Sunday, January 28, 2007
..:: Peristiwa Karbala Dan Hari ASHURA ::..
PERISTIWA KARBALA
Apabila Mu'wiyyah r.a meninggal dunia maka anaknya Yazid bin Mu'awiyyah r.h telah diangkat menjadi penggantinya. Perlantikan Yazid ini telah dipersetujui[bai'ah] oleh majoriti para sahabat Nabi yang masih hidup termasuk para Ahlul Bait serta masyarakat Islam. Namun begitu penduduk Kufah yang rata-ratanya berfahaman Syiah telah menolak kepimpinan Yazid dan ingin melantik Saidina Hussain sebagai khalifah yang baru. Lalu penduduk Kufah termasuk tokoh-tokoh Syiah menulis surat kepada Saidina Hussain menjemput beliau ke Kufah untuk tujuan tersebut. Mereka bukan sekadar berjanji akan taat setia kepada kepimpinan Saidina Hussain malah mereka sanggup untuk menghunus senjata demi membela beliau serta menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah pimpinan Khalifah Yazid. Saidina Hussain memaklumkan khabar berita ini serta niat beliau untuk ke Kufah kepada para sahabat serta ahli keluarga beliau bagi mendengar pandangan mereka.
'Abdullah bin Abbas r.a berkata: "Wahai sepupuku bagaimana anda boleh bersabar sedangkan saya tidak boleh bersabar. Saya bimbang anda akan binasa jika anda meneruskan hasrat anda itu. Penduduk Iraq adalah orang-orang yang suka memungkiri janji. Janganlah anda terpedaya dengan pujukan mereka." – Di nukil dari buku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula karya Prof. Dr. Ibrahim Ali
Sya'wat, diterjemahkan oleh Dr Basri Ibrahim, terbitan Jahabersa, cetakan 2005 Kuala Lumpur, ms. 208.
'Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib pernah menulis kepada Saidina Hussain sepucuk surat. Antara kandungan surat tersebut ialah:
"Saya sangat mengharapkan agar anda benar-benar merenung isi kandungan surat ini. Saya sebenarnya amat kasihan dengan anda kerana bimbang kalau-kalau anda akan binasa dan keluarga anda pula akan terhapus. Jika sekiranya anda binasa hari ini, akan padamlah cahaya bumi. Anda adalah salah seorang tokoh yang menjadi ikutan masyarakat dan harapan orang-orang mukmin. Janganlah anda tergesa-gesa bertolak ke Iraq." – Di nukil daribuku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula karya Prof. Dr.Ibrahim Ali Sya'wat, ms. 209.
'Abdullah bin Jaafar bukan sekadar menghantar surat bertujuan untuk menghalang Saidina Hussain dari meneruskan rancangannya untuk ke Kufah, malah beliau juga telah meminta 'Amru bin Sa'id, Gabenor Khalifah Yazid di Makkah untuk memujuk Saidina Hussain agar membatalkan hasratnya tersebut. Namun begitu Saidina Hussain tetap berkeras untuk berangkat ke Kufah. Mungkin timbul persoalan di benak hati para pembaca tentang kenapa para sahabat serta ahli keluarganya membantah niat beliau untuk ke Kufah. Maka di sini penulis senaraikan beberapa sebab berkaitan dengan bantahan tersebut:
1) Mereka dapat menghidu helah golongan Syiah di Kufah yang sememangnya terkenal dengan pengkhianatan mereka terhadap Umat Islam. Mereka inilah kelompok yang telah menyokong 'Abdullah Ibnu Saba', terlibat dalam pembunuhan 'Uthman bin 'Affan r.a, mengkhianati Saidina 'Ali serta abang Saidina Hussain yakni Saidina Hassan r.a. Mereka berpandangan sokongan kuat yang menurut khabarnya datang dari penduduk Kufah hanyalah palsu dan tindakan mereka ini merupakan dalih mereka untuk menimbulkan susana kacau-bilau di dalam masyarakat Islam.
2) Yazid bin Mu'awiyyah adalah seorang khalifah yang telah dibai'ah oleh majoriti umat Islam, dikalangan para sahabat-sahabat utama dan juga ahli keluarga Rasulullah s.a.w.. Maka dari sisi syarak perlantikan beliau sebagai khalifah adalah sah. Terdapat larangan dari Rasulullah s.a.w. untuk memberontak terhadap pemerintah yang telah dilantik umat Islam secara sah.
Daripada 'Abdullah bin 'Amr bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda:
Sesiapa telah mengangkat [telah bersetuju melantik]seorang pemimpin kemudian memberikan kepadanya uluran tangannya dan buah hatinya[sebagai tanda persetujuan] , maka hendaklah dia [orang yang mengangkatnya] mentaatinya sedaya mungkin. Makajika datang orang lain yang menentangnya, hendaklah mereka membunuh yang terakhir[penentang] .
Aku ['Abdul Rahman bin 'Abdi Rabbil Kaabah] bertanya [kepada 'Abdullah bin 'Amr]: Apakah kamu mendengar ini dari Rasulullah s.a.w.?
Dia ['Abdullah bin 'Amr] menjawab: Aku mendengar[hadis ini] dengan kedua telingaku dan difahami oleh hatiku. – Hadis Riwayat Imam AbuDawud, no: 3707.
Ada pula yang beranggap bahawa Khalifah Yazid tidak memilki ciri-ciri kepimpinan yang baik serta beberapa tuduhan tentang sifat-sifat buruk juga telah dilemparkan terhadapnya. Jika tuduhan ini benar sekalipun Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan umatnya untuk tetap taat kepada pemerintah yang pada zahirnya masih Islam walaupun dia seorang yang zalim. Sabda Rasulullah s.a.w:
Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang kamu cintai mereka dan mereka mencintai kamu. Kamu mendoakan mereka, mereka pula mendoakan kamu. Pemimpin yang jahat ialah pemimpin yang kamu membenci mereka, mereka juga membenci kamu dan kamu melaknat mereka, mereka juga melaknat kamu.
Baginda ditanya: "Tidak bolehkah kami perangi mereka dengan pedang?"
Jawab Baginda: "Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat. Ingatlah, sesiapa yang dikuasai penguasa, lalu dia dapati penguasa itu melakukan maksiat kepada ALLAH, dia hendaklah membenci maksiat tersebut namun jangan mencabut tangan dari ketaatan."- Hadis riwayat Imam Muslim no.1855.
Oleh itu mereka membantah niat Saidina Hussain untuk menyertai malah mengepalai pemberontakan penduduk Kufah tersebut
3) Mereka juga khuatir tindakan Saidina Hussain ini akan menimbulkan pertumpahan darah sesama umat Islam dan akan melemahkan persatuan umat.
4) Mereka bimbang akan keselamatan Saidina Hussain dan ahli keluarganya yang berkemungkinan akan dkhianati oleh penduduk Kufah atau diserang oleh tentera Khalifah Yazid.
Ternyata pujuk rayu mereka gagal untuk menghentikanh asrat beliau untuk ke Kufah. Kenapa agaknya Saidina Hussain tetap berkeras untuk ke Kufah? Jawapan Saidina Hussain adalah seperti berikut:
Saya telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dan saya telah melakukan sesuatu yang telah ditentukan kepada saya tanpa mengira ia mendatangkan keburukan kepada diri saya atau memberikan keuntungan kepada saya.
Lalu 'Abdullah bin Yahya berkata: Apakah mimpi andaitu?
Jawab al-Hussain: Saya tidak dapat menceritakannya kepada seseorangpun, malah saya tidak boleh memberitahu kepada seseorangpun sehingga saya bertemu dengan Tuhan saya – Rujuk Tarikh al-Umam waal-Muluk, jilid 4, ms. 388. Penulis nukil dari buku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta SejarahYang Perlu Diperbetulkan Semula karya Prof. Dr.Ibrahim Ali Sya'wat, ms. 270.
Sebenarnya sikap Saidina Hussain ini memiliki persamaan dengan 'Uthman bin Affan. Ketika rumah 'Uthman dikepung oleh para pemberontak, para sahabat serta umat Islam telah menawarkan bantuan untuk menghancurkan kepungan tersebut. Namun 'Uthman menolak pelawaan tersebut demi untuk mengelak pertumpahan darah sesama umat Islam. Namun demikian motivasi sebenar 'Uthman adalah hadis Rasulullah s.a.w yang mengkhabarkan bahawa beliau akan mati syahid.
Dari Qatadah, bahawa Anas r.a menceritakan kepada mereka, dia berkata: Nabi s.a.w. mendaki gunung Uhud bersama Abu Bakar, 'Umar, serta 'Uthman. Tiba-tiba Uhud bergoncang. Baginda bersabda: Tenanglah wahai Uhud – aku kira baginda memukulnya dengan kakinya – tak ada diatas mu kecuali seorang Nabi, Shiddiq dan dua syahid.– Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 3697.
Ternyata al-Shiddiq itu gelaran bagi Abu Bakar r.a manakala 'Umar telah syahid ketika menjadi khalifah, maka 'Uthman berpendapat bahawa seorang lagi yang bakal syahid menurut sabda Rasulullah s.a.w. tersebuta dalah beliau sendiri. Itulah sebabnya ketika pemberontak menyerbu rumah 'Uthman, beliau tetap menghalang para sahabat yang ada di situ untuk membantunya lalu berkata:
Saya bersabar menghadapi janji yang telah dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada saya. Saya akan berhadapan dengan kematian saya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.. – rujuk Tarikh al-Umam wa al-Muluk karya Imam al-Tabari, ms.391-392. Penulis nukil dari buku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula karya Prof. Dr. Ibrahim AliSya'wat, ms. 265.
Malah al-Tabari juga melaporkan bahawa 'Uthman tidak menghalang pemberontak untuk membunuhnya kerana:
Uthman telah bermimpi pada malam kejadian, Nabi s.a.w. datang menemuinya dan berkata kepadanya: Saya harap anda dapat berbuka bersama dengan kami pada malam ini. – Tarikh al-Umam waal-Muluk, jilid 4. ms. 383. Penulis nukil dari buku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula karya Prof. Dr.Ibrahim Ali Sya'wat, ms. 265.
Tentang syahidnya 'Uthman dan Saidina Hussain maka Prof. Dr Ali Sya'wat berkata:
Tidakkah pembaca bersama dengan penulis yang pendirian yang diambil oleh al-Hussain adalah sama dengan pendirian yang diambil oleh 'Uthman bin'Affan? Keduanya melihat kematian sebagai sesuatu yang sudah pasti berada dihadapannya. Keduanya juga telah dinasihati oleh keseluruhan orang-orang yang ikhlas yang berada disamping mereka.- Rujuk buku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula karya Prof. Dr. Ibrahim Ali Sya'wat, diterjemahkan oleh Dr Basri Ibrahim, terbitan Jahabersa, cetakan 2005 Kuala Lumpur, ms. 271.
Apabila mendengar pergerakan rombongan Saidina Hussain ke Kufah maka Yazid memerintahkan gabenor beliau diBasrah iaitu Ubaidullah bin Ziyad serta tenteranya untuk berangkat ke Kufah bagi memantau pergerakan Saidina Hussain serta kebangkitan orang-orang Kufah. Tindakan Yazid bukanlah sesuatu yang sukar untuk difahami bagi mereka yang arif dalam bidang politik. Mana-mana pemimpin pasti akan berwaspada sekiranya terdapat ura-ura bahawa pemberonta akan bakal terjadi dan ianya bukan sahaja boleh menggugattampuk pemerintahannya malah akan menggugat kestabilan politik umat Islam pada masa itu. Harus kita semua fahami bahawa arahan dari Yazid hanyalah untuk memantau atau memerhatikan sahaja pergerakan Saidina Husain dan penduduk Kufah tersebut dan tindakan hanya perlu diambil sekiranya mereka terlebih dahulu memulakan serangan. Namun begitu Ubaidillah bin Ziyad telah bertindak berlebihan dari arahan sebenar Yazid lalu menyerang Saidina Hussain dan rombongannya di Karbala. Tidakan Ubaidillah bin Ziyad hanyalah bertujuan untuk menunjukkan kehebatannya serta mengampu khalifah. Apa yang menghairankan adalah tindakan penduduk Kufah yang kononnya sanggup untuk berkorban jiwa dan raga untuk mengangkat Saidina Hussain sebagai Khalifah serta menjatuhkan Yazid telah melarikan diri apabila melihat kemaraan tentera Ubaidillah bin Ziyad. Maka terpaksalah Saidina Hussain dan rombongannya yang hanya berjumlah sekitar 70 orang berhadapan dengan tentera Ubaidillah yang jauh lebih besar jumlahnya dari mereka. Mana pergi penduduk Kufah yang dikatakan terdapat sejumlah 12,000o rang yang telah bersiap sedia untuk menerima Saidina Hussain? Sekiranya 12,000 penduduk Kufah yang jumlah tersebut sebenarnya adalah jauh lebih besar dari tentera Ubaidillah mempertahankan Saidina Hussain kemungkinan besar tentera Ubaidillah akan dapat ditewaskan. Namun demikian ini hanya membuktikan bahawa penduduk Kufah memang pada asalnya tidak memiliki niat untuk menaikkan Saidina Hussain sebagai Khalifah. Perkara ini sebenarnya adalah sebahagian dari agenda kelompok Syiah untuk menimbulkan fitnah dikalangan umat Islam iaitu dengan melaga-lagakan Saidina Hussain dengan Yazid. Maka syahidlah Saidina Hussain di Karbala. Hal ini membuatkan Yazid sendiri begitu sedih serta marah dengan tindakan yang telahdi ambil oleh Ubaidillah bin Ziyad itu. Beliau juga telah diriwayatkan telah memberi perlindungan kepada ahli keluarga Saidina Hussain yang terselamat dari serangan tentera Ubaidillah sehinggalah mereka kembali ke Madinah. Justeru itu dapat kita fahami bahawa kisah Karbala versi Syiah yang menyatakan Yazid adalah pembunuh sebenar Saidina Hussain malah kononnya Yazid telah menyuruh kepala Saidina Hussain dipenggal untuk diserahkan kepadanya adalah tidak benar sama sekali. Pihak yang sebenarnya bertanggungjawab di atas kematian Saidina Hussain adalah golongan Syiah diKufah dan juga sikap berlebih-lebihan yang telah diambil oleh Ubaidillah bin Ziyad. Malah 'Abdullahibnu 'Umar seorang sahabat Nabi yang besar kedudukannya bahkan Rasulullah s.a.w. pernah bersabda tentang beliau: Sesungguhnya 'Abdullah [Ibnu 'Umar] adalah seorang lelaki yang soleh [rujuk hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 3740] telah mempertanggungjawab kan penduduk Kufah atas kematian Saidina Hussain. Dari Abdul Rahman bin Abi Na'm diaberkata:
Aku melihat (Abdullah) Ibn 'Umar ditanya oleh seorang lelaki berkenaan hukum darah lalat. Ibn 'Umar bertanya: Kamu berasal dari mana?
Lelaki itu menjawab: Aku daripada orang-orang Iraq.
Lalu Ibn 'Umar berkata: Lihatlah orang ini, diabertanya kepada aku berkenaan darah lalat padahal mereka (orang-orang Iraq) membunuh cucu Nabi s.a.w.. Aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda: Mereka berdua (Hasan dan Husain) adalah penyejuk hatiku di dunia. – Hadis riwayat Imamal-Bukhari, no: 5994.
Malah Saidina Hussain sendiri telah menyalahkan penduduk Kufah di atas peperangan berat sebelah yang terpaksa beliau hadapi apabila menentang tentera Ubaidullah. Telah diriwayatkan bahawa ucapan beliau yang terakhir sebelum terbunuh di Karbala adalah:
Ya Allah, berilah putusan di antara kami dan di antara orang-orang yang mengajak kami untuk menolong kami, namun ternyata mereka membunuh kami. – Rujuk buku Pengkhianatan Pengkhiantan Syiah Dan Pengaruhnya Terhadap Kekalahan Umat Islam karya Dr. Imad Ali Abdus Sami', Pustaka Al-Kautsar, Jakarta 2006, ms. 35-36.
SAMBUTAN HARI ASHURA DAN KAITANNYA DENGAN PERISTIWA KARBALA
Justeru itu rentetan dari peristiwa Karbala ini timbul dua golongan yang menyambut hari Asyura secara ekstrem.
Golongan pertama : Mereka tediri dari pengikut Syiahal-Rafidhah yang telah menjadikan tarikh 10 Muharam setiap tahun sebagai hari untuk berkabung dan menujukkan kesedihan demi untuk memperingati kematian Saidina Hussain ini. Ketika menyambut hari Asyura mereka telah memperlihatkan perbuatan-perbuatan umat jahiliah seperti memukul wajah serta tubuh badan mereka sehingga berdarah, menyiksa diri, berteriak serta menangis menunjukkan kesedihan dan merobek-robek pakaian mereka. Keadaan sebegini masih diamalkan oleh penganut fahaman Syiah seperti di Iran, Iraq, Pakistan dan lain-lain tempat lagi. Ternyata perbuatan ini amat bertentangan dengan hukum syarak kerana apa yang diperintah oleh Allah S.W.T apabila ditimpa musibah adalah untuk bersabar. Ini sebagaimana firman-Nya:
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu)orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjukhidayah-Nya. – al-Baqarah [2] : 155-157
Perbuatan meratap serta menyiksa diri sendiri apabila ditimpa musibah telah dicela oleh syarak sebagaimana hadis-hadis di bawah.
Nabi s.a.w. bersabda:
Bukan golongan kami orang yang memukul pipi, merobek pakaian dan berdoa dengan doa-doa jahiliah. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1294
Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda:
Saya tidak bertanggungjawab kepada orang yang ditimpa musibah lalu menangis dengan suara yang keras[berteriak-teriak] atau menggondolkan rambutnya atau merobek bajunya. – Hadis riwayat Imam Muslim, no: 104.
Golongan Syiah ini juga telah memperhebatkan lagi celaan mereka kepada para Sahabat Nabi pada Hari Asyura. Mereka juga membacakan syair-syair serta hikayat-hikayat palsu menceritakan tentang peristiwa Karbala. Apa yang menghairankan adalah terdapat seorang tokoh sasterawan tempatan yang menyanjung nilai-nilai sastera golongan Syiah berkaitan peristiwa Karbala ini. Di mana letak akalnya yang sihat tatkala menganggap kisah-kisah palsu sebagai sesuatu bentuk penulisan yang memilki nilai kesasteraan yang tinggi?Masih terdapat banyak lagi perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak dilakukan oleh kelompok Syiahini pada Hari Asyura.
Golongan ke dua : Golongan ini pula menyambut hari'Asyura sebagai satu hari perayaan yang penuh dengan kebahagian. Mereka ini pula terdiri kelompok yang memusuhi golongan Syiah al-Rafidhah yang digelar Nawashib. Kelompok ini terdiri dari golongan Ahlu Sunnah yang jahil, mereka yang memusuhi Saidina 'Aliserta ahli keluarganya, penjilat kerajaan Bani Umaiyah serta mereka yang membenci golongan Syiah al-Rafidhah dan menterjemahkan kebencian mereka itu dengan melakukan sesuatu yang berlawanan dengan golongan Syiah iaitu menunjukkan kegembiraan pada hari Asyura. Mereka menyambut Hari Asyura bagaikan suatu pesta, menghias bandar-bandar mereka dengan indah, memasak makanan-makanan tertentu lalu bersedekah kepada orang ramai, menyediakan makanan yang lazat-lazat dan lain-lain lagi upacara yang mencerminkan ianya suatu hari untuk bergembira seperti Hari Raya. Perbuatan kelompok ini juga bertentangan dengan syarak apatah lagi sekiranya ianya dilakukan bersempena dengan hari terbunuhnya Saidina Hussain, cucu kepada Rasulullah s.a.w. yang merupakan pemimpin kepada para pemuda yang menghuni syurga. Wajarkah suasana yang gembira dihubung-kaitkan dengan satu peristiwa hitam dalam sejarah umat Islam yang mengakibatkan syahidnya seorang yang memiliki keutamaan serta kedudukan yang tinggi bagi masyarakat Islam? Apatah lagi tidak pernah ada contohnya dari Rasulullah s.a.w. untuk menyambut Hari Asyura seperti hari perayaan yang besar malah para sahabat, para salafuss oleh serta Imam-Imam mazhab yang empat juga tidak pernah menganjurkan sambutan yang pelakunya dihumban ke dalam neraka. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah, mendengar nasihat dan mentaatinya. Sesungguhnya manusia itu berkelompok- kelompok, siapa yang akan hidup di antara kalian kelak akan melihat adanya banyak perbezaan pendapat. Maka hendaklah kalian berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa al-Rasyidin. Berpegang teguhlah kepadanya dan peganglah ia erat-erat. Jauhilah segala perkara yang baru kerana setiap perkara yang baru itu adalah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat.– Hadis riwayat Imam Abu Dawud, no:3991.
Jika kedua-dua cara menyambut hari Asyura seperti diatas adalah suatu bentuk kesesatan dalam agama maka apakah yang sewajarnya dilakukan oleh umat Islam pada Hari Asyura?
HARI ASYURA DAN AMALAN-AMALAN SUNNAH BERKAITAN DENGANNYA
Terdapat begitu banyak kisah-kisah yang telah dihubung-kaitkan dengan Hari Asyura namun sebenarnya ia tidak memiliki sandaran yang kukuh. Baru-baru initelah disebarkan kononnnya terdapat banyak kisah-kisah penting yang terjadi kepada para Nabi dan Rasul serta perkara-perkara berkaitan kejadian alam oleh Allah S.W.T. berlaku pada tanggal 10 Muharam. Peristiwa-peristiwa tersebut adalah:
1) Nabi Adam a.s bertaubat kepada Allah.
2) Nabi Idris a.s diangkat oleh Allah ke langit.
3) Nabi Nuh a.s diselamatkan oleh Allah dari banjir besar dengan bahteranya setelah bumi ditenggelami air selama 6 bulan. Setelah itu beliau kononnya telah menyediakan bubur untuk dimakan bersama kaumnya. Melalui peritiwa inilah berpuncanya adat memasak bubur Asyura setiap kali muncul 10 Muharam.
4) Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan dari dibakar oleh Raja Namrud.
5) Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.
6) Nabi Yusuf a.s dibebaskan dari penjara.
7) Penglihatan Nabi Yaakub a.s yang kabur dipulihkan.
8) Nabi Ayub a.s dipulihkan dari penyakit kulit yang dideritainya
9) Nabi Yunus a.s selamat keluar dari perut ikan pausse telah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10) Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan NabiMusa a.s dan pengikutnya dari tentera Fira'un.
11) Kesalahan Nabi Daud a.s diampuni Allah.
12) Nabi Sulaiman a.s dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13) Nabi Isa a.s diangkat ke langit.
14) Hari pertama Allah menciptakan alam.
15) Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
16) Hari pertama Allah menurunkan hujan.
17) Allah menciptakan 'Arasy.
18) Allah menjadikan Luh Mahfuz.
19) Allah menciptakan Malaikat Jibril.
Ternyata cerita yang sah berkaitan dengan Hari Asyura hanyalah peristiwa Nabi Musa a.s diselamatkan dari tentera Fir'aun. Ini adalah kerana kesahihan kisah tersebut berlaku pada hari Asyura telah diperakui oleh Rasulullah s.a.w. sendiri sebagaimana yang terdapat didalam Shahih al-Bukhari:
Nabi s.a.w. datang ke Madinah, dan dilihatnya orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Menurut mereka: Ini hari baik di saat mana Allah membebaskan Nabi Musa dari Fir'aun. Maka sabda Nabis.a.w.: "Kamu lebih berhak terhadap Musa daripada mereka maka berpuasalah. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4680.
Oleh itu sewajarnya kita tidak menghubung kaitkan apa-apa peristiwa berkaitan hari Asyura melainkan terdapat dalil yang sah dari hadis-hadis Nabi s.a.w.. Melalui hadis di atas ini juga dapat kita fahami bahawa amal ibadah khusus sempena hari Asyura yang diiktiraf oleh Rasulullah s.a.w. adalah ibadah puasa. Ternyata berpuasa pada hari Asyura ini memiliki kelebihan atau fadilat yang begitu besar.
Ibnu 'Abbas r.a pernah ditanya mengenai masalah berpuasa pada hari Asyura, beliau menjawab: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa sehari pada hari Asyura untuk mencari kelebihan atau fadilat yang tidak ada pada hari-hari selain hari ini… - Hadis riwayat Imamal-Bukhari, no: 2006.
Berpuasa pada hari Asyura juga dapat menghapuskan dosa-dosa kita pada tahun sebelumnya. Ini sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:
Puasa tiga hari dari setiap bulan sejak dari Ramadan ke Ramadan berikutnya dianggap berpuasa setahun penuh. Sedangkan puasa hari Arafah pahalanya menurut Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Adapun puasa hari Asyura, pahalanya menurut Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya. –Hadis riwayat Imam Muslim, no: 1163.
Allah S.W.T juga mengurniakan taufik-Nya kepada mereka yang berpuasa pada hari Asyura. Dari Ibnu 'Umar r.a, dia berkata:
…Tidaklah seorang hamba berpuasa di dalamnya [hariAsyura] kecuali puasanya akan memberikan taufik kepadanya – Hadis riwayat Imamal-Bukhari, no: 1892.
Disunnahkan juga untuk menambahkan puasa pada hari Asyura tersebut dengan berpuasa sehari sebelum ataupun sehari sesudahnya. Rasulullah s.a.w. memerintahkan hal ini bertujuan untuk menyelisihi amalan orang Yahudi. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berselisihlah dengan orang Yahudi di dalamnya, dan berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya. – Hadis riwayat Imam Ahmad, no: 2047.
Rasulullah s.a.w tidak pernah memerintahkan amalan-amalan ibadah lain untuk dikhususkan sempena hari Asyura melainkan ibadah berpuasa sebegini sahaja. Oleh itu sebaik-baiknya kita berusaha untuk mengamalkan sunnah Nabi s.a.w. ini.
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus
Thursday, January 25, 2007
..:: 10 MUHARRAM (Hari ASYURA) ::..
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah
Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati.
Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
Lafaz niat: sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca "ham biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru".
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini. Insyallah.
13. Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Semoga bermanfaat dan dapat dipanjangkan kepada yang lain-lain.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah SA.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat.
Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah SA.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata:
Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura !".
PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU PADA 10 MUHARRAM
10 Muharram dianggap hari besar Islam karena pada hari ini banyak terjadi peristiwa penting, dan hari kemenangan para pejuang penegak kebenaran.
Pada hari itu terjadi :
- Allah SWT menjadikan 'Arasy.
- Allah SWT menjadikan Malaikat Jibril as
- Allah SWT menjadikan Lauh Mahfuzh
- Hari Pertama Allah SWT menciptakan Alamq Hari Pertama Allah SWT menurunkan rahmat
- Hari Pertama Allah SWT menurunkan hujan dari langit
- Nabi Adam as. bertoubat kepada Allah SWT, dan tobatnya diterima sehingga ia bersih dari dosa
- Nabi Idris as diangkat oleh Allah SWT ketempat yang lebih tinggi
- Nabi Nuh as diselamatkan oleh Allah SWT ketika banjir merendam umatnya yang zalim
- Nabi Ibrahim as diselamatkan oleh Allah SWT dari pembakaran Raja Namrudq Allah SWT menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa as.
- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara Mesir, setelah meringkuk beberapa tahun akibat fitnah Siti Zulaiha.
- Nabi Ya'qub as disembuhkan oleh Allah SWT dari penyakit yang dideritanya.
- Nabi Yunus as dikeluarkan dari perut ikan paus, setelah berada didalamnya selama 40 hari 40 malam
- Allah SWT mengijinkan Nabi Musa as membelah laut merah untuk menyelamatkan diri dari kejaran Fir'aun dan bala tentaranya
- Kesalahan Nabi Daud as diampuni oleh Allah SWT
- Nabi Sulaiman as dikurniai Allah SWT kerajaan besar.
Pada sepuluh hari bulan Muharram kebiasaannya orang-orang kampung kita mengadakan sejenis bubur yang dinamakan bubur Asyura, apakah usul asalnya Hari Asyura dan apakah hubungannya dengan bubur itu?
Jawapan
Asyura itu diambil dari perkataan 'Asyarah' dalam bahasa Arab yang bermaksud sepuluh. Jadi hari Asyura itu ertinya hari yang ke sepuluh bulan Muharram.
Hari itu mengikut keterangan hadith yang sahih ialah hari yang bersejarah pada umat Yahudi, kerana pada hari itulah ALLAH menyelamatkan Nabi Musa a.s. serta pengikut-pengikutnya dan menenggelamkan Firaun.
Junjungan kita memerintahkan umat Islam berpuasa sunat dan meluaskan perbelanjaan kepada keluarga pada hari itu.
Hari ALLAH menurunkan nikmat atau azab pada manusia adalah di namakan Hari ALLAH yang di minta kita selalu mengenanginya supaya menimbulkan rasa syukur atau insaf. Sekadar inilah saja yang disuruh oleh Nabi s.a.w.
Tentang membuat bubur Asyura itu adalah berdasarkan kepada riwayat-riwayat yang dhaif yang mengatakan hari Asyura itu adalah Hari ALLAH mengurniakan nikmat yang besar-besar kepada nabi-nabi yang dahulu dari semenjak Nabi Adam a.s hingga pada Nabi kita Muhammad s.a.w.
Dalam peristiwa inilah disebut bahawa Nabi Nuh a.s dan pengikut-pengikutnya tatkala turun dari bahteranya pada hari Asyura merasa lapar dan dahaga sedangkan bekalan masing-masing telah habis, maka diperintahkan oleh Nabi Nuh a.s supaya masing-masing membawa satu genggam biji-bijian dari apa jenis saja yang ada pada mereka, maka terkumpullah tujuh jenis bijian yang dicampurkan kesemuanya lalu dimasak oleh beliau dan dijadikan bubur.
Dengan berkat Nabi Nuh a.s kenyanglah pengikut-pengikutny a pada hari itu. Dari cerita inilah dikatakan sunat membuat bubur Asyura dari tujuh jenis biji-bijian untuk dijamukan kepada fakir miskin pada hari itu.
..:: 6 Perkara Allah Sembunyikan ::..
- Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al- Quran.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Saturday, January 20, 2007
..:: Khutbah Jumaat 19 Januaril 2007 ::..
Marilah kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa. Taqwa yang bertambah kukuh apabila kita mengikut ajaran Islam, kita meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah, dan kita laksanakan segala perintahNya.
Maasyiral Muslimin rahimakumullah,
Hari ini merupakan hari terakhir tahun 1427 Hijriyah. Esok, kita akan menyambut tahun baru 1428 Hijriyah. Hari berlalu begitu pantas sekali. Bulan dan tahun bertukar. Umur bertambah. Semakin jauh kita dari tarikh lahir kita, semakin dekat kita kepada kubur kita.
Oleh itu, saya menyeru kepada diri saya sendiri dan saudara-saudara sekelian, agar bersegera memohon ampun kepada Allah s.w.t, dan melakukan amal kebajikan serta meninggalkan perbuatan mungkar dan maksiat. Buatlah persiapan untuk menghadapi perjalanan seorang diri yang sangat panjang dan lama. Perjalanan merentasi alam kubur, alam barzakh dan Padang Mahsyar. Sebelum sampai kepada destinasi terakhir, Syurga atau Neraka.
Satu ketika para sahabat Rasulullah s.a.w melihat baginda tidur di atas tikar yang sangat kasar. Apabila baginda bangun, nampak kesan tikar tersebut di badan baginda. Para sahabat menawarkan untuk membeli alas yang lembut untuk baginda s.a.w. Apakah jawapan baginda? Baginda bersabda: Aku tidak berhajat kepada dunia. Aku ini hanyalah seperti seorang musafir yang sedang rehat sebentar di bawah sebuah pohon. Dan sebentar lagi aku akan bangun meninggalkan pohon ini dan meneruskan pelayaranku.
Begitulah saudara-saudara sekelian, bagaimana Rasulullah s.a.w menyifatkan dunia ini sebagai pohon tempat persinggahan. Marilah kita ambil ‘itibar dari hadith ini. Sedarlah bahawa kita tidak berada selama-lamanya di dunia ini. Satu hari kelak, kita akan meninggalkannya. Kita akan kembali kepada Allah, seorang diri, tanpa harta dan keluarga. Tiada yang menemani kita, melainkan amal soleh kita, pahala kita.
Maka marilah kita perbanyakkan amal soleh kita. Marilah kita perbanyakkan amal kebajikan kita. Agar segala perbuatan baik tersebut akan menemani kita di alam kubur yang gelap gelita, dan menemani kita ke Syurga kelak, amen.
Saudara-saudara yang dirahmati Allah,
Dalam keghairahan kita untuk mengerjakan amal-amal soleh, janganlah kita lupa bahawa amal soleh yang mendatangkan pahala yang banyak tidak hanya terhad kepada ibadat-ibadat yang biasa kita kenal, seperti solat, puasa, sedekah, baca Al-Quran dan sebagainya. Tetapi, amal soleh yang mendatangkan pahala yang banyak juga termasuk amal kebajikan yang dilakukan untuk mendatangkan manfaat kepada manusia lain.
Marilah kita renung hadith Rasulullah s.a.w berikut ini:
Maksudnya: Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan dari seorang mukmin di dunia ini, Allah akan melepaskan satu kesusahan dari kesusahannya di Akhirat kelak. Dan barangsiapa yang memudahkan untuk orang mengalami kesukaran, Allah akan memudahkan untuknya di dunia dan akhirat. Dan barangsiapa yang menutup keaiban seorang muslim, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat kelak. Allah s.w.t akan sentiasa membantu hambaNya, selagi mana hamba tersebut membantu saudaranya.
(Hadith riwayat Muslim dan lain-lain)
Hadith yang saya bacakan tadi cukup jelas kelebihan yang menanti mereka yang memberi sumbangan kepada saudaranya dan masyarakat umum. Kerana Islam bukanlah agama ritual semata-mata. Islam juga bukanlah agama peribadi semata-mata. Islam adalah gaya hidup yang menyeluruh, yang ditetapkan oleh Allah s.w.t, agar manusia dapat hidup dengan harmoni.
Membantu mereka yang susah, dengan tidak kira agama, termasuk dalam hadith yang saya bacakan sebentar tadi. Inilah semangat memberi sumbangan yang digalakkan oleh Islam. Dan semangat memberi sumbangan ini akan lebih cantik lagi jika dihiasi dengan akhlak mulia dan nilai murni yang terpuji.
Kita mempunyai contoh yang sangat baik dalam diri Rasulullah s.a.w. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Qalam, ayat 2:
Ertinya: Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.
Inilah sepatutnya menjadi ikutan kita. Dan perintah mengikut contoh Rasulullah s.a.w jelas dalam surah Al-Ahzab, ayat 21:
Ertinya: Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.
Lihat sahaja bagaimana Rasulullah s.a.w ketika dipaksa keluar dari kota Mekkah dan terpaksa berhijrah ke Madinah, baginda tidak mendoakan yang buruk-buruk ke atas penghuninya yang bukan Islam. Inilah contoh akhlak mulia. Membalas keburukan dengan kebaikan. Melontarkan senyuman walaupun sedang menghadapi penindasan. Ini bukan sahaja akhlak yang mulia, bahkan satu senjata ampuh yang akan melegakan diri dari tekanan emosi, dan akhirnya akan menundukkan musuh. Allah s.w.t bersabda dalam surah ِFussilat, ayat 34:
Maksudnya: Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.
Mudah-mudahan dengan kedatangan tahun baru Hijrah ini, kita akan menjadi orang Islam yang lebih tinggi budi pekerti, banyak amal ibadat, kurang maksiat, dan banyak sumbangan kepada semua, amen.
Thursday, January 18, 2007
..:: Cahaya Muka Nabi S.A.W.::..
Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."
Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"
Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."
Berdoa
..:: Ucapan "LAILLAHAILLALLAH" ::..
Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu "Wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan".
Bertanyalah Malaikat "Apakah permintaan mu itu?". Berkata burung-burung itu "Jika Allah SWT ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat bising disini". Berkata malaikat itu" baiklah aku akan sampaikan kepada Allah".
Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah swt sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.
Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak terlepaskan peluang yang diberi oleh Allah swt itu. Dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah SWT maka balasannya berterusan hingga hari kiamat.
Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
..:: Sedekah Jariah - Kebajikan Yg Tak Berakhir ::..
2. Bantu mendidik seorang anak ilmu yang beik dan bermanfaat.
4. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.
6. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah.
7. Berkongsi CD Quran atau Do'a dan sesiapa yang membaca, menghafal dan mengamalkannya, anda akan mendapat hasanah.
8. Tempatkan water cooler di tempat umum, sesiapa yang meminumnya, anda akan mendapat hasanah.
9. Tanam pohon pokok. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah.
10. Hantarkan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, anda dapat hasanah.
Semoga amal kita diberkati ALLAH swt dan diberikan hasanah yang berpanjangan jika ikhlas, insya'ALLAH.
Wednesday, January 17, 2007
..:: Bagaimanakah Solat Kita? ::..
1. Sembahyang orang jahil
2. Sembahyang orang lalai
3. Sembahyang bukan kerana Allah
4. Sembahyang orang mujahadah
5. Sembahyang orang soleh
6. Sembahyang para wali
7. Sembahyang para Nabi dan Rasul
..:: Membantu Mereka Yg Telah Meninggal Dunia ::..
2. Bantuan oleh saudara/kawan-kawan kepada mereka yang telah meninggal dunia.
3. Kita sendiri yang membantu diri sendiri agar bila berada di alam akhirat kelak pahala akan terus berpanjangan.
1. Hendaklah kamu talkinkan kawan kamu disaat sakaratulmaut. Maksudnya, ketika mereka sedang menghadapi sakaratulmaut, maka hendaklah kita membaca talkin ( sebutkan kalimah Lailahaillah ) ke telinganya agar beliau sempat menyebut/mendengar kalimah Allah. Kita boleh tengok/tahu keadaan mereka yang nazak ini antaranya dengan memegang kakinya, kalau sejuk itu tandanya beliau sedang hadapi sakaratul maut, atau tengok kakinya jatuh, perutnya berombak-ombak, peluh bulat-bulat keluar didahinya, hidungnya jatuh. Terdapat juga amalan membaca Yassin untuk membantu beliau diringankan sedikit sakit semasa proses nyawa ditarik keluar daripada jasad. ii. Dengan mendoakan kawan/saudara ketika teringat mereka. Apabila teringat mereka ini, berdoalah agar mereka diberikan keampunan oleh Allah SWT. Contohnya dalam Solat Jumaat, ada doa untuk semua orang Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. iii. Tolong kawan selesaikan hutangnya jika kita tahu mereka tak sempat jelaskannya. Contohnya, kita tahu kawan kita makan sama-sama di kantin pagi tadi dan terlupa bawa duit atau duit tak cukup dan berjanji nak bayar pada petang itu tapi tak sempat nak bayar, dah datang ajalnya, maka kita yang tahu hal ini, tolonglah bayarkan untuknya. Dalam hal bayarkan hutang kawan ini kita kena ikutlah kemampuan diri kita sendiri, sebab roh mereka yang tak selesaikan hutangnya akan tergantung antara langit dan bumi sehinggalah hutangnya selesai. Bantu Diri Sendiri :-
i. Tolong diri sendiri dengan memperbanyakkan amal jariah. Kita hendaklah rajin dan sentiasa mengerjakan amal kebajikan yang pahalanya akan berpanjangan sehingga ke akhirat. Contoh daripada Ustaz : Daripada mengerjakan 5-6 kali umrah, alangkah baiknya duit terlebih itu kita sponsor sesiapa yang nak belajar, seperti seorang anak yang tak cukup duit nak belajar kursus perubatan. Sebaik jadi doktor nanti segala amal kebajikan yang dilakukannya kita juga akan dapat pahalanya, Insya'Allah.
WALLAHU ALAM
..:: Bencana Nabi Nuh ::..
Kepada kaumnya (dengan memerintahkan) :
"Berilah kaummu peringatan sebelum
Datang kepadanya azab yang pedih".
QS. Nuh (71) : 1
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun. Maka mereka ditimpa banjir besar, dan mereka adalah orang-orang yang zalim. Maka Kami selamatkan Nuh dan penumpang-penumpang bahtera itu dan Kami jadikan peristiwa itu pelajaran bagi semua umat manusia.
Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. Dan Nuh memanggil anaknya sedang anak itu berada di tempat yang jauh terpencil: "Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir."
Anaknya menjawab: "Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!" Nuh berkata: "Tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain Allah (saja) Yang Maha Penyayang". Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan
Hingga apabila perintah Kami datang dan dapur telah memancarkan air, Kami berfirman: "Muatkanlah ke dalam bahtera itu dari masing-masing binatang sepasang (jantan dan betina), dan keluargamu kecuali orang yang telah terdahulu ketetapan terhadapnya dan (muatkan pula) orang-orang yang beriman." Dan tidak beriman bersama dengan Nuh itu kecuali sedikit.
Mereka berkata: "Hai Nuh, sesungguhnya kamu telah berbantah dengan kami, dan kamu telah memperpanjang bantahanmu terhadap kami, maka datangkanlah kepada kami azab yang kamu ancamkan kepada kami, jika kamu termasuk orang-orang yang benar".
Mereka berkata: "Sungguh jika kamu tidak (mau) berhenti hai Nuh, niscaya benar-benar kamu akan termasuk orang-orang yang dirajam".
Nuh berdo'a: "Ya Tuhanku, tolonglah aku, karena mereka mendustakan aku."
Dan bacakanlah kepada mereka berita penting tentang Nuh di waktu dia berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, jika terasa berat bagimu tinggal (bersamaku) dan peringatanku (kepadamu) dengan ayat-ayat Allah, maka kepada Allah-lah aku bertawakkal, karena itu bulatkanlah keputusanmu dan sekutu-sekutumu. Kemudian janganlah keputusanmu itu dirahasiakan, lalu lakukanlah terhadap diriku, dan janganlah kamu memberi tangguh kepadaku.
Dan mulailah Nuh membuat bahtera. Dan setiap kali pemimpin kaumnya berjalan melewati Nuh, mereka mengejeknya. Berkatalah Nuh: Jika kamu mengejek kami, maka sesungguhnya kami (pun) mengejekmu sebagaimana kamu sekalian mengejek.
Nuh berkata: "Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorang pun di antara orang-orang kafir itu tinggal di atas bumi.
Maka Kami selamatkan Nuh dan orang-orang yang besertanya di dalam kapal yang penuh muatan.
Tuesday, January 16, 2007
..:: Tarikh Hari Lahir ::..
Sunday, January 14, 2007
..:: Zikir Pilihan Di Waktu Sakit & Kematian ::..
Diriwayatkan daripada Siti Aisyah r.a bahwa Rasulullah s.a.w apabila hampir ke tempat tidurnya, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya, lalu menghebuskan kepadanya seraya membaca:
a) Surah Ikhlas
Kami meriwayatkan Daripada Siti Aisyah r.a. bahwa Nabi s.a.w apabila ada orang yang mengadu sakit, ataupun ada tumbuh bisul atau ada tanda luka, beliau meletakkan hujung jari telunjuknya ke bumi, sebagaimana yang diberitakan oleh Sufyan bin Uyainah perawi Hadis ini, kemudian diangkatnya seraya mengucapkan:
Artinya: Dengan nama Allah, tanah bumi kita, dengan air ludah sesama kita, sampai sembuh pesakit kita, dengan izin Tuhan kita.(Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud dan lain-lain)
Kami meriwayatkan daripada Anas r.a. bahwa dia telah berkata kepada sahabat Tsabit r.a. Mahukah engkau, aku menjampimu dengan jampian Rasulullah s.a.w? Jawab Tsabit: tentu sekali! Maka Anas pun membacakan jampiannya begini:
Artinya: Ya Allah, Tuhan manusia, wahai Tuhan yang menghilangkan kepayahan! Sembuhkanlah dia kerana Engkaulah penyembuh, tiada penyembuh lain melainkan Engkaulah saja, suatu penyembuhan yang tiada meninggalkan penyakit. (Riwayat Bukhari)
Kami meriwayatkan daripada Usman Bin Abul-Ash r.a. bahwa dia pernah mengadukan suatu penyakit yang menimpa dirinya kepada Rasulullah s.a.w., maka beliau pun mengatakan: Letakkan tanganmu di tempat yang kau rasakan sakit pada badanmu, kemudian bacalah: Bismillah sebanyak (3 kali), lalu ucapkanlah doa ini sebanyak 7 kali:
Artinya: Aku berlindung diri dengan keperkasaan Allah dan kekusaanNya daripada bahaya yang aku temui dan aku takut.
Artinya: Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Pemilik arasy yang agung, mudah-mudahan Dia menyembuhkanmu! – melainkan Allah s.w.t. akan menyembuhannya daripada penyakit itu.
Artinya: “Kesempurnaan ziarah pesakit, iatu hendaklah seseorang kamu meletakkan tangannya ke atas dahi pesakit, atau pada tangannya, lalu menanyakan keadaannya, bagaimana dia?!”
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar para sahabat doa untuk menghilangkan derita sakit dan daripada sakit demam panas, beliau membaca:
Artinya: Dengan nama Allah yang Maha Agung, kami berlindung diri dengan Allah yang Maha Agung, daripada keluhan urat yang berbisa, dan daripada penderitaan panas sakit yang membakar.
(1) Al-Fatihah ke atas dirinya sendiri bila sakit dengan:
(2) Al-Ikhlas
(3) Al- Mu’awwidzatain
Makruh mencita-citakan mati kerana sesuatu bahaya yang menimpa diri
Mencita-citakan mati kerana sesuatu bahaya yang menimpa diri adalah makruh hukumnya, tetapi jika ia takut fitnah terhadap agamanya, Maka mencita-citakan yang demekian adalah harus hukumnya.
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: telah bersabda Nabi s.a.w. Jangan sekali-kali seseorang kamu menginginkan mati kerana sesuatu bahaya yang menimpanya, dan kalau pun dia terpaksa melakukannya, maka hendaklah dia mengatakan:
Membolehkan seseorang berdoa supaya matinya di tanah suci
Diriwayatkan daripada Ummul – Mukminin Hafshah binti Umar r.a. dia berkata: telah berucap Umar r.a.:
Yakni: Ya Allah, ya Tuhanku! Kurnikanlah aku mati syahid pada jalanMu, dan biarlah kematianku berlaku pada negeri RasulMu s.a.w.!
- Maka berkata Siti Hafshah kepada ayahnya: Apakah ini boleh berlaku? Jawab Umar: Jika dikehendaki Allah, semuanya akan berlaku!
Anjuran melunakkan hati pesakit dengan kata-kata yang menghiburkan
Diriwayatkan daripada Abu sa’id Al-Khudri r.a katanya: telah bersabda Rasulullah s.a.w:
“ Jika kamu datang menjenguk orang sakit, hendaklah kamu melapangkan dirinya darihal ajalnya, kerana yang demekian itu tiada mengubah sesuatu (yang sudah ditakdirkan baginya), tetapi itu akan melunakkan hatinya. (Riwayat Termizi dan Ibnu Majah dengan Isnad dhaif)
Memuji pesakit tentang amalan-amalannya yang baik dan sebagainya
Apabila terdapat kebimbangan pada diri pesakit, bolehlah dipuji tentang amalan-amalannya yang baik untuk menghapuskan perasaan bimbang itu daripada dirinya, dan supaya menimbulkan perasaan sangka baiknya terhadap Tuhannya s.w.t.
Diriwayatkan daripad Ibnu Abbas r.a.bahawa dia pernah mengatakan kepada Saiyidina Umar bin Al-Khattab r.a. ketika dia ditikam oleh Abu Lu’lu’ah (orang majusi dari Iran) dan kelihatanya dia sangat mengeluh.
Apa yang dikatakan untuk membuka selera pesakit
Diriwayatkan daripada Anas r.a. dia berkata: sekali peristiwa datang Nabi s.a.w. kepada seorang lelaki yang sedang sakit, lalu beliau bertanya: Apakah engkau perlu apa-apa? Engkau hendak makan kuih? Orang itu menjawab: Saya, wahai Rasulullah s.a.w. Maka beliau pun memintakan kuih untuknya (Riwayat Ibnu Majah dan Ibnus-Sunni dengan isnad dha’if)
Diriwayatkan daripada Uqbah bin Amir, dia berkata bahwa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Artinya: “ Jangan kamu memaksa pesakit-pesakit kamu untuk makan, kerana sesungguhnya Allah memberinya makan dan minum.”(Riwayat Termizi dan Ibnu Majah- berkata Termizi Hadis hasan)
Para pengunjung kepada pesakit memohon doa daripadanya
Diriwayatkan daripada Maimun bin Mahran daripada Umar bin Al-Khattab r.a. dia berkata: telah bersabda Rasulullah s.a.w. :
Apa yang disebut oleh orang yang tidak ada harapan untuk hidup terus
Diriwayatkan daripada Siti Aisyah r.a. dia berkata: Saya menyaksikan hari-hari terakhir Rasulullah s.a.w. sedang beliau menghadapi maut, dan di tangannya ada sebuah bekas air, beliau mencelupkan tangannya ke dalam bekas air itu, kemudian disapukan air itu ke wajahnya seraya mengucapkan:
Yakni: Ya Allah, ya Tuhanku! Bantulah aku untuk menghadapi kepayahan-kepayahan maut dan sakaratul-maut.
- Dianjurkan supaya dia memperbanyak membaca Al-Quran dan membawa zikir dan wirid. Makruh dia mengeluh, berkelakuan buruk, memaki- maki orang, bertengkar dan bergaduh pada hal-hal yang tiada berkaitan dengan urusan agama.
- Mensyukuri Allah Ta’ala dengan hatinya dan lisannya, serta mengingat bahwa masa itu adalah detik-detik terakhir dari hayatnya di dunia ini, agar di dapat mengakhiri hayatnya di dunia ini dengan membuat perkara-perkara yang baik.
- Mengembalikan hak-hak orang kepada orang empunyanya: seperti amanah, wadi’ah dan pinjaman.
- Meninggalkan pesanan tentang urusan anak-anaknya jika mereka tidak mempunyai datuk.
- Selalu mengingatkan dirinya dengan membaca ayat-ayat Al-Quran yang menyimpulkan harapan kepada Allah, dan dia membacanya dengan suara-suara yang perlahan-lahan ataupun disuruhkan orang lain membacanya dan dia mendengarnya.
- Hendaklah dia berusaha mengakhiri detik-detik umurnya itu dengan membuat hal-hal yang sempurna.
- Bersabar atas sakitnya
- Berbelas kasihan kepada orang-orang yang ditinggalkannya seperti anak yang kecil, pembantu, jariah dan selainnya.
- Berpesan untuk meninggalkan apa yang biasa dibuat dari berbagai-bagai bid’ah pada ketika ada jenazah di rumah dan diambil janji tidak akan melakukannya.
- Dianjurkan supaya dia mengatakan kepada mereka dari masa ke masa kata-kata ini: Bila kamu mendapati aku mencuaikan sesuatu, maka hendaklah kamu mengingatkan aku tentang kecuaianku.
- Dan apabila menghadapi nazak hendaklah memperbanyak membaca: Laa Illaaha Illallaah! Supaya menjadi kalimat yang terakhir diucapkan ialah kalimat itu, kerana kami telah meriwayatkan daripada Mu’az bin Jabal, dia berkata:
Apa yang patut dikatakan sesudah memejamkan mata si mayat
Diriwayatkan daripada Bakar Bin Abdullah, seorang tabi’in yang mulia, dia berkata: apabila engkau memejamkan mata si mayit bacalah:
Yakni: Dengan nama Allah dan di atas kepercayaan Rasulullah s.a.w!- Dan jika engkau mengangkatnya bacalah Bismillah lalu bertasbihlah selama engkau masih mengangkatnya.
Apa yang patut diucapkan pada si mayit
Diriwayatkan daripada Ummi Salamah r.a. dia berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Artinya: “ jika kamu menziarahi pesakit atau orang yang mati, maka hendaklah kamu mengatakan yang baik, kerana para Malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan itu.”
Ummi Salamah r.a. meneruskan bicaranya: Apabila Abu Salamah meninggal dunia, aku segera datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata:
Wahai Rasulullah! Sesungguhnya Abu Salamah telah meninggal dunia. Beliau lalu mengajarku katanya, ucapkanlah:
Yakni: Ya Allah, Ya Tuhanku! Ampunilah aku dan dia, dan gantikanlah dia buatku dengan gantian yang baik! – maka aku pun mengucapkannya seperti yang diajarkannya, lalu Allah telah menggantikan dia buatku dengan orang yang lebih baik daripadanya ( Abu Salamah), iaitu dengan Muhammad s.a.w (Riwayat Muslim)
Apa yang diucapkan tuan rumah yang di rumahnya ada mayat
Diriwayatkan daripada Ummi Salamah r.a dia berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tiada seorang hamba yang ditimpa suatu musibah, lalu dia mengucapkan:
Maksudnya: Sesungguhnya kita ini kepunyaan Allah dan kepadaNyalah nanti kita akan kembali. Ya Allah, ya Tuhanku! Berilah aku pahala kerana musibah yang menimpaku ini dan gantikan aku apa yang lebih baik daripadanya! – melainkan Allah Ta’ala akan memberikan pahala atas musibahnya itu dan menggantikan buatnya apa yang lebih baik daripadanya.
Berkata Ummi Salamah seterusnya: Apabila Abu Salamah (suaminya yang pertama) meninggal dunia, aku mengucapkan seperti apa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Maka Allah telah mengantikan buatku apa yang lebih baik daripada Abu Salamah. Iaitu Rasulullah s.a.w.
Apa yang diucapkan bila menerima berita kematian sahabat
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a dia berkata:
Maksudnya: Sesungguhnya kita ini kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kita akan kembali. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kita akan menghadap. Ya Allah, ya Tuhanku! Catitkanlah dia di sisi Engkau antara orang-orang yang baik, dan jadikanlah catitan amalannya dalam golongan orang-orang yang di tingkat tinggi, dan gantikanlah apa yang baik bagi kaum keluarganya yang ditinggalkan, dan janganlah Engkau haramkan kami dari pahalanya dan jangan Engkau memfitnahi kami sesudah kepergiannya!
Haram melolong ke atas mayat dan mengucapkan cara Jahiliah
Seluruh Ummat sepakat mengharamkan menangis dengan melolong ke atas mayat dan menarik-narik suara seperti dilakukan oleh orang-orang zaman jahiliah, serta menjerit-jerit, tanda tidak rela atas kematiannya dengan mengucapkan kata-kata yang menunjukkan putus asa.
Kami meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. dia berkata: Telah berkata Rasulullah s.a.w:
Artinya: “ Bukanlah daripada golongan kami sesiapa yang menampar-nampar pipi, mengoyak-ngoyakkan pakaian serta berteriak dengan teriakan kaum jahiliah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Adapun hadis-hadis sahih yang memberitakan bahwa si mayit akan disiksa kerana tangisan kaum keluarganya ke atasnya, bukanlah maksudnya pada maknanya yang zahir dan tidaklah mutlak, tetapi dia mesti ditakwilkan.
Imam syafi’I rahimahullah dan para sahabatnya telah menaskan bahwa tangisan sesudah mati itu adalah makruh tanzih (makruh yang dilarang) dan tidak haram. Mereka mentakwilkan maksud Hadis yang berbunyi “ janganlah hendaknya ada yang menangis lagi” sebagai makruh hukumnya saja.
Ditukil dari kitab kumpulan doa dan zikir“ Al-Adzkar”
Oleh Imam Nawawi
Terjemahan Syed Ahmad Semait
..:: Doa Akhir & Awal Tahun ::..
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
Berikut adalah Doa Akhir Tahun
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
Berikut adalah Doa Awal Tahun
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
..:: Doa Tahun ::..
- 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
- 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
- Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
- Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
- Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
- Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
- Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
- Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan 'Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan alam.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Isa diangkat ke langit.
Wednesday, January 10, 2007
..:: Dengan Siapa Kamu Duduk? ::..
- Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.
- Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.
- Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
- Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.
- Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambah kesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.
- Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.
- Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.
- Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya...