taubah ayat satu ratus dua puluh lapan hingga satu ratus dua puluh sembilan semasa berjumpa
Maksudnya:
Menguatkan ingatan
Hendaklah bersolat sunat empat rakaat,dilakukan selama tujuh atau lapan malam jumaat berturut-turut :-
Rakaat pertama - surah yassin
Rakaat pertama - surah ad dhukan
Rakaat pertama - surah as sajjadah
Rakaat pertama - surah al mulk
Monday, October 09, 2006
..:: Bacalah Yaasin ::..
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
- Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
- Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
- Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
- Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
- Jika terpenjara akan dibebaskan.
- Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
- Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
- Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
- Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
- Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
- Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
- Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
- Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
- Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.